HONG KONG, 11 November 2019 /PRNewswire/ -- JNA Awards mengumumkan edisi kesembilan JNA Awards pada tahun 2020 akan terus disokong oleh Rakan-rakan Kongsi Penting – Chow Tai Fook Jewellery Group (CTF), Bahrain Institute for Pearls and Gemstones (DANAT) dan Shanghai Diamond Exchange (SDE), berserta Rakan-rakan Kongsi Dihormati– KGK Group and China Gems & Jade Exchange (CGE). Majlis Penandatanganan Rakan Kongsi JNA Awards 2020 telahpun diadakan pada 17 September lalu.
Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik: https://www.prnasia.com/mnr/jna_201911.shtml
"Chow Tai Fook telah menjadi Rakan Kongsi Penting JNA Awards selama sembilan tahun berturut-turut, berkongsi misi Anugerah berkenaan untuk memajukan industri barang kemas dengan menggalakkan inovasi dan juga amalan terbaik. Menjalin kerjasama sesama rakan kongsi, kami akan terus berusaha ke arah memudahkan pembangunan mampan untuk industri barang kemas," kata Kent Wong, Pengarah Urusan CTF.
Lin Qiang, Presiden dan Pengarah Urusan SDE berkata, "Hari ini, tatkala industri menghadapi pelbagai cabaran, penting agar JNA Awards untuk terus mempromosikan industri barang kemas dan menginspirasikan keyakinan dalam perdagangan. Masanya telah tiba untuk rakan-rakan kongsi Anugerah berkenaan bekerjasama dengan erat untuk memberi sokongan yang lebih padu kepada program tersebut."
Letitia Chow, Pengerusi JNA Awards dan Pengarah Pembangunan Perniagaan – Jewellery Group di Informa Markets, menyatakan, "Sokongan berterusan daripada rakan-rakan kongsi kami merupakan bukti kepentingan dan pengaruh yang semakin berkembang JNA Awards dalam industri barang kemas. Kami bersama-sama bermatlamat untuk menjadikan acara tersebut lebih inklusif dan relevan, serta membawakan unsur positif dan pencapaian dalam perdagangan."
"Memetik kata-kata terkenal Henry Ford, 'Sekiranya semua orang bergerak ke hadapan bersama-sama, maka kejayaan akan muncul dengan sendirinya.' Beberapa tahun telah berlalu sejak KGK mula bekerjasama dengan JNA Awards, perjalanan yang dilalui sangat mengujakan dan saya yakin bahawa ia akan turut sama menjadi produktif tahun ini. Kolaborasi berkenaan membolehkan kami untuk merasai yang terbaik daripada industri dan untuk menyumbang kepada industri," kongsi Sanjay Kothari, Naib Pengerusi KGK Group.
Simon Chan, Pengasas Bersama, Ahli Lembaga dan Naib Presiden Eksekutif CGE menambah, "China Gems & Jade Exchange amat berbesar hati kerana berpeluang untuk bekerjasama dengan JNA Awards. Dari saat ini hingga seterusnya, CGE akan terus bekerjasama erat dengan Anugerah tersebut untuk memacu inovasi dan kemajuan dalam industri batu permata, meninggalkan legasi yang hebat untuk masa depan."
Dianjurkan oleh Informa Markets, JNA Awards ditubuhkan pada tahun 2012 dengan misi untuk menggalakkan kecemerlangan, amalan terbaik dan inovasi dalam industri dan dianggap sebagai salah satu program anugerah yang paling berprestij dan terkenal dalam perdagangan barang kemas dan batu pemata global.
Majlis Penyampaian JNA Awards 2019 dan Makan Malam Gala telahpun diadakan pada 17 September dengan 16 Penerima diraikan merentas 11 kategori dan dihadiri oleh lebih 500 pemimpin industri dan golongan elit.
Hubungi:
Pemasaran JNA Awards
Informa Markets
+852 2516-2184
marketing@jnaawards.com
Video - http://cdn4.prnasia.com/002071/mnr/201910/jna/video.mp4
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191106/2634162-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191106/2634162-1-b?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191106/2634162-1-c?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191106/2634162-1-d?lang=0
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20191106/2634162-1LOGO?lang=0