omniture

Wallex Technologies - tatkala perniagaan meningkat mengatasi GTV tahunan berjumlah US $1 bilion dengan pertumbuhan bulanan yang pesat, Wallex Technologies kembangkan pasukan pengurusannya

Wallex Technologies Pte Ltd
2019-11-11 11:02 495

Ketua Pegawai Komersial, Ketua Pegawai Teknologi, dan Ketua Pematuhan Kumpulan Baharu untuk percepat skala dan memacu pertumbuhan antarabangsa

SINGAPURA, 11 November 2019 /PRNewswire/ -- Wallex Technologies melangkaui GTV (Nilai Transaksi Kasar) tahunan lebih daripada US$1 bilion dalam tempoh beberapa bulan sejak pelancaran Singapura dan Indonesia dan pra-Siri A yang dipimpin oleh BEENEXT. Perniagaan bertumpu B2B, FX dan pembayaran merentas sempadan Wallex, terus berkembang pada kadar yang pesat dengan pertumbuhan lebih daripada 20% pertumbuhan berbanding bulan sebelumnya.

Pegawai-pegawai kanan baharu Wallex membawa pengalaman domain mendalam kepada setiap peranan masing-masing yang akan meningkatkan pasukan pengurusan Wallex tatkala ia bersedia untuk meningkatkan perniagaannya dan berkembang di peringkat antarabangsa.

Pelantikan kanan ini terdiri daripada Anthony Man sebagai Ketua Pegawai Komersial dan Ketua Negara Singapura, Andrew Marchen sebagai Ketua Pegawai Teknikal, dan Christopher Liu sebagai Ketua Pematuhan Kumpulan. Pegawai-pegawai kanan ini kesemuanya berpangkalan di Singapura.

"Sebagai sebuah syarikat Singapura, Wallex berada di persimpangan tiga bidang di mana Singapura ialah pemimpin global - perdagangan antarabangsa, inovasi fintech dan perdagangan pertukaran asing. Ini merupakan pangkalan yang ideal untuk mengembangkan perniagaan FX dan pembayaran rentas sempadan bertumpu B2B. Kami merancang untuk membina kekuatan sedia ada kami di Singapura dan Indonesia dan untuk mengembangkan lokasi kami dengan strategik ke pusat perdagangan dan FX utama yang lain."-- Jody Ong, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Wallex.

Anthony Man, Ketua Pegawai Komersial baharu dan Ketua Negara Singapura, bertanggungjawab untuk memacu penawaran produk komersial Wallex, perkongsian perniagaan dan pengembangan antarabangsa dan untuk mengurus pasukan Singapura Wallex yang berkembang. Anthony membawa kemahiran luas dan perspektif antarabangsa daripada pengalaman profesional, kewangan dan pengurusannya. Pengalaman-pengalaman ini tidak ternilai tatkala Wallex meneruskan pertumbuhan pesatnya dan pengembangan antarabangsa. Terdahulu Anthony memegang peranan di UK, Hong Kong dan Singapura sebagai seorang peguam, seorang bank pelaburan dan dalam jualan dan perdagangan, yang terbaharu di Goldman Sachs.  Sebelum menyertai Wallex, Anthony ialah Ketua Pegawai Strategi di sebuah SME Indonesia yang bertumpu kepada platform pinjaman P2P.

Andrew Marchen, Ketua Pegawai Teknologi baharu, bertanggungjawab untuk membangun dan mempertingkat platform teknologi dan saluran Wallex yang akan membantu perniagaan ini menjadi skala perindustrian. Sebelum menyertai Wallex, Andrew telah memegang beberapa peranan teknologi dan inovasi, dan sebelum ini Ketua Arkitek di NCS Group, syarikat IT dan komunikasi multinasional yang diperoleh Singtel.

Christopher Liu, Ketua Pematuhan Kumpulan yang baharu, bertanggungjawab untuk membangunkan rangka kerja kepatuhan Wallex. Pengalaman AML Christopher yang luas dan pertimbangan profesional akan membantu untuk memastikan bahawa Wallex mematuhi keperluan yang ditetapkan di peringkat antarabangsa. Sebelum menyertai Wallex, Christopher mempunyai kerjaya selama 15 tahun di Citibank di mana beliau ialah Ketua Rantau AML untuk perniagaan pengguna/PKS mereka. Digabungkan dengan 3 tahun di Jabatan Hal Ehwal Komersial, Christopher menyediakan Wallex dengan pengalaman khusus dalam pengurusan risiko AML dan Pematuhan.

"Kami sangat teruja untuk mempunyai pasukan pengurusan baharu kami sebagai rakan kongsi untuk peringkat seterusnya dalam perjalanan kami. Pengalaman kolektif yang mereka bawa dan nilai-nilai bersama yang kami kongsi dapat membantu pertumbuhan antarabangsa kami. Rangkaian Wallex yang meluas juga akan membolehkan kami menyediakan perkhidmatan yang menjimatkan kos dan berpusatkan pelanggan kepada pelanggan di peringkat antarabangsa dan meningkatkan keupayaan perniagaan kami. Selain Asia Tenggara, kami menyasarkan pengembangan ke HK, sebagai pintu masuk ke Tanah Besar China, dan Jepun pada tahun yang akan datang untuk memasuki aliran perdagangan intra-Asia dan global, dan untuk mendapatkan pendedahan kepada ekonomi kedua dan ketiga terbesar di dunia." -- Hiroyuki Kiga, Ketua Pegawai Operasi dan Pengasas Bersama Wallex.

Wallex menangani titik-titik masalah pembayaran fx dan antarabangsa menerusi platform bertumpu B2B dalam talian dengan model harga berasaskan volum. Dengan menyediakan kadar pertukaran yang lebih baik, bayaran pemindahan yang lebih baik, dan perkhidmatan pelanggan yang lebih baik, Wallex membantu pelanggan PKSnya untuk membawa wang mereka lebih jauh. 

Wallex dikawal selia oleh Pihak Berkuasa Monetari Singapura (MAS) dan Bank Indonesia (BI), setelah memperolehi Lesen Pindahan Wang daripada BI pada bulan November 2018 dan Lesen Pengiriman Wang daripada MAS pada Julai 2018.

Wallex akan membuat pameran di Festival Fintech Singapura (Reruai 1K13) dari 11-13 November 2019.

Source: Wallex Technologies Pte Ltd
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Workforce Management/Human Resources Financial Technology