omniture

SK magic menerima pengiktirafan 'Rumah Pintar' Oleh CES Innovation Awards 2020

SK magic Malaysia
2019-11-12 10:15 216
  • Tiga peralatan dapur inovatif dari SK magic iaitu 'all-in-one JIKSOO Ice Water Purifier', 'MOTION Air Purifier' dan 'Triple Care Dishwasher' telah menerima anugerah untuk prestasi yang cemerlang.
  • Consumer Electronics Show 2020 mengiktiraf SK magic sebagai peneraju dalam kualiti kejuruteraan, estetik dan rekaan, kefungsian dan daya penarik pengguna yang terbaik.
  • SK magic meneruskan usahanya untuk membantu pengguna menikmati gaya hidup yang lebih sihat dan mudah.

KUALA LUMPUR, Malaysia, Nov. 12, 2019 /PRNewswire/ -- Consumer Technology Association (CTA) yang menganjurkan CES, acara teknologi yang terbesar dan paling berpengaruh di dunia, telah mengiktiraf SK magic, pakar dalam peralatan rumah, untuk inovasi yang hebat bagi tiga produk utama - All-in-one JIKSOO RICH Ice Water Purifier, Motion Air Purifier dan Triple Care Dishwasher di CES Innovation Awards 2020. Motion Air Purifier menjuarai kategori rumah pintar, manakala All-in-one JIKSOO RICH Ice Water Purifier, dan Triple Care Dishwasher menerima pengiktirafan dalam kategori Peralatan Rumah.

SK magic menerima Anugerah Inovasi U.S. CES untuk ‘All-in-one JIKSOO RICH Ice Water Purifier’, dan ‘MOTION Air Purifier’
SK magic menerima Anugerah Inovasi U.S. CES untuk ‘All-in-one JIKSOO RICH Ice Water Purifier’, dan ‘MOTION Air Purifier’

SK magic menerima pengkadaran yang tinggi dalam semua kategori seperti kualiti kejuruteraan, estetik dan rekaan, kefungsian dan daya penarik pengguna untuk tiga produk utama ini - All-in-one JIKSOO RICH Ice Water Purifier, Motion Air Purifier dan Triple Care Dishwasher.

Menyedari bahawa pengguna amat memerlukan air yang bersih, syarikat ini telah memperkenalkan all-in-one JIKSOO RICH Ice Water Purifier yang dilengkapi dengan saluran air daripada keluli tahan karat sepenuhnya, dan merupakan yang pertama seumpamanya dalam industri. Produk ini telah diiktiraf untuk pensterilan UV berteknologi tinggi yang mensteril simpanan ais sebanyak dua kali sehari selama 3 jam setiap kitaran. MOTION Air Purifier adalah yang pertama seumpamanya dengan sensor pintar dan teknologi pengesan pergerakan yang cekap mengesan dan menulenkan habuk bawaan udara yang terhasil daripada pergerakan manusia. Sistem penulenan yang canggih ini adalah faktor utama yang menyumbang kepada pengiktirafan produk tersebut.

"Pengiktirafan oleh CES Innovation Awards ini membuktikan teknologi yang maju, rekaan yang inovatif dan usaha kami untuk mempertingkatkan gaya hidup pengguna. Seiring dengan falsafah pengurusan kami, SK magic akan meneruskan usaha untuk memperkenalkan lebih banyak produk yang canggih untuk membantu pengguna menikmati kehidupan yang lebih sihat dan mudah," kata En. Ryoo Kwon Joo, Ketua Pegawai Eksekutif SK magic Korea.

CES Innovation Awards dianugerahkan melalui Consumer Electronics Show (CES) yang diperkenalkan pada 1976, untuk produk-produk elektronik pengguna dengan rekaan dan kualiti yang terhebat. Sebuah panel elit yang terdiri daripada pakar-pakar industri dari Consumer Technology Association (CTA) telah membuat semakan dan mengiktiraf produk-produk yang cemerlang dalam industri elektronik pengguna melalui kriteria penilaian seperti kualiti kejuruteraan, estetik dan rekaan, kefungsian dan daya penarik pengguna.

SK magic Malaysia kini sedang mengadakan promosi akhir tahun dengan Pelan Hebat & Pelan Cemerlang bersempena Ulang Tahun Pertamanya di Malaysia. All-in-one JIK.SOO Rich Water Purifier dan Motion Air Purifier boleh didapati di Malaysia. Pengguna boleh mengunjungi kedai-kedai SK magic di One Utama Shopping Centre, Queensbay Mall di Pulau Pinang dan Paradigm Mall di Johor Bahru.

Untuk maklumat lanjut, sila layari halaman rasmi Facebook https://www.facebook.com/myskmagic/, laman web https://www.skmagic.com.my/ atau hubungi kami di 1800-18-7878.

Mengenai SK Networks

SK Networks syarikat rangkaian global yang mempunyai lebih 60 tahun kebolehan yang cemerlang dan meluas dalam penyumberan global, maklumat pasaran dan perangkaian strategik dalam perdagangan bahan kimia, keluli, automotif, batu arang dan pelbagai komoditi industri lain. SK Networks beroperasi di 40 buah negara dengan lebih daripada 100 buah subsidiari di seluruh dunia. Perniagaan ini terdiri daripada pemasaran ICT, perkhidmatan mobiliti, hotel dan resort dan peralatan sewaan. SK Networks berhasrat untuk mengekalkan hubungan yang baik dengan pelanggan antarabangsa di samping meneruskan usaha mengenal pasti sumber pertumbuhan baharu.

Mengenai SK Group

SK Group telah berkembang menjadi syarikat global dengan pelbagai inovasi terkini. Merupakan syarikat ke-tiga terbesar di Korea Selatan, syarikat SK Group memperoleh pendapatan jualan $US138 bilion dan aset $US170.7 bilion. SK Group menduduki tempat ke-57 di Fortune Global 500 pada 2013 dengan 101 anak syarikat, 270 pejabat di seluruh dunia dengan kira-kira 85,000 kekuatan sumber manusia. SK Group merupakan gabungan rangkaian perniagaan yang merangkumi SKC, SK Energy, SK Global Chemical, SK Lubricants, SK E&C, SK Broadband, SK Materials, SK Holdings, SK Innovation, SK Telecom, SK E&S, SK Hynix and SK Chemicals.

Mengenai SK magic

SK magic yang diasaskan pada tahun 1985 adalah perniagaan yang pertama menghasilkan ketuhar gas di Korea dan merupakan pencetus trend dalam industri peralatan rumah di Korea. Sebagai salah satu subsidiari SK Network, SK magic telah berkembang untuk menjadi perniagaan yang terkemuka dalam sektor peralatan dapur & rumah berasaskan teknologi canggih yang unik dan pengurusan kualiti yang optimum. Malaysia merupakan negara Asia Tenggara yang pertama di mana cabang peralatan rumah dilancarkan iaitu pada bulan Disember 2018. SK magic mengeksport ke 60 buah negara dan telah dianugerahkan 'Trade Achievement Tower' untuk hasil eksport sebanyak $70 juta di 48th Trade Day pada tahun 2012. SK magic memanfaatkan pengalaman selama lebih 30 tahun untuk meluaskan capaiannya dalam pasaran sewaan peralatan yang sedang berkembang.

Untuk keterangan media, sila hubungi:

Angie Ruby
+60-16-660 0027
angie@impactcommunications.com.my

Goh Shi Yun
+60-12-354 8719
shiyun@impactcommunications.com.my

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191112/2638516-1?lang=0

Source: SK magic Malaysia
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Awards Trade show news