omniture

JA Solar Bekalkan Modul PERC Berkecekapan Tinggi untuk Projek Simpanan-Tambah-Solar 32MW di Hokkaido

JA Solar Co., Ltd.
2019-11-12 15:56 420

BEIJING, 12 November 2019 /PRNewswire/ -- JA Solar, pengeluar yang terkemuka di dunia bagi produk-produk fotovolta berprestasi tinggi, mengumumkan bahawa ia membekalkan kesemua modul PERC untuk kemudahan simpanan-tambah-solar 32MW. Kemudahan ini merupakan salah satu loji PV yang terbesar di Hokkaido dan telah berjaya disambungkan kepada grid. Projek ini merupakan aplikasi berskala luas yang inovatif bagi teknologi fotovolta dan simpanan tenaga serta menandakan pencapaian penting dalam menggalakkan pembangunan tenaga boleh diperbaharui di rantau ini.

Projek ini terletak di pantai Shibetsu, Hokkaido. Iklim sejuk yang berangin dan keadaan cuaca yang melampau di wilayah berkenaan menetapkan keperluan prestasi yang tinggi untuk modul solar. Modul PERC mono yang disediakan oleh JA Solar untuk projek berkenaan mempunyai prestasi pemuatan mekanikal yang cemerlang, kebolehan untuk mengekalkan output kuasa yang tinggi dan stabil dalam julat suhu -40℃ dan +85℃, selain dalam persekitaran melampau seperti tekanan angin yang kuat, suhu rendah dan keadaan bersalji. Rintangan garam dan alkali yang sangat baik membolehkan modul solar ini memberi jaminan yang kukuh untuk prestasi mantap dan pulangan penjanaan kuasa yang tinggi daripada loji solar di kawasan pantai. Loji ini dijangka dapat menjana hasil tenaga tahunan sebanyak 30,000,000kWj, mengurangkan emisi gas karbon dioksida sebanyak 24,180 tan setiap tahun.

Loji simpanan-tambah-solar dilengkapi dengan bateri simpanan 10,445kWj, yang boleh dikawal atur sendiri bagi memastikan operasi loji kuasa yang stabil semasa waktu puncak dan luar puncak. Sementara itu, sistem simpanan tenaga boleh menyelaraskan output kuasa melalui sistem kawalan pintar berasaskan permintaan kuasa tempatan, meningkatkan lagi penggunaan tenaga dan memaksimumkan pulangan pelaburan.

En. Jin Baofang, Pengerusi Lembaga Pengarah JA Solar, menyatakan bahawa "Simpanan tenaga adalah amat penting dalam pembangunan industri tenaga baharu. Kami teruja untuk bekerjasama dengan pelanggan kami bagi membangunkan model-model operasi baharu yang menggabungkan teknologi fotovolta dan simpanan tenaga serta memacu industri ke arah aplikasi yang lebih cekap. Sebagai pembekal utama produk-produk solar ke pasaran Jepun, JA Solar amat dikenali oleh pelanggan tempatan untuk produk-produk fotovolta berkualiti tinggi dan kehadiran pasaran yang kukuh. Kami berharap dapat bekerjasama dengan lebih ramai pelanggan di rantau berkenaan."

Source: JA Solar Co., Ltd.
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities