omniture

Henry Ma WeBank dan Bank Digital: Promosi Penyertaan Kewangan dan Capai Perniagaan Lestari

WeBank
2019-11-13 12:17 386

SINGAPURA, 13 November 2019 /PRNewswire/ -- Henry Ma, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Maklumat WeBank menghadiri panel perbincangan 2020: Agenda Transformasi Digital di Festival Teknologi Kewangan Singapura. Beliau meninjau semula perjalanan digital WeBank dan mengesyorkan cara untuk menyelesaikan percanggahan antara penambahbaikan penyertaan kewangan dengan pembinaan perniagaan lestari.

Henry Ma di SFFxSWITCH 2019
Henry Ma di SFFxSWITCH 2019

"Kami mempunyai matlamat yang sangat jelas -- mempromosikan penyertaan kewangan dan juga mencapai perniagaan lestari. Hanya dengan memanfaatkan kuasa teknologi, WeBank mampu untuk memacu penyertaan kewangan menurut skala," kata Henry.

Sehingga kini, WeBank ialah salah satu bank digital terbesar dengan lebih seratus tujuh puluh juta pelanggan runcit dan perusahaan bersaiz kecil dan sederhana. Dari awal, WeBank telah menyerap keupayaan teknologi kewangan generasi baharu dalam aspek ABCD (AI, rantaian blok, perkomputeran awan dan data raya).

Cara WeBank mendekati teknologi kewangan mungkin memberi inspirasi kepada industri perbankan. Selain menerima dengan terbuka teknologi kewangan, pasukan teknikal WeBank mencipta "struktur tadbir urus tangkas" berdasarkan operasi yang pusat kuasanya diagihkan dengan kawalan diselaraskan. Selain itu, WeBank juga memupuk budaya cuba-cuba dengan kos rendah yang menggalakkan inovasi bawah ke atas dan memperkasakan pekerja secara individu.

Tatkala WeBank telah menemui kedudukannya dalam industri perbankan yang bertransformasikan digital, ia juga mengusahakan perkongsian dan kolaborasi secara aktif untuk bergerak selangkah lagi dalam mempromosikan penyertaan kewangan menerusi teknologi baharu dan model perbankan terbuka '3O' (platform terbuka, inovasi terbuka dan kolaborasi terbuka).

  • Platform Terbuka melibatkan penggunaan teknologi API, SDK dan H5, dan lain lain untuk menyediakan perkhidmatan perbankan untuk rakan kongsi.
  • Inovasi Terbuka menggalakkan perisian sumber terbuka, pelesenan hak milik intelektual dan pelaksanaan rujukan untuk memperkasakan perkongsian.
  • Kolaborasi Terbuka merangsang hubungan perniagaan sebagai bonus kepada teknologi diagihkan.

Model ini membolehkan bank untuk meletakkan keupayaan produk mereka, pengurusan risiko, teknologi dan perkhidmatan kewangan dalam senario dan industri khusus. Sebagai pulangan, ini akan membantu bank untuk mendekati pelanggan sasaran dengan lebih berkesan, mengupayakan perkhidmatan kewangan yang lebih inklusif dan kontekstual.

Pada Festival ini, WeBank mempamerkan aplikasi dan penyelesaian teknologi kewangan, termasuk platform pembelajaran bersekutu gred perusahaan yang pertama China - Pengupaya Teknologi AI Bersekutu (FATE), platform infrastruktur rantaian blok FISCO BCOS, kit perisian tengah rantaian blok WeBase, aplikasi rantaian blok seperti WeIdentity & WeEvent, rangka kerja pengurusan IT seni bina teragih dipanggil WeCube, penyelesaian analitik data raya dipanggil WeDataSphere dan Kotak Pasir Teknologi Kewangan WeBank.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191111/2638506-1?lang=0

Source: WeBank
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Trade show news Financial Technology