omniture

Sidang Kemuncak Sensor Dunia 2019 Diperkenal - Zhengzhou Depani Seluruh Dunia

APUS
2019-11-13 15:46 453

ZHENGZHOU, China, 13 November 2019 /PRNewswire/ -- Zhengzhou menganjurkan Sidang Kemuncak Sensor Dunia 2019 mulai 9-11 November. Pakar-pakar dari lapan buah negara dan wilayah termasuk China, AS, Jepun, Jerman, UK, Itali, Korea Selatan dan 12 organisasi antarabangsa, wakil-wakil daripada perbadanan-perbadanan Fortune Global 500, 500 Perusahaan Terbaik China dan lebih 300 syarikat terkenal dalam industri sensor mengambil bahagian dalam sidang kemuncak ini, berbincang dan berkongsi pengalaman serta amalan mereka.

2019 World Sensors Summit
2019 World Sensors Summit

Dibimbing oleh Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat Republik Rakyat China dan China Association for Science dan dianjurkan oleh China Instrument and Control Society serta Zon Pembangunan Perindustrian Teknologi Tinggi Zhengzhou Kebangsaan, sidang kemuncak ini dihoskan oleh Kerajaan Rakyat Henan, China Instrument and Control Society, Suruhanjaya Pembangunan dan Reformasi Wilayah Henan, Jabatan Sains dan Teknologi Wilayah Henan, Suruhanjaya Industri dan Teknologi Maklumat Wilayah Henan, Pejabat Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Wilayah Henan, Henan Association for science and technology dan juga Kerajaan Rakyat Zhengzhou.

Sidang kemuncak ini memilih 5 penaja daripada organisasi-organisasi dan institusi-institusi profesional atau persatuan-persatuan, Jerman sebagai negara tetamu kehormat, turut mengundang profesor, ilmuwan dan eksekutif korporat yang terlibat dalam industri sensor dari 21 buah negara termasuk AS, Jerman, Jepun, UK, Itali, Korea Selatan dan Belanda.

2019 World Sensors Summit
2019 World Sensors Summit

Di forum sidang kemuncak teknologi ini, pakar-pakar bertaraf tinggi menyampaikan ucapan tentang topik-topik hangat seperti reka bentuk, penyelidikan dan pembangunan (R&D), pengedap, pengujian, teknologi dan standard selain cabaran, penyelesaian dan pembangunan masa depan mereka, dalam satu usaha bersama bagi menggalakkan pembangunan industri sensor. Sidang kemuncak ini terdiri daripada sepuluh sub-forum berhubung topik-topik hangat tentang teknologi sensor bagi membincangkan trend pembangunan dan keadaan penggunaan teknologi sensor dalam pelbagai bidang.

Pakar-pakar termasuk:

  • Jiang Zhuangde dan Ni Guangnan, para ilmuwan daripada Chinese Academy of Engineering
  • Chen Xiangli, anggota U.S. National Academy of Engineering
  • Cheyenne McNamara, ketua saintis di Sick AG berpangkalan di Jerman
  • Alfred Giacomo Sigada, Profesor Mekanik dan Pengukuran Haba di Polytechnic University of Milan di Itali
  • IMAI Toshinori, Ketua Pegawai Teknologi Sensor Global di Panasonic Corporation di Jepun
  • Alfred Lewis, anggota Majlis Sensor IEEE

APUS, sebuah syarikat unikorn dari China dan penyedia bagi perkhidmatan mudah alih kepada 1.4 bilion pengguna global, telah membantu mempromosikan Sidang Kemuncak dan Ekspo Sensor Dunia 2019 melalui platform yang dibina dalam Sistem APUS dan penyelesaian berkuasa AI untuk pengedaran iklan.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191112/2639720-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191112/2639720-1-b?lang=0

Source: APUS
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Trade show news