omniture

Sidang Kemuncak dan Ekspo Sensor Dunia 2019 Diadakan di Zhengzhou, China

APUS
2019-11-13 16:01 383

ZHENGZHOU, China, 13 November 2019 /PRNewswire/ -- Di bawah bimbingan China Association for Science, Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat Republik Rakyat China, Kerajaan Rakyat Henan, China Instrument and Control Society, Suruhanjaya Pembangunan dan Reformasi Wilayah Henan, Jabatan Sains dan Teknologi Wilayah Henan, Suruhanjaya Industri dan Teknologi Maklumat Wilayah Henan, Pejabat Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Wilayah Henan, Henan Association for science and technology dan Kerajaan Rakyat Zhengzhou menganjurkan Sidang Kemuncak dan Ekspo Sensor Dunia 2019 mulai 9-11 November 2019 yang diadakan di bandar raya Zhengzhou wilayah Henan.

Sidang Kemuncak dan Ekspo Sensor Dunia 2019 Diadakan di Zhengzhou, China
Sidang Kemuncak dan Ekspo Sensor Dunia 2019 Diadakan di Zhengzhou, China

Persidangan ini menyepadukan pelbagai aktiviti seperti persidangan, pameran, pertandingan, perkhidmatan dan perniagaan untuk menghimpunkan bakat-bakat industri melalui platform persidangan, membentuk pertemuan jenama, mempromosikan kemajuan teknologi sensor, meningkatkan rantaian perindustrian huluan dan hiliran, mengoptimumkan pembangunan sistem perindustrian dan membina ekosistem industry.

Sidang Kemuncak dan Ekspo Sensor Dunia 2019 Diadakan di Zhengzhou, China
Sidang Kemuncak dan Ekspo Sensor Dunia 2019 Diadakan di Zhengzhou, China

Lebih 10 orang ilmuwan menghadiri persidangan ini. Perusahaan-perusahaan terkenal seperti China National Petroleum Corporation, Microsoft, SIEMENS, JD, Panasonic, Omron, GE, Honeywell, Dassault systems, Alibaba Cloud dan lain-lain, serta lebih 300 perusahaan daripada senarai 500 terbaik dunia, 500 terbaik China dan industri sensor yang terkenal mengambil bahagian dalam persidangan berkenaan untuk mendemonstrasikan teknologi sensor, internet pelbagai benda dan internet perindustrian yang canggih.

APUS, sebuah syarikat unikorn dari China dan penyedia bagi perkhidmatan mudah alih kepada 1.4 bilion pengguna global, telah membantu mempromosikan Sidang Kemuncak dan Ekspo Sensor Dunia 2019 melalui platform yang dibina pada Sistem APUS dan penyelesaian pengedaran iklan berkuasa AI.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191111/2638310-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191111/2638310-1-b?lang=0

Source: APUS
Keywords: Computer/Electronics Electronic Components Telecommunications Telecommunications Equipment Trade show news