SHANGHAI, 14 November 2019 /PRNewswire/ -- Quectel Wireless Solutions Co., Ltd. (Kod Saham: 603236.SS), pembekal terkemuka global bagi modul-modul selular dan GNSS, mengumumkan pada hari Selasa mengenai penubuhan pusat penyelidikan dan pembangunan di Belgrade untuk memperkukuh struktur penyelidikan dan pembangunan (R&D) globalnya dan semakin erat dengan pelanggan di Eropah.
Quectel Research & Development Center Europe Co. doo Beograd-Stari Grad akan memulakan operasi penuhnya pada suku pertama tahun 2020, bersama pasukan profesional dengan pembangun terbenam yang bekerjasama dengan pasukan R&D utama di China. Menerusi operasi ini, Quectel mengesahkan rancangan untuk meluaskan kehadirannya pada skala global.
Menerusi objektif untuk membina asas teknikal yang mantap di Eropah, pejabat Belgrade akan memberi tumpuan pada aktiviti-aktiviti dipacu pelanggan, penyesuaian perisian, pembangunan lapisan aplikasi dan menyokong pelanggan utama untuk penyepaduan dan reka bentuk IoT. Sebagai lokasi pembangunan teknologi Eropah yang pertama, ia akan meningkatkan keupayaannya untuk menyokong pelan tindakan produk Quectel dan membolehkan syarikat untuk menyediakan sokongan yang lebih pantas kepada pelanggan di wilayah berkenaan.
"Saya gembira tatkala kami mengumumkan rancangan yang menunjukkan komitmen kami terhadap pelanggan dan memperlihatkan langkah yang besar ke hadapan bagi menjadi sebuah syarikat global yang benar-benar berciri tempatan," kata Ketua Pegawai Eksekutif Quectel Patrick Qian. "Kami mengukuhkan kapasiti R&D tempatan kami agar pasukan kejuruteraan kami dapat bekerja dengan lebih cekap untuk menukarkan idea-idea hebat kepada modul-modul IoT terkini untuk pelanggan dan membawa produk-produk mereka ke pasaran dengan lebih pantas."
Beribu pejabat di Shanghai, Quectel mempunyai lebih 1,500 kakitangan di seluruh dunia dan kini beroperasi secara global dengan perniagaan antarabangsa dipimpin oleh pengurus-pengurus yang terkenal dalam industri. Syarikat kini telah membina jaringan sokongan pelanggan global yang mencakupi lebih 50 buah negara dan wilayah serta menawarkan rakan-rakan kongsi dengan perkhidmatan tertutup yang disokong oleh pasukan Quectel yang menyambungkan keupayaan cawangan luar negara dengan Cina.
Latar Belakang Quectel
Quectel Wireless Solutions (Kod Saham: 603236.SS) ialah pembekal terkemuka global bagi modul-modul selular dan GNSS, dengan portfolio produk yang luas merangkumi teknologi tanpa wayar yang paling terkini melibatkan 5G, LTE/LTE-A, NB-IoT/LTE-M, UMTS/HSPA(+), GSM/GPRS dan GNSS. Sebagai pembangun teknologi IoT dan pembekal modul selular profesional, Quectel berupaya menyediakan perkhidmatan sehenti untuk modul-modul selular IoT. Produk-produk Quectel telah digunakan secara meluas dalam bidang IoT/M2M termasuk pembayaran pintar, telematik dan pengangkutan, tenaga pintar, bandar pintar, keselamatan, gerbang tanpa wayar, industri, penjagaan kesihatan, pertanian dan pemantauan persekitaran. Kunjungi laman sesawang Quectel, LinkedIn, Facebook dan Twitter.