omniture

Xinhua Silk Road: Projek industri sensor berpusu-pusu buka operasi di Zhengzhou, China Tengah

Xinhua Silk Road Information Service
2019-11-15 04:24 366

ZHENGZHOU, China, 15 November 2019 /PRNewswire/ -- Beberapa projek industri sensor akan beroperasi di Zon Pembangunan Teknologi Tinggi dan Baharu Nasional Zhengzhou, wilayah Henan, China Tengah, menurut perjanjian yang baru ditandatangani semasa Kemuncak Sensor Sedunia 2019 yang diadakan di sini dari 9 hingga 11 November.

Projek ini termasuk taman teknologi peralatan pintar robotik yang akan dibina oleh Harbin Institute of Technology, projek inframerah dan sensor terma yang akan dibina secara usaha sama oleh Henan Relations Co., Ltd denganInstitute of Electrical Engineering of the Chinese Academy of Sciences, dan projek sensor hidrogen yang akan dibina secara usaha sama oleh Zhengzhou Road & Bridge Construction Investment Group Co., Ltd dengan Suzhou Topline Technologies Co., Ltd.

Dengan berhimpunnya lebih banyak projek berkaitan sensor, Lembah Pengesanan Pintar (Zhengzhou) China yang dirancang untuk dibina dalam Zon Pembangunan Teknologi Tinggi dan Baharu Nasional Zhengzhou dijangka menjadi pangkalan industri sensor pintar negara pada masa depan.

Dalam usaha membangunkan industri sensor, Zhengzhou, bandar ibu negeri Wilayah Henan ini telah merangka pelan pembangunan industri sensor dan memperkenalkan satu set polisi sokongan untuk pembangunan industri sensor.  Sehingga kini, telah terbentuk rantaian industri sensor pelbagai kategori meliputi gas, meteorologi dan pertanian, dengan Hanwei Electronics Group Corporation beribu pejabat di Zon Pembangunan Teknologi Tinggi dan Baharu Nasional Zhengzhou membangun menjadi salah satu syarikat sensor terkemuka China.

Kemuncak Sensor Sedunia 2019, dianjurkan oleh Persatuan Instrumen dan Kawalan China, dengan lima organisasi antarabangsa sebagai tuan rumah bersama termasuk Institut Pengukuran dan Kawalan, Perikatan Automasi Kyoto, OPC Foundation (China) menyediakan platform penting untuk pertukaran dan kerjasama global. Kemuncak ini dijangka akan memainkan peranan kukuh dalam mempromosikan pembinaan tapak pangkalan industri sensor pintar negara bertaraf 100 bilion di Zhengzhou.

Lebih sepuluh ahli akademik Cina dan luar negara, serta pakar dari 12 organisasi antarabangsa selain 8 negara dan wilayah termasuk Amerika Syarikat, Jepun, Jerman, Britain, Itali dan Korea, menghadiri kemuncak ini dan berkongsi pandangan mereka mengenai pembangunan masa depan serta permintaan pasaran sensor pintar. Pameran industri sensor diadakan semasa tempoh yang sama, menarik hampir 300 syarikat terkenal daripada industri sensor tempatan dan antarabangsa, termasuk Microsoft, Siemens, Honeywell dan syarikat Fortune 500 yang lain.

Lihat pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/309303.html

 

Source: Xinhua Silk Road Information Service
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Components New products/services Trade show news