omniture

Suning Catat Rekod Hari Bujang Baharu dengan Pesanan Omnisaluran Meningkat sebanyak 76%

Suning Holdings Group
2019-11-15 20:19 548

NANJING, China, 15 November 2019 /PRNewswire/ -- Suning.com ("Syarikat"), sebuah syarikat jualan runcit Fortune Global 500 dan penjual runcit pintar dalam-talian-ke-luar-talian (O2O) terbesar China yang dimiliki oleh Suning Holdings Group, menerbitkan data festival membeli belah Hari Bujang dengan pesanan pembelian meningkat sebanyak 76%, satu catatan rekod baharu. Selepas pewujudan susun atur jualan runcit senario penuh, Suning menyasarkan untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik dan penyerahan yang pantas kepada pengguna melalui festival membeli belah Hari Bujang.

Sorotan dalam Festival Beli Belah Hari Bujang Suning.com:

  • Pada 11 November, lebih 13,000 kedai fizikal mengambil bahagian dalam festival membeli belah, Suning Plaza dan Suning.com Plaza mempunyai 10 juta lawatan ke kedai.
  • Sebagai ahli baharu rangkaian Suning, 210 kedai Carrefour China mencapai pendapatan sebanyak RMB 3.12 bilion, satu peningkatan sebanyak 43%, pesanan dalam talian melebihi 2.04 juta.
  • Suning.com bersama-sama bekerjasama dengan Hunan TV untuk mengadakan gala televisyen kebangsaan, mengundang ramai selebriti Cina dan mencapai kedudukan pertama bagi penilaian audiens televisyen seluruh negara.
  • Semasa promosi Hari Bujang, Suning.com menarik lebih 500 jenama global terkemuka dan 1 juta pelanggan VIP baharu.
  • Perkakasan rumah dan pesanan dalam talian telefon pintar 5G meningkat sebanyak 79% dan 459%.
  • Suning Finance turut menyaksikan pertumbuhan luar biasa dengan pesanan meningkat sebanyak 139% dan transaksi bayaran ansuran meningkat sebanyak 498%.
  • Jumlah jualan daripada Kedai Awan Runcit Suning.com, yang kebanyakannya menumpu pada bandar-bandar tahap-4 hingga tahap-6 di China, meningkat sebanyak 1032.9% berbanding tahun lalu, menunjukkan pertumbuhan yang kukuh dalam pasaran.

Pengerusi Suning Holdings Group, Zhang Jindong berkata, "ia merupakan festival membeli belah Hari Bujang yang berbeza buat Suning. Kami bukan sahaja memberi tumpuan pada promosi harga, pengalaman pengguna telah menjadi lebih penting. Kami telahpun menyaksikan kemajuan pengalaman membeli belah imersif yang kami bawakan kepada pengguna. Hari Bujang hanyalah satu permulaan; kami akan tetap meneruskan produk dan perkhidmatan terbaik kami bagi mewujudkan persekitaran membeli belah yang lebih mesra pengguna."

Pewujudan jualan runcit senario penuh akan menawarkan perkhidmatan dengan lebih baik kepada generasi-generasi baharu dengan menyediakan produk berkualiti premium, hiburan dan penggunaan yang mudah. Penyepaduan pengalaman membeli belah dalam talian dan luar talian akan menjadi trend prospektif bagi meningkatkan pembangunan Suning.

Latar Belakang Suning Holdings Group 

Ditubuhkan pada tahun 1990, Suning ialah salah sebuah perusahaan komersial terkemuka di China yang mempunyai dua syarikat awam di China dan Jepun. Pada tahun 2019, Suning Holdings Group tersenarai sebagai tiga jenama terbaik antara 500 perusahaan milik bukan kerajaan terkemuka di China dengan pendapatan tahunan mencecah RMB 602.5 bilion (kira-kira EURO 77.24 bilion) dan terus mengungguli senarai bagi kategori peruncitan Internet. Berpegang kepada misi perusahaan iaitu "Menerajui Ekosistem merentas Industri-industri dengan Mencipta Kualiti Kehidupan Elit buat Semua", Suning memperkukuh dan mengembangkan perniagaan utamanya sebagai jualan runcit melalui ekosistem korporat yang terdiri daripada pelbagai industri vertikal, termasuk hartanah komersial, perkhidmatan kewangan dan sukan. Suning.com, subsidiari utama yang mempelopori peruncitan dalam talian dan luar talian, telah tersenarai dalam Fortune Global 500 selama tiga tahun berturut-turut dari tahun 2017 hingga 2019.

Source: Suning Holdings Group
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce Retail Sales reports