omniture

CIIE 2019: Yili Wujudkan Jaringan Rantaian Bekalan Antarabangsa Mampan Pertama dalam Industri Tenusu

Yili tandatangani perjanjian perkongsian strategik dengan 13 syarikat multinasional semasa Forum Pembangunan Pertanian dan Makanan
Yili Group
2019-11-16 02:51 197

SHANGHAI, 16 November 2019 /PRNewswire/ -- Yili Group ("Yili"), syarikat tenusu yang terkemuka di Asia telah menandatangani beberapa perjanjian perkongsian strategik dengan 13 syarikat antarabangsa yang terkemuka. Langkah berkenaan, yang memeterai perjanjian dengan syarikat-syarikat yang bekerja dalam bidang-bidang yang berbeza-beza seperti pemprosesan makanan hingga pengurusan risiko, menandakan pewujudan jaringan rantaian bekalan antarabangsa mampan yang pertama dalam industri tenusu dan mengukuhkan kedudukan Yili sebagai perintis dalam industri tenusu China.

Yili menandatangani perjanjian perkongsian strategik dengan 13 syarikat multinasional semasa Forum Pembangunan Pertanian dan Makanan di CIIE 2019.
Yili menandatangani perjanjian perkongsian strategik dengan 13 syarikat multinasional semasa Forum Pembangunan Pertanian dan Makanan di CIIE 2019.

Diadakan antara 5-10 November di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan di Shanghai, China, CIIE menggalakkan liberalisasi perdagangan dan globalisasi ekonomi dan menyasarkan untuk terus membuka pasaran Cina kepada dunia. Semasa berlangsungnya CIIE, Yili mempamerkan lapan produk barisan utama termasuk SATINE Pure Milk, Perfectlands Milk, PRO-KIDO dan produk-produk Pure Nutra yang diimport dari New Zealand. Produk-produk yang dipamerkan mencerminkan komitmen berterusan kumpulan ini terhadap inovasi, kolaborasi dan pembangunan mesra alam demi membina masa depan yang lebih baik untuk kesihatan manusia.

Dianggap sebagai kemuncak Ekspo berkenaan, jaringan tersebut mendemonstrasikan kepercayaan Yili bahawa kekuatan industri boleh dimanfaatkan sebagai sebahagian daripada rangka kerja kolektif untuk kerjasama, inovasi dan pembangunan mesra alam yang lebih besar. Pengusaha-pengusaha utama dalam industri pertanian, termasuk Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Kementerian Pertanian dan Hal Ehwal Luar China, turut menghadiri Forum Antarabangsa tentang Kerjasama Pertanian dan Makanan Ekspo berkenaan pada 8 November.

"Globalisasi telah memupuk peluang-peluang yang subur untuk industri pertanian bagi berkongsi sumber dan menggalakkan kerjasama antarabangsa. Kini, lebih daripada biasa, penting untuk organisasi-organisasi bergabung tenaga, menggunakan kekuatan satu sama lain dan berusaha bersama-sama bagi memenuhi keperluan kesihatan orang ramai di serata dunia," kata Zhang Jianqiu, Ketua Pegawai Eksekutif Yili Group. "Dengan membina jaringan rantaian bekalan mampan bertaraf global, kami telah meluaskan peluang-peluang untuk kerjasama dalam industri tenusu dan menyumbang kepada ekosistem kesihatan dunia, di samping mencipta nilai sosial yang lebih besar dengan menyokong inisiatif-inisiatif mampan serta meningkatkan kualiti kesihatan seluruh dunia."

Perkongsian yang ditandatangani semasa Ekspo berkenaan melibatkan Tetra Pak, sebuah syarikat pempakejan dan pemprosesan multinasional; Cargill, sebuah syarikat makanan, pertanian, pemakanan dan pengurusan risiko global yang dikhususkan utuk pertumbuhan mampan; dan Roquette, peneraju global bagi bahan-bahan berasaskan tumbuhan untuk Makanan, Pemakanan dan Kesihatan. Perikatan yang kuat antara dua syarikat gergasi industri makanan, perkongsian Yili dengan Roquette merangkumkan misi Ekspo berkenaan untuk menggalakkan perdagangan dalam kalangan organisasi-organisasi yang terkemuka di dunia.

Perjanjian antara Yili dan Roquette telah dirasmikan semasa forum ekonomi pada 6 November di Dewan Besar Rakyat di Beijing. Sebagai sebahagian daripada perkongsian tersebut, Yili Group akan memperoleh pelbagai bahan semula jadi daripada Roquette sepanjang tiga tahun akan datang dan terus meluaskan cabang nutrisi makanannya. Selain itu, kedua-dua pihak akan bekerjasama untuk meneroka peluang bagi pembangunan produk baharu, inovasi teknologi dan keselamatan makanan.

"Melalui jalinan kerjasama jangka panjang kami, kami telah memeterai perkongsian yang cemerlang dengan Yili. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Roquette dan Yili Group berkolaborasi untuk beralih dengan pantas daripada hubungan bekalan yang ringkas kepada perkongsian strategik," kata Chen Yehong, Ketua Pegawai Eksekutif Roquette China. "Dengan berkongsi sumber dan pengetahuan kami, Roquette dan Yili bersama-sama komited untuk membina masa depan yang lebih baik kepada pelanggan kami di serata dunia."

Jaringan rantaian bekalan global Yili merupakan sebahagian daripada pengoptimuman pengeluaran dan pengedaran berterusan kumpulan tersebut serta memperlihatkan kepercayaannya bahawa perusahaan Cina memainkan peranan penting dalam memupuk kerjasama antarabangsa dan menakrifkan hala tuju masa depan untuk pembangunan mampan dalam industri pertanian. Tindakan Yili dalam pembangunan mampan telah dianggap sebagai penanda aras dalam industri: di Forum Pembangunan Mampan pertama, cadangan oleh Yili untuk pemuliharaan biodiversiti dipilih oleh Kementerian Hal Ehwal Luar China sebagai sebahagian daripada Agenda Pembangunan Lestari 2030. Kumpulan ini turut ditonjolkan sebagai kajian kes Cina dalam Laporan Kemajuan China tentang Pelaksanaan Agenda 2030 untuk Pembangunan Mampan 2019. Yili merupakan satu-satunya syarikat makanan kesihatan yang dipaparkan dalam laporan ini.

Menerusi sejarahnya baru-baru ini, Yili telah mempercepatkan visi pengantarabangsaannya melalui penyepaduan sumber global dan pengoptimuman rantaian bekalan perindustrian globalnya. Dengan meningkatkan jaringan perkongsian globalnya, Yili telah mencipta platform baharu untuk jalinan kerjasama antara industri tenusu China dan industri tenusu global, dan dalam masa yang sama membuka pasaran Cina kepada perusahaan-perusahaan antarabangsa. Menuju masa depan, Yili akan terus meneroka peluang pembangunan mampan di seluruh dunia, bagi memupuk masa depan yang lebih baik melalui pembinaan ekosistem kesihatan global.

Latar Belakang Yili Group 

Yili ialah syarikat tenusu terbesar dengan rangkaian produk yang paling besar di China. Menurut "20 Terbaik Tenusu Global" Rabobank 2018, Yili menduduki tempat pertama di Asia. Jualan tahunan susu cecair, yogurt, minuman sejuk dan susu tepung melebih 37 bilion unit dan setiap hari lebih 100 juta produk Yili disampaikan kepada pengguna di serata dunia. Yili juga merupakan satu-satunya pengeluar produk tenusu di China yang telah menawarkan perkhidmatan untuk kedua-dua Sukan Olimpik Musim Panas dan Musim Sejuk. Pada tahun 2017, Yili telah dianugerahkan "amalan terbaik Cina bagi Mencapai Matlamat Pembangunan Lestari (SDG)" oleh UN Global Compact, inisiatif kemampanan korporat yang terbesar di dunia dan tersenarai di tempat ketiga dalam edisi 2019 Brand Finance bagi "50 Jenama Makanan Paling Bernilai Terunggul di Dunia".

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191113/2639900-1?lang=0

 

Source: Yili Group
Related Stocks:
Shanghai:600887
Keywords: Beverages Non-Alcoholic Beverages Trade show news