omniture

AntWorks jalin kerjasama dengan SEED Group dorong penerimaan Kecerdasan Buatan di GCC

AntWorks
2019-11-16 03:21 490

SINGAPURA, 16 November 2019 /PRNewswire/ -- AntWorks™, penyedia global bagi kecerdasan buatan dan penyelesaian pengautomatan pintar yang dikuasakan oleh sains fraktal, hari ini mengumumkan satu perkongsian eksklusif dengan SEED Group, ahli Private Office Sheikh Saeed bin Ahmed Al Maktoum. Perkongsian berkenaan akan menyokong peluasan pengautomatan pintar dalam Timur Tengah (ME), sebuah rantau yang mana AI dijangka mencecah nilai US$320 bilion menjelang tahun 2030.

SEED Group menubuhkan syarikat-syarikat rintis dengan kehadiran kukuh dalam Majlis Kerjasama Negara-negara Arab Teluk (GCC) dan akan bekerjasama dengan AntWorks bagi menawarkan penyelesaian AI beretika kepada syarikat-syarikat GCC menerusi ANTsteinTM SQUARE, Platform Pengautomatan Bersepadu (IAP) yang pertama dan satu-satunya di dunia, dikuasakan oleh sains fraktal. AntWorks berusaha untuk mengulangi kejayaannya di seluruh Asia, UK dan AS, yang mana organisasi berkenaan telah mengautomasikan seluruh proses perniagaan secara hujung-ke-hujung untuk banyak pelanggan merentas BFSI (Perbankan, perkhidmatan kewangan dan insurans), pengangkutan, logistik dan sektor awam, antara lain.

Menerusi kejayaan penerimaan penyelesaian IAP AntWorks, perniagaan-perniagaan akan berpeluang untuk menjimatkan sebanyak berjuta-juta dan merealisasikan peningkatan prestasi dan kecekapan dengan mengautomasikan dan memproses data perniagaan, termasuk data tidak berstruktur, yang akan membentuk 80% daripada data dunia menjelang tahun 2025. Perkongsian berkenaan akan membantu GCC menjadi pelan tindakan untuk ekonomi AI di Timur Tengah, Turki dan Afrika selebihnya, terutamanya apabila kerajaan menyasarkan untuk mempelbagaikan dan mendorong pendapatan daripada sektor-sektor bukan minyak dan gas.

"Kami amat berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan The Private Office Sheikh Saeed bin Ahmed Al Maktoum dan SEED Group bagi memperluaskan jangkauan kami ke Timur Tengah," kata Asheesh Mehra, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AntWorks. "Kami melihat perkongsian kami bersama SEED Group sebagai peluang yang luar biasa untuk membawakan kepakaran utama AntWorks dalam kecerdasan buatan ke GCC -- membantu Kementerian AI UAE merealisasikan Strategi Kecerdasan Buatan 2031nya. Ini merupakan pasaran yang berkembang maju melalui inovasi dan telah mengambil beberapa langkah yang paling bercita-cita tinggi di dunia dengan menerima pakai penggunaan AI dalam seluruh kerajaan dan perniagaan tatkala mereka berusaha untuk mencipta peluang ekonomi, sosial dan pendidikan baharu kepada penduduk. Kami tidak sabar-sabar menantikan hubungan yang hebat dan produktif yang akan menjadikan pemprosesan langsung suatu kenyataan di seluruh GCC."

Hisham Al Gurg, Ketua Pegawai Eksekutif SEED Group, menambah: "Kami berasa gembira untuk menambah AntWorks sebagai salah satu rakan kongsi kami. Kami bukan sahaja berkongsi matlamat yang sama untuk membantu mengubah bandar raya ini menjadi penjana teknologi termaju, tetapi juga dengan menjalin kerjasama bersama AntWorks, kami dapat membawa penemuan baharu dan tahap inovasi serta penyelesaian baharu yang semestinya akan menyerlahkan potensi penuh transformasi teknologi di negara ini dan kami tidak sabar-sabar menantikan peluang daripada perkongsian ini untuk menjadikan kejayaan ini suatu kenyataan."

Latar Belakang AntWorks 

AntWorks™ ialah syarikat kecerdasan buatan dan pengautomatan pintar bertaraf global, mewujudkan kemungkinan baharu dengan data melalui pendigitan, pengautomatan dan kecerdasan perusahaan. Sebagai Platform Pengautomatan Bersepadu (IAP) yang pertama dan satu-satunya di dunia yang dikuasakan oleh prinsip sains fraktal dan pengecaman pola yang memahami setiap jenis data, ANTstein™ SQUARE mendigitalkan setiap maklumat untuk pelbagai jenis industri. Kunjungi www.ant.works untuk memperkasa perusahaan anda dengan mengautomasikan proses perniagaan kompleks hujung-ke-hujung. 

Latar Belakang SEED Group 

Sejak 16 tahun yang lalu, SEED Group memeterai perikatan strategik dengan syarikat-syarikat global yang terkemuka bagi mewakili rantau dan industri yang pelbagai. Syarikat-syarikat ini telah mendorong kepentingan dan matlamat perniagaan mereka di rantau Timur Tengah & Afrika Utara (MENA) melalui sokongan dan asas kukuh hubungan serantau SEED Group. Matlamat Kumpulan berkenaan adalah untuk mewujudkan perkongsian yang saling memberi manfaat bersama organisasi-organisasi multinasional dan mempercepatkan kemasukan dan kehadiran pasaran mampan mereka dalam rantau MENA. SEED Group telah menjadi titik penting dalam kejayaan semua rakan kongsinya di rantau ini, membantu mereka mendekati pelanggan sasaran mereka serta mempercepatkan perniagaan mereka. Private Office telahpun ditubuhkan oleh Sheikh Saeed bin Ahmed Al Maktoum untuk melabur terus atau membantu peluang-peluang perniagaan yang berpotensi di rantau ini, yang memenuhi kriteria Private Office. Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.seedgroup.com.

Foto - - https://photos.prnasia.com/prnh/20191112/2639859-1?lang=0 

Source: AntWorks
Related Links:
Keywords: Auto Computer Software Computer/Electronics Transportation Licensing/marketing agreements