SINGAPURA, 18 November 2019 /PRNewswire/ -- Silikon karbida (SiC) sedang dalam proses untuk menjadi suatu kebiasaan bagi aplikasi seperti fotovolta dan bekalan kuasa tidak terganggu. Infineon Technologies ini menyasarkan kumpulan aplikasi yang seterusnya untuk teknologi jurang jalur yang luas ini: Papan penilaian EVAL-M5-E1B1245N-SiC akan membantu membuka laluan kepada SiC dalam pemacu motor. Papan penilaian ini menyokong pelanggan semasa langkah-langkah pertama dalam mereka bentuk aplikasi pemacu perindustrian dengan maksimum 7.5 kW output motor.
Ia terdiri daripada EasyPACK™ 1B dengan CoolSiC™ MOSFET (FS45MR12W1M1_B11), penyambung AC 3-fasa, penapis EMI, penerus dan output 3-fasa kepada motor. Berdasarkan Kit Reka Bentuk Aplikasi Modular (MADK), papan tersebut dilengkapi dengan antara muka M5 32-pin standard Infineon yang membolehkan sambungan kepada unit kawalan seperti XMC DriveCard 4400 atau 1300. Voltan inputnya merangkumi julat 340 hingga 480 VAC.
Ahli baharu dalam rangkaian MADK dioptimumkan untuk pemacu kegunaan umum selain untuk pemacu servo dengan frekuensi yang amat tinggi. Ia mempunyai konfigurasi EasyPACK 1B dalam Sixpack dengan 1200 V CoolSiC MOSFET serta kerintangan sumber biasa 45 miliohm. Tahap kuasa mengandungi litar pengesanan untuk arus dan voltan; ia dilengkapi dengan semua unsur pemasangan untuk kawalan berorientasi medan (FOC) tanpa sensor. EVAL-M5-E1B1245N-SiC mempunyai reka bentuk induktif rendah, sensor suhu NTC bersepadu dan saduran terminal bebas plumbum, yang menjadikannya patuh RoHS.
Ketersediaan
EVAL-M5-E1B1245N-SiC boleh dipesan sekarang. Maklumat lanjut disediakan di www.infineon.com/cms/de/product/evaluation-boards/eval-m5-e1b1245n-sic/.
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191114/2643042-1?lang=0
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20190619/2502113-1-LOGO?lang=0