omniture

HotForex memenangi anugerah Platform Forex Copy Terbaik Peringkat Global

HotForex
2019-11-19 17:00 233

Akaun HFcopy HotForex membolehkan para pedagang bergabung dan cuba memahami pasaran, dimana ia membenarkan para pengikut belajar dengan menyalin dagangan daripada pedagang lebih berpengalaman, dan para penyedia strategi mendapat hasil pulangan perkongsian keuntungan sehingga 50%

PORT LOUIS, Mauritius, 19 November 2019 /PRNewswire/ -- HotForex, Broker forex komoditi CFD yang memenangi pelbagai anugerah dengan berbesar hati ingin mengumumkan bahawa platform servis HFcopy telah memenangi anugerah Platform Forex Copy Terbaik Peringkat Global daripada Global Forex Awards 2019.

 

 

HotForex adalah jenama utama HF Markets Group, syarikat konglomerat beroperasi sebagai broker pelbagai asset yang dikawal selia oleh pelbagai negara, ia mempunyai misi untuk menyediakan servis terbaik kepada pelanggan dan mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju pasaran.

Jurucakap HotForex berkata: "kami sangat berbangga dengan servis HFcopy yang diperkenalkan tahun lepas dan ianya mendapat sambutan amat menggalakkan. Ini adalah peluang terbaik untuk pedagang baru untuk belajar tanpa perlu membuka atau menutup sesuatu posisi dagangan atau memantau lebih dekat pasaran semasa, dan juga peluang terbaik untuk penyedia strategi untuk menunjukkan skil mereka dan mendapat pulangan."

HotForex HFcopy adalah penyedia solusi dagangan yang inovatif yang memberikan peluang dagangan lebih mudah untuk pedagang baru dan pedagang lama berkongsi ilmu, menajamkan skil mereka dan berkongsi keuntungan. Para pengikut akaun dapat menyalin dagangan tetapi mempunyai kawalan sepenuhnya akaun mereka pada masa yang sama. Manakala penyedia strategi dapat menetapkan kadar perkongsian keuntungan mereka dan memberi motivasi untuk menambah baik skil mereka.

Nota untuk Media:

Mengenai Platform HotForex HFcopy

Sejak penubuhan syarikat pada 2010, HotForex adalah jenama HF Markets Group yang meliputi perkhidmatan seluruh dunia dan mempunyai regulasi yang diiktiraf. Ianya beroperasi sebagai Broker pelbagai asset yang menwarkan perkhidmatan kepada pasaran runcit dan juga institusi seantero dunia. HotForex menawarkan platfom 'copy trading' atau salinan dagangan yang menawarkan:

  • Solusi dagangan inovatif yang memudahkan dagangan
  • Berkongsi ilmu dagangan dan kawalan akaun sepenuhnya untuk pengikut
  • Perkongsian keuntungan sehingga 50% untuk penyedia strategi
  • Dagangan automatic dengan pulangan bersama

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai HFcopy, sila klik di sini

Tertakluk kepada terma dan syarat

Amaran Risiko:

Berdagang produk berleverage seperti Forex dan Derivatif mungkin tidak sesuai untuk semua pelabur berikutan risiko yang tinggi terhadap kapital anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko, ambil kira objektif pelaburan anda dan tahap kepakaran anda sebelum berdagang. Sekiranya diperlukan, dapatkan nasihat bebas dari pihak berkecuali. Sila baca amaran risiko penuh.

Logo: https://mma.prnewswire.com/media/830182/HotForex_Logo.jpg

Source: HotForex
Keywords: Banking/Financial Service Insurance Retail Accounting news, issues Awards