SHANGHAI, 20 November 2019 /PRNewswire/ -- Program EMBA Global China Europe International Business School (CEIBS) kini tersenarai pada kedudukan kelima di dunia – dan tempat pertama antara program-program bukan bersama di Asia – untuk tahun kedua berturut-turut menerusi pelancaran senarai kedudukan MBA Eksekutif global Financial Times terkini hari ini. Awal tahun ini, program MBA sekolah ini turut tersenarai pada kedudukan kelima oleh FT, seraya menekankan lagi kekuatan dan pengaruh antarabangsa CEIBS dalam bidang pendidikan pengurusan.
"Tahun ini menandakan ulang tahun ke-25 penubuhan CEIBS dan pencapaian ini merupakan suatu hadiah yang besar untuk ditambahkan kepada sambutan berkenaan," kata Presiden CEIBS Li Mingjun. "Sejak 25 tahun yang lalu, CEIBS telah menyaksikan pembangunan pesat ekonomi China. Sepanjang tempoh berkenaan, CEIBS berkembang menjadi sekolah perniagaan terkemuka yang bertaraf dunia. Ketika China mula memainkan peranan yang lebih penting dalam globalisasi ekonomi, tumpuan pendidikan pengurusan global beralih secara beransur-ansur ke timur. Masa depan memerlukan bakat dengan wawasan antarabangsa serta kebijaksanaan China dan CEIBS menggalas tanggungjawab tersebut untuk memupuk lebih ramai pemimpin korporat."
Lantaran piawaiannya yang ketat untuk penyertaan selain pelbagai kriteria, senarai kedudukan tahunan FT menjadi salah satu yang diiktiraf secara paling meluas dalam komuniti pendidikan pengurusan global. Senarai kedudukan ini adalah berdasarkan penilaian komprehensif dengan 16 kategori, meliputi kemajuan kerjaya siswazah, kepelbagaian sekolah serta tahap pengajaran dan penyelidikan. Tanggungjawab sosial korporat (CSR) turut dirangkumkan ke dalam kriteria tersebut buat kali kedua pada tahun 2019.
"Dengan berita terkini ini, buat julung kalinya, program EMBA dan MBA kami menduduki senarai sepuluh terbaik di dunia untuk dua tahun berturut-turut," kata Naib Presiden CEIBS Dean Ding Yuan. "Terdapatnya pergerakan agak kecil pada kedudukan tertinggi dalam senarai kedudukan tersebut dan ini merupakan satu petanda bahawa pasaran untuk pendidikan pengurusan global mencapai titik kematangan. Sebagai sebuah sekolah perniagaan yang berakar umbi di China, kejayaan CEIBS dalam senarai kedudukan lima teratas untuk dua tahun berturut-turut menonjolkan kebangkitan pendidikan pengurusan di China dan juga Asia. Ia juga menunjukkan bahawa usaha pihak sekolah untuk mempromosikan globalisasi membuahkan hasil."
Melihat dengan lebih dekat kategori-kategori yang difaktorkan ke dalam senarai kedudukan tersebut, siswazah EMBA Global CEIBS sekali lagi mencapai keputusan yang luar biasa dari segi "tahap gaji" dan "kenaikan gaji". CEIBS menduduki tempat ketiga di dunia dari segi "tahap gaji" dan kekal tersenarai sebagai lima teratas di dunia selama tujuh tahun berturut-turut. Di samping itu, senarai kedudukan "pengalaman kerja" dan "matlamat tercapai" sekolah berkenaan mendaki lebih sepuluh anak tangga bagi setiap kategori. CEIBS turut menduduki tempat ketujuh dari segi "kemajuan kerjaya" yang mana ia tersenarai sebagai sepuluh teratas di dunia buat julung kalinya.
Dalam kategori "fakulti antarabangsa", CEIBS melonjak tiga anak tangga dari tahun 2018 dan dalam masa yang sama mendaki dua anak tangga dalam setiap kategori "pelajar antarabangsa" dan "pengalaman kursus antarabangsa". CEIBS memanfaatkan kampus luar negaranya dan jaringan sekolah rakan kongsi yang mantap bagi memudahkan modul di lokasi-lokasi di lima benua, termasuk Switzerland, AS, Brazil, Israel, India, Ghana dan Asia Tenggara. Peluang-peluang ini berperanan untuk memperkayakan lagi pengalaman antarabangsa pelajar-pelajar.
Sama menarik, "kedudukan penyelidikan FT" sekolah ini mendaki 18 anak tangga, seraya mengesahkan kekuatan penyelidikan akademik di CEIBS. Sejak tahun 2014, profesor-profesor CEIBS tersenarai di tempat pertama dalam senarai Elsevier bagi ilmuwan yang paling banyak dipetik di China bagi kategori "Perniagaan, Pengurusan dan Perakaunan". Pada tahun 2017, sekolah ini turut melancarkan Real Situation Learning Method(TM), yang menggabungkan pembelajaran di kelas dengan pengalaman dunia sebenar yang membolehkan pelajar mengunjungi syarikat-syarikat dan bertemu sendiri dengan eksekutif-eksekutif syarikat.
"Penyelidikan akademik merupakan kriteria penting dalam senarai kedudukan sekolah perniagaan dan 'kedudukan penyelidikan FT' adalah berdasarkan jumlah dan purata artikel yang diterbitkan oleh fakulti sepenuh masa semasa sekolah berkenaan dalam 50 jurnal ekonomi dan pengurusan penting yang diiktiraf di seluruh dunia," kata Timbalan Dekan (Penyelidikan) CEIBS dan Profesor Ekonomi dan Kewangan Xu Bin. "Setelah bertahun-tahun menjalankan usaha yang berterusan, CEIBS telah mewujudkan sistem yang berkesan bagi pengurusan penyelidikan fakulti dan dasar insentif, yang meningkatkan aktiviti dan kreativiti penyelidikan fakulti dengan ketara. Peningkatan besar 'kedudukan penyelidikan FT' CEIBS merupakan gambaran semula jadi usaha yang berterusan ini."
"Kedudukan tanggungjawab sosial korporat" CEIBS turut mendaki sepuluh anak tangga, yang mencerminkan pelbagai usaha sekolah ini bagi menggalakkan CSR. CEIBS merupakan sekolah perniagaan pertama di tanah besar Cina yang menggalakkan CSR dan ia mempunyai beberapa aktiviti berkaitan CSR setiap tahun untuk menggalakkan alumni meningkatkan tanggungjawab sosial ke tahap strategi pembangunan korporat.
"Program EMBA Global CEIBS terus mengikuti trend ekonomi yang terkini dan mengoptimumkan kurikulum kami," kata Pengarah EMBA Global CEIBS, Timbalan Dekan dan Profesor Pengurusan Operasi Nikolaos Tsikriktsis. "Dalam masa yang sama, program ini menyumbang kepada pengetahuan Cina tentang syarikat-syarikat luar negara yang memasuki pasaran Cina dan telah membantu membawa masuk globalisasi perusahaan Cina."
Latar Belakang CEIBS
CEIBS merupakan antara sekolah perniagaan antarabangsa yang terbaik di Asia, yang mana ia merupakan satu-satunya yang tersenarai serentak dalam senarai 5 program MBA dan EMBA terbaik FT. Sekolah ini mempunyai lebih 22,000 alumni dari lebih 80 buah negara dan sejak 25 tahun yang lalu telah menyediakan rangkaian program pengurusan yang luas untuk lebih 150,000 eksekutif di China mahupun luar negara. Sekolah ini turut menawarkan program MBA Kewangan, EMBA Hospitaliti dan pelbagai program Pendidikan Eksekutif. Dengan pasukan fakulti yang mempunyai pengetahuan luas tentang China dan juga pemahaman global, CEIBS dilengkapi dengan unik untuk memupuk pemimpin perniagaan, pada setiap peringkat kerjaya mereka, mempersiapkan mereka untuk mencetuskan kesan global. Sebagai pakar China yang tiada tandingan, CEIBS dibimbing oleh moto "Kedalaman China, Keluasan Global". CEIBS menyambut ulang tahun ke-25nya tahun ini, dengan sambutannya diadakan di lima kampus di Shanghai, Beijing dan Shenzhen di China, serta Zurich di Switzerland dan Accra di Ghana. Ketahui lebih lanjut di sini.
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191118/2645694-1?lang=0