JAKARTA, Indonesia, 20 November 2019 /PRNewswire/ -- PT Berca Schindler Lifts (BSL) mengadakan sebuah upacara bagi menandakan graduasi perantis kumpulan pertamanya dan mengalu-alukan kumpulan kedua program berkenaan. Program Perantisan ini telah berjalan selama lebih dua tahun dan dibangunkan bersama BBPLK Bekasi (Balai Besar Pelatihan Kerja), sebuah institut latihan vokasional terkemuka di Indonesia.
Program ini menggabungkan kemahiran khusus yang diperlukan dalam industri lif dan eskalator. Ini termasuk pemasangan, penyelenggaraan dan pembaikan aspek perniagaan. Selain itu, perantis juga mendapat giliran kerja dalam perniagaan operasi Schindler kami bagi menyediakan mereka dengan pengalaman kerja dunia sebenar.
Pengarah Presiden PT Berca Schindler Lifts Thibaut Le Chatelier dan Ketua BBPLK Bekasi, Herman menandatangani perisytiharan hasrat bersama untuk kumpulan kedua di ibu pejabat BSL, yang terletak di Puri Indah, Jakarta Barat.
"Schindler terus komited terhadap pembangunan insan bagi memastikan perkhidmatan yang terbaik dari segi keselamatan, kualiti dan keandalan kepada pelanggan kami dan semua penumpang yang menggunakan penyelesaian kami setiap hari. Kami gembira dapat meneruskan program perkongsian bersama BBPLK Bekasi ini bagi membawakan kepada kami saluran bakat muda ke dalam aliran teknikal perniagaan dan memenuhi keperluan Revolusi Industri 4.0," kata Thibaut Le Chatelier, Pengarah Presiden BSL. Di samping itu – setiap tahun, BSL menjalankan latihan yang komprehensif di Pusat Pengetahuan terbesarnya.
Herman, Ketua BBPLK Bekasi turut menambah, "Pembangunan sumber manusia akan menjadi kunci kepada masa depan Indonesia untuk 5 tahun akan datang. Kami berasa amat sukacita kerana berupaya untuk membangunkan program yang sangat praktikal bersama peneraju industri seperti Schindler – untuk menyesuaikan kurikulum kepada bidang kursus elektrik dan mekanikal bagi memastikan perantis mampu mengaplikasikan apa yang dipelajari oleh mereka dari kelas terus ke persekitaran kerja dunia sebenar."
Tahun lalu, BSL dinamakan sebagai 'Syarikat Terbaik untuk Bekerja di Asia 2018 HR Asia' dan menjadi satu-satunya syarikat lif dan eskalator yang dicalonkan oleh HR Asia. Di samping itu, BSL turut membangunkan teknologi digital yang dikenali sebagai 'Schindler Ahead' bagi menghubungkan mesin, pengguna, juruteknik, pusat panggilan di hujung jari mereka.
Latar Belakang PT Berca Schindler Lifts
PT Berca Schindler Lifts (BSL) ditubuhkan pada tahun 2000 sebagai satu usaha sama antara Central Cipta Murdaya Group dan Jardine Schindler Group – penyedia mobiliti global yang terkemuka bagi lif, eskalator dan perkhidmatan berkaitan. Ibu pejabat BSL terletak di Jakarta, dengan cawangan-cawangan di Medan, Bali, Surabaya dan Yogyakarta.
Schindler menyokong pembangunan bandar yang mampan dengan penyelesaian mobiliti yang selamat dan andal, menggerakkan lebih satu bilion orang setiap hari. Di sebalik kejayaan syarikat merupakan lebih 65,000 pekerja yang beroperasi di lebih 100 buah negara.
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191118/2645565-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191118/2645565-1-b?lang=0
Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20150119/8521500314logo?lang=0