omniture

LED Absen Tingkatkan Pengalaman Pengunjung di Eksposisi Minyak Rusia

Absen
2019-11-20 05:35 548

SHENZHEN, China, 20 November 2019 /PRNewswire/ -- Bagi menyambut ulang tahun ke-80 pusat pameran VDNKh di Moscow, syarikat minyak yang berpangkalan di Rusia LUKOIL membuka sebuah pusat latihan yang interaktif di Oil Pavilion yang bersejarah pada bulan September bagi meraikan pencapaian industri minyak Rusia. Siri Acclaim A27 oleh Absen (SZSE: 300389) digunakan dalam Eksposisi Minyak berkenaan.

LED Absen di VDNKh Oil Pavilion Rusia
LED Absen di VDNKh Oil Pavilion Rusia

Meliputi kawasan seluas lebih 1,300 meter persegi, Oil Pavilion baharu itu merupakan pameran multimedia yang terbesar di Rusia yang dikhususkan untuk industri minyak negara. Dipisahkan kepada empat bilik, astaka ini mempunyai 70 pemasangan berbeza. Pengunjung dibawa mengikuti lawatan untuk mempelajari tentang sejarah industri ini dan mengenali kitaran pengeluaran penuh syarikat minyak yang bersepadu secara vertikal, bermula daripada pengeluaran kepada penapisan dan pemasaran.

Pelbagai teknologi paparan yang canggih turut dipamerkan, termasuk LED, penayang, VR, AR dan teknologi hologram, menukarkan Oil Pavilion kepada eksposisi yang menyeronokkan dan interaktif untuk pengunjung daripada segenap usia.

Siri Acclaim A27 Absen yang memenangi pelbagai anugerah dipilih dalam projek tersebut bagi membawakan penyelesaian paparan berkepakaran. A27 ialah siri produk yang berkembang paling pantas daripada Absen, yang menggabungkan faedah-faedah teknologi paparan LED dan LCD. Sebagai contoh, nisbah aspek 16:9 pepenjuru 27.5" dan tahap tinggi keseragaman warna, kecerahan dan kontras menjadikannya penyelesaian pilihan untuk penyepadu sistem yang ingin membawakan dinding video kepada persekitaran bilik korporat, peruncitan dan kawalan.

Sejumlah empat dinding video A2712 Absen dipasang dalam tiga daripada empat dewan berbeza yang bertema: 'Umat Manusia dan Minyak', 'Sejarah', 'Teknologi' dan 'Sains.' Dewan pertama, Umat Manusia dan Minyak, mempunyai paparan LED segi empat tepat 3.1m x 3.8m dengan pic piksel 1.2mm, yang digunakan untuk memaparkan kandungan grafik dan video kemudahan serta peralatan minyak. Dalam dewan yang sama, skrin tersuai yang mengandungi 22 panel LED digunakan untuk memaparkan kandungan tentang peranan minyak dalam kenderaan pengangkutan. Skrin ketiga menerima pakai konfigurasi 3x7 yang dipasang dalam dewan Teknologi, digunakan untuk mempersembahkan proses pengeluaran minyak hujung-ke-hujung. Akhir sekali, skrin yang mengandungi 53 panel LED Absen, yang dipasang pada dinding di dewan Sains, berperanan sebagai penyelesaian pembentangan yang andal untuk ucapan dan sesi latihan.

Pengurus jualan Absen bagi pasaran CIS, Jackie Gao, menambah: "Setelah mengunjungi Oil Pavilion baharu, saya amat kagum dengan pameran ini dan ia benar-benar mempersembahkan sesuatu yang mengagumkan! Rakan kongsi kami telah menjalankan tugas yang hebat dalam mereka bentuk penyelesaian AV yang menyepadukan dengan mahir teknologi-teknologi berbeza dan kami berasa bangga kerana LED Absen dapat memainkan peranan yang utama."

Latar Belakang Absen

Ditubuhkan pada tahun 2001, Absen (SZSE: 300389) Optoelectronic Co., Ltd ialah pengeluar Cina bagi penyelesaian paparan LED yang berkualiti tinggi. Syarikat ini terkenal dengan kehadiran globalnya, keupayaan perkhidmatan penuh dan produk yang berkualiti tinggi untuk acara langsung, penyiaran dan industri pementasan sewaan serta berada di lebih 120 buah negara.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191118/2645771-1?lang=0

 

Source: Absen
Related Stocks:
Shenzhen:300389
Keywords: Computer/Electronics Semiconductors Trade show news