omniture

Moutai Group Lihat Kekurangan Bekalan Semakin Muncul dalam Pasaran Luar Negara pada 2019

- Syarikat merancang untuk mengukuhkan lagi kehadirannya dalam pasaran luar negara tahun hadapan
Kweichow Moutai Group
2019-11-21 00:25 542

ZHUHAI, China, 21 November 2019 /PRNewswire/ -- Kweichow Moutai Group mengumumkan semasa Persidangan Pengedar Luar Negara 2019 yang diadakan pada 10 November lalu bahawa kumpulan berkenaan mengeksport 1,576.82 tan metrik Moutai dan jenama-jenama lain di bawah naungan Moutai sepanjang sepuluh bulan yang berakhir pada 31 Oktober 2019, mencapai eksport yang bernilai US$369 juta. Sebagai sebahagian daripada pelaburan berterusan dalam meluaskan jaringan pengedar luar negaranya, pengeluar minuman keras Cina menambah pengedar utama di bawah susunan percubaan dan membuka 10 kedai baharu dalam pasaran antarabangsa semasa tahun 2019. Kini, Moutai mempunyai 107 pengedar luar negara dalam 64 buah negara dan wilayah merentas lima benua, termasuk 44 buah negara yang disasarkan oleh inisiatif Jalur dan Jalan kerajaan Cina, satu peningkatan sebanyak enam buah negara sejak akhir tahun lalu.

2019 overseas distributors conference of Kweichow Moutai Group
2019 overseas distributors conference of Kweichow Moutai Group

Dengan peningkatan populariti Moutai di seluruh dunia sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pengeluar minuman keras tersebut menyedari terdapatnya trend melibatkan kekurangan bekalan dalam pasaran luar negara pada tahun lalu. Memandangkan ketidakseimbangan antara bekalan dan permintaan terus meningkat, Moutai mengalami kekurangan bekalan dalam pasaran luar negara buat pertama kalinya pada tahun 2019.

Pengerusi Moutai Group dan setiausaha jawatankuasa parti Li Baofang berkata, "Ia merupakan salah satu perubahan paling penting yang pernah kami saksikan dalam pasaran luar negara sejak Moutai pulih semula dalam pasaran domestik pada tahun 2016. Ia berfungsi sebagai bukti kukuh kepada promosi yang berkesan oleh Moutai dalam pasaran luar negara sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Kami berjaya meluaskan kehadiran kami dalam pasaran-pasaran di luar China menerusi peningkatan populariti Moutai dalam kalangan pengguna di seluruh dunia, hasil daripada usaha gigih oleh semua pihak di Moutai Group yang sehingga kini menyaksikan permulaannya sejak beberapa tahun."

Kweichow Moutai Group chairman and party committee secretary Li Baofang
Kweichow Moutai Group chairman and party committee secretary Li Baofang

En. Li menambah, "Terdapat hanya 50 hari yang tinggal sehingga tahun 2020. Moutai berkemungkinan besar untuk mencapai jualan sebanyak 100 bilion yuan (kira-kira US$14 bilion) menjelang akhir tahun ini, menyempurnakan rancangan Lima-Tahun ke-13 kami setahun lebih awal daripada jadual. Hasilnya, kami akan berupaya untuk mula mempersiapkan rancangan Lima-Tahun ke-14 kami dengan lebih awal. Beliau menambah, "Berdasarkan pertimbangan ini, kami menakrifkan tahun 2020 sebagai Tahun Mengukuhkan Asas Kami."

"Dengan pertumbuhan berterusan populariti Moutai dalam pasaran antarabangsa, kami akan sentiasa menyokong inisiatif Jalur dan Jalan dan menyesuaikan syarikat kami dalam misi yang lebih besar daripada inisiatif tersebut. Kami berharap dapat mencapai keputusan yang bermanfaat sepanjang beberapa tahun akan datang dan kami percaya bahawa kami berada di landasan yang betul untuk mencipta masa depan yang cerah untuk jenama Moutai." 

Pengurus besar Moutai Group dan timbalan setiausaha jawatankuasa parti Li Jingren berkata, "Kami berharap agar pengedar luar negara kami akan terus menyokong pertumbuhan Moutai yang selanjutnya dan bekerjasama erat dengan kami untuk membentuk semula pasaran luar negara dengan membina konsensus yang lebih luas dan meningkatkan pemahaman yang lebih baik tentang budaya Moutai sewaktu kami berusaha untuk memahami budaya setiap pasaran berkisarkan pengambilan minuman beralkohol dengan lebih baik."

Kweichow Moutai Group general manager and deputy party secretary Li Jingren
Kweichow Moutai Group general manager and deputy party secretary Li Jingren

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191115/2644201-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191115/2644201-1-b?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191115/2644201-1-c?lang=0

 

Source: Kweichow Moutai Group
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Sales reports