omniture

Ganding Bahu bersama Syarikat Gergasi Sosial Global: Haval Perkenal F7 dan F7x Performance Edition 2020 Dinaik Taraf

Haval
2019-11-21 02:57 392

BEIJING, 21 November 2019 /PRNewswire/ -- Haval SUV ("Haval"), jenama SUV utama China, memperkenalkan Perikatan Strategik Sosial Globalnya dan mengemas kini model-model untuk kenderaan F7, F7x Performance Edition dan F5 Haval pada 6 November. Diadakan sebagai sebahagian daripada Persidangan Strategi Sosial Global Haval dan Festival Peminat. F7x Performance Edition Haval turut dilancarkan di Rusia pada 7 November.

Haval F7 Marked at Russia at Its Global Tour
Haval F7 Marked at Russia at Its Global Tour

Perikatan Strategik Sosial Global Haval menampilkan perkongsian bersama jenama-jenama yang terkemuka termasuk Vibrato Douyin, Ximalaya, iQIYI, Autonavigate, Tencent dan iFlytek, menggabungkan teknologi 5G dan AI dengan data raya, platform sosial dan sumber bersama untuk membina ekosistem kereta sosial pintar terhubung. Siri-F dibina menurut konsep F3 iaitu "Masa Depan, Fesyen dan Keseronokan" ("Future, Fashion" and "Fun") dan pengemaskinian terkini Haval menandakan permulaan era F4 yang mana komponen keempat iaitu "Rakan-rakan" ("Friends") merujuk kepada bagaimana trend perkongsian sosial akan menakrifkan semula pengalaman pemanduan untuk belia hari ini.

"Sama ada trend dalam globalisasi, 5G atau AI, masa depan Haval dipenuhi dengan kemungkinan tidak berkesudahan untuk mengalami pertumbuhan. Hanya imaginasi yang mengehadkan kita," kata Wen Fei, Timbalan Pengurus Besar Great Wall Motor. "Haval akan terus mendukung visi kami untuk mencipta 'kereta dengan nurani', memanfaatkan trend terkini bagi memenuhi dan melangkaui jangkaan pelanggan di seluruh dunia."

Perikatan Strategik Sosial Global Haval diwujudkan untuk beradaptasi dengan trend-trend utama dalam teknologi, data raya dan globalisasi. Dari segi teknologi, Haval akan menggunakan teknologi 5G dan AI yang utama dalam industri untuk model baharu mereka; sementara itu, pembuat auto ini akan memanfaatkan data raya daripada platform sosial dan tingkah laku memandu bagi membawakan penambahbaikan demi pemanduan yang lebih selesa dan mudah. Akhir sekali, Haval akan menyepadukan platform dan teknologi sosial global mereka bagi mencipta lebih banyak peluang untuk interaksi global. Dengan beradaptasi kepada teknologi dan trend pengguna, Haval telah membentuk generasi SUV akan datang.

Haval F7 Cut Crossed Moscow during Its Global Tour
Haval F7 Cut Crossed Moscow during Its Global Tour

Susulan prestasi jualan yang luar biasa sejak pelancarannya, Haval mengemas kini SUV F7 Haval dan SUV F7x Performance Edition Haval yang amat popular dengan penyepaduan teknologi pintar dan platform sosial yang lebih baik untuk beradaptasi kepada keperluan perjalanan yang berubah-ubah daripada kalangan audiens sasaran belianya. F7x Haval dilancarkan dalam pasaran Rusia pada 7 November, selepas penampilan sulung model-model terdahulu pada awal tahun ini. Sebagai langkah rintis dalam strategi globalisasi pembuat auto tersebut, kejayaan Haval di Rusia mempunyai implikasi yang luas untuk pengembangan global pembuat auto berkenaan.

Haval F7x Has Been Released in Russia
Haval F7x Has Been Released in Russia

Berkedudukan sebagai "SUV Sosial Pintar AI", F7 Haval ialah kereta yang benar-benar global pertama yang dicipta oleh jenama Cina dan telah menjadi penanda aras untuk globalisasi SUV Cina. F7 Haval ialah kenderaan pertama China yang dikilangkan dan diedarkan di luar negara, dengan pusingan pengeluaran pertama untuk pasaran Rusia diselesaikan pada bulan Jun di Kilang Tula baharu milik pembuat auto tersebut. Sejak penampilan sulungnya di Rusia hanya empat bulan yang lalu, SUV berkenaan telah menjadi kenderaan Cina yang paling laris terjual di Rusia dan menyumbang sebanyak 40% daripada pendapatan luar negara siri-F Haval. Selain itu, F7 Haval penting untuk prestasi Great Wall Motor di wilayah berkenaan, dengan jumlah jualan dalam pasaran Rusia meningkat 452% berbanding tahun sebelumnya setakat September 2019.

Haval F7 Passed Through Tula Factory during Its Global Tour
Haval F7 Passed Through Tula Factory during Its Global Tour

Latar Belakang Haval SUV 

Haval SUV, sebahagian daripada Great Wall Motor Company Limited (OTCPink: GWLLF), ialah jenama SUV No. 1 China dan pengeluar SUV global yang berkembang pesat. Beroperasi secara bebas sejak tahun 2013, Haval tersenarai di tempat kedua dalam senarai kedudukan 'SUV Paling Bernilai' oleh Brand Finance Auto & Tyres 2017 dan tersenarai di tempat keenam belas dalam '100 Jenama Automobil Paling Bernilai di Dunia bagi 2018 ' oleh Brand Finance Auto & Tyres.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi http://www.haval-global.com/ 

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191119/2645799-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191119/2645799-1-b?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191119/2645799-1-c?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191119/2645799-1-d?lang=0

 

Source: Haval
Keywords: Auto Transportation New products/services Trade show news