omniture

UTU Lancar Produk Bayaran Balik Cukai Disruptif untuk Berikan Pelancong Lebih Pulangan Tunai Apabila Beli Belah di Eropah

Platform ganjaran digital berpangkalan di Singapura bermatlamat untuk menyediakan pembeli belah dan pelancong dari seluruh dunia dengan bayaran balik VAT lebih tinggi dan lebih banyak faedah yang kini diterima oleh mereka dalam proses pembayaran balik cukai yang tidak jelas dan tidak seimbang hari ini
UTU
2019-11-21 11:40 458

SINGAPURA, 21 November 2019 /PRNewswire/ -- Sebagai yang pertama di dunia, platform ganjaran digital berpangkalan di Singapura UTU menyediakan Pelancong dan pembeli belah di seluruh dunia dengan 85% jumlah bayaran balik cukai daripada bayaran balik Cukai Bernilai Tambah (VAT) mereka berbanding ~55-60% daripada jumlah keseluruhan yang diterima oleh pelancong setiap hari. Pembeli belah antarabangsa boleh membawa sebarang borang bayaran balik cukai yang dikeluarkan di Itali oleh mana-mana pengendali bayaran balik cukai kepada Kaunter Perkhidmatan UTU dan dengan menggunakan UTU Direct, dapat menerima 85% daripada jumlah bayaran balik cukai.

UTU Lancar Produk Bayaran Balik Cukai Disruptif untuk Berikan Pelancong Lebih Pulangan Tunai Apabila Beli Belah di Eropah
UTU Lancar Produk Bayaran Balik Cukai Disruptif untuk Berikan Pelancong Lebih Pulangan Tunai Apabila Beli Belah di Eropah

 

Bekerjasama dengan pelbagai skim kad dan kad keluaran bank, produk yang mengubah industri ini dicipta untuk membawakan inovasi dan keadilan yang dipertingkat kepada sektor membeli belah bebas cukai, yang telah lama beroperasi melalui sistem berasaskan kertas yang diselubungi dengan komisen yang tidak jelas, bermakna pembeli belah tidak menerima bayaran balik VAT sebanyak yang berhak diterima oleh mereka.

UTU bersama-sama ditubuhkan oleh Asad Jumabhoy, veteran bayaran balik VAT dengan 25 tahun pengalaman yang memainkan peranan penting dalam mencipta nilai pemegang saham dalam syarikat-syarikat yang dominan dalam bidang tersebut, Global Blue dan Premier Tax Free (kini Planet). Bersama-sama pasukan yang berpengalaman dari seluruh Perancis, Itali dan Singapura, tumpuan UTU adalah terhadap pemusatan pelanggan untuk bayaran balik VAT – digandingkan dengan model perniagaan baharu yang direka bentuk untuk memberi nilai tambahan kepada pembeli belah dan kedai-kedai dalam dunia perhubungan mudah alih yang dibebaskan secara digital.

Bawakan keadilan kepada pembeli belah di Eropah 

Memandangkan pelancong menamakan Eropah sebagai salah satu destinasi pelancongan utama mereka, peningkatan perbelanjaan dalam Eropah bermaksud sedikit peningkatan dalam kalangan pengembara yang menuntut bayaran balik VAT dan berkemungkinan tidak menerima jumlah yang berpatutan – mewujudkan jurang yang dirapatkan oleh UTU. Pelancong dari seluruh dunia akan mendapat manfaat daripada perubahan dalam pasaran bayaran balik cukai hari ini yang mana ramai mengadu tentang sistem ini, namun hanya segelintir menyedari sebahagian besar daripada bayaran yang dibayar oleh mereka untuk menerima baki daripada bayaran balik VAT mereka.

"Kebanyakan pembeli belah tidak mengetahui hak-hak mereka atau mereka mempunyai pilihan dari segi cara mereka menuntut bayaran balik VAT mereka untuk mendapatkan hasil terbaik untuk diri mereka sendiri. Matlamat UTU adalah untuk sentiasa menginovasi proses bayaran balik cukai yang sebahagian besarnya kekal tidak berubah selama berdekad-dekad sebagai sistem yang rumit, berasaskan kertas dan penuh komisen. Penyelesaian kami memastikan bahawa pelancong mempunyai pilihan dari segi bagaimana mereka ingin menerima bayaran balik mereka, memperoleh lebih banyak untuk Bayaran Balik VAT mereka setiap masa," kata Sanjay Chinchwade, Naib Presiden Kanan Pemasaran di UTU.

Pelancaran UTU Direct

Bermula hari ini di Itali, dengan UTU Direct, pembeli belah boleh menerima 85% daripada semua cukai yang dibayar balik berbanding ~55-60% untuk tawaran dalam pasaran bagi kira-kira EUR1 bilion yang dibelanjakan oleh warga Singapura di Eropah setiap tahun. UTU Direct mudah digunakan. Hanya bawakan borang bayaran balik cukai yang dikeluarkan oleh mana-mana pengendali beli belah bebas cukai ke Kaunter Khidmat Pelanggan UTU di lapangan terbang, pusat bandar atau ruang istirehat UTU melalui Montenapoleone di Milan. Kesemua ini boleh dicari dengan mudah menggunakan aplikasi UTU Tax Free. Menggunakan perkhidmatan ini dan menggabungkan semua borang bayaran balik cukai daripada pelbagai pengendali bayaran balik cukai menawarkan pelancongan dengan kemudahan untuk terus ke Kastam dan tidak perlu beratur di pelbagai reruai pengendali bebas cukai di lapangan terbang Itali yang utama. UTU Direct menyediakan pembeli belah dengan keadilan dan kebebasan yang lebih besar untuk menerima bayaran balik cukai mereka.

Pelancaran UTU Direct membuka jalan kepada pengenalan oleh syarikat terhadap lebih banyak inovasi. Pada minggu-minggu akan datang, UTU turut merancang untuk melancarkan UTU Plus, produk bayaran balik VAT yang disediakan kepada semua pengembara dan pembeli belah merentas 19 negara Zon Euro, menyediakan sehingga 5% lebih banyak untuk semua bayaran balik VAT yang layak.

Matlamat UTU adalah untuk memindahkan bayaran balik VAT daripada model bayaran pembeli belah kepada model faedah kedai-dan-pembeli-belah. Keupayaannya untuk menginovasi dikuasakan oleh pasukan pengurusan mantap yang datangnya daripada bidang bayaran balik cukai, pembayaran dan kesetiaan, selain pengalaman dalam mengendalikan program ganjaran beli belah UTU di Thailand sejak dua tahun yang lalu.

"Pengguna harus memikirkan UTU Plus sebagai produk pendamping bayaran balik VAT yang boleh digunakan dengan sebarang borang bayaran balik VAT milik mana-mana pengendali bayaran balik VAT di mana-mana negara zon euro," kata Chinchwade. 

Beliau menambah bahawa varian Paun Sterling dan Franc Switzerland untuk UTU Plus akan mengukuhkan tawaran Euro dalam suku pertama tahun 2020.

UTU juga sedang dalam proses menjalani ujian beta untuk produk Bayaran Balik VAT 100% di Itali menerusi kedai-kedai terpilih, sementara menunggu pelancaran umum.

Aplikasi UTU Tax Free kini boleh didapati daripada semua kedai aplikasi utama.

Latar Belakang UTU 

Ditubuhkan pada tahun 2015 di Singapura, UTU mula menginovasi dengan platform ganjaran rentas sempadan di Thailand. Kami diperakui PCI dalam mengendalikan maklumat kad bayaran sulit dan menghubungkan kepada platform bayaran dan dompet. UTU ialah satu-satunya pengendali Bayaran Balik VAT diperakui PCI di Eropah. Kami memberi ganjaran VAT kami untuk bayaran balik VAT di 19 buah negara dan mempunyai unit perniagaan di 8 buah negara. Kami komited terhadap pemusatan pelanggan dan inovasi melalui penyampaian perkhidmatan digital lancar dengan memberi lebih lagi kepada pelanggan kami, setiap hari. www.utu.global

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191119/2645963-1-a?lang=0
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20191118/2645963-1logo?lang=0

Source: UTU
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Entertainment Mobile Entertainment Retail Telecommunications Travel New products/services