omniture

Platform Digital Horizon Huawei untuk Bandar-bandar Bina Bandar Pintar Terhubung Sepenuhnya

Huawei Umum Usaha Kerjasama Terkini di SCEWC 2019
Huawei
2019-11-23 03:57 568

BARCELONA, Sepanyol, 23 November 2019 /PRNewswire/ -- Kongres Dunia Ekspo Bandar Pintar (SCEWC) kali kesembilan diadakan di Barcelona mulai 19 hingga 21 November 2019. Huawei, berserta lebih 20 rakan industri dan pelanggan, bersama-sama menghadiri acara tersebut di bawah tema "Membina Bandar Pintar Terhubung Sepenuhnya." Berasaskan Platform Digital Horizon dan Pusat Operasi Pintar (IOC) untuk bandar-bandar, Huawei mempamerkan pelbagai jenis aplikasi bandar, seperti pendidikan pintar, penjagaan kesihatan pintar, kerajaan pintar serta kerjasama strategik yang terkini bersama Barcelona. Sementara itu, menerusi Forum Kerjasama Bandar Pintar Inovatif, Huawei mendemonstrasikan strateginya dalam pembinaan bandar pintar dan amalan yang besar di bandar-bandar seluruh dunia. Di samping itu, Huawei melancarkan Kertas Kajian Sudut Pandangan Pembangunan dan Tadbir Urus Bandar Pintar semasa ekspo berkenaan untuk menggalakkan kerajaan agar menerima pakai pendekatan yang sistematik terhadap pendigitalan dan berhemat dalam membangunkan bandar-bandar pintar, di samping berkongsi pandangan Huawei mengenai tadbir urus bandar pintar.

Bina Bandar Pintar Masa Depan dengan "Cara Lebih Pintar" 

Forum Kerjasama Bandar Pintar Inovatif telahpun diadakan pada 19 November. Shan Zhiguang, Pengarah Jabatan Informatisasi dan Penyelidikan Industri di Pusat Maklumat Negeri, Rudolf Niessler, Penasihat Utama untuk Perhubungan Antarabangsa di Suruhanjaya Eropah serta Sun Fuyou, Naib Presiden Huawei Enterprise Business Group berkongsi pandangan mereka. Cara untuk mengintegrasikan pelbagai teknologi baharu, menghubungkan silo maklumat dan mentadbir urus data dengan cekap serta mempromosikan transformasi organisasi dan proses merupakan kebimbangan yang sama antara China dan Eropah, yang turut mencabar Huawei yang dikhususkan untuk membantu pelanggan menanganinya.

"Pembangunan bandar pintar perlu mempertimbangkan kedua-dua faktor teknikal dan manusia serta perlu dilakukan dengan lebih pintar," kata En. Sun. "Ia merupakan satu inisiatif pimpinan kerajaan yang memerlukan proses pembangunan yang berterusan dalam tempoh jangka panjang. Inovasi, percubaan dan lelaran berterusan akan menjadi kuncinya. Platform digital yang bersepadu dapat membantu rakan-rakan kongsi ekosistem yang berkuasa melaksanakan pembangunan tangkas dan operasi berulang mengikut keperluan individu bandar berkenaan."

En. Sun Fuyou, Naib Presiden Huawei Enterprise Business Group di Forum Bandar EU-China
En. Sun Fuyou, Naib Presiden Huawei Enterprise Business Group di Forum Bandar EU-China

Berasaskan Platform Digital Horizon, Huawei melancarkan Penyelesaian Bandar Pintar "HiCity" yang mengoptimumkan penyepaduan kepelbagaian teknologi ICT baharu dan data untuk menyelaraskan proses perkhidmatan, berkongsi data perkhidmatan dan memindahkan aliran maklumat, mengurangkan ambang bagi penggunaan teknologi baharu dan menjadikan penyepaduan lebih mudah. Bersama-sama rakan kongsi ekosistem, Huawei bermatlamat untuk menyokong tadbir urus dan inovasi bandar-bandar pintar dengan lebih baik.

Kevitalan Ekonomi dan Perancangan Sistematik Kunci Pembangunan Bandar Pintar 

Semasa berlangsungnya ekspo berkenaan, Huawei secara rasminya melancarkan Kertas Kerja Sudut Pandangan Pembangunan dan Tadbir Urus Bandar Pintar. Melalui analisis kes bandar, kertas kerja berkenaan memperincikan secara komprehensif dua model biasa dan enam laluan dari segi bagaimana bandar-bandar pintar memperkasa pembangunan bandar. Dicadangkan bahawa "ekonomi" dan "sistematik" akan menjadi kunci kepada pembangunan bandar.

Kertas kajian tersebut menawarkan empat inisiatif berhubung pembinaan bandar pintar. Pertama, penyesuaian terhadap trend baharu dan peralihan peranan kerajaan dapat mempercepatkan pengaturan bandar pintar. Kedua, penerimaan model dipacu ekonomi dapat meningkatkan kevitalan ekonomi. Ketiga, perancangan yang sistematik diperlukan untuk membina sistem keupayaan bandar pintar yang komprehensif dan berlapis. Keempat, usaha-usaha berbilang aspek membantu menjamin pembangunan mampan bandar-bandar pintar.

Semasa berlangsungnya ekspo berkenaan, Smart City Industrial Ecosphere (SCIE), dengan Huawei sebagai ahli, memeterai kerjasama strategik bersama SCEWC untuk membangunkan kerjasama semua aspek dalam teknologi baharu, inkubasi industri, standard industri dan ekosistem industri. Huawei berharap dapat menyumbang kepada standard bandar pintar, membantu bandar-bandar membina dan meningkatkan daya saing global dalam proses pendigitalan dan transformasi pintar untuk bersama-sama merealisasikan wawasan dan impian sebuah bandar yang hebat.

 Di SCEWC, Huawei mempamerkan penyelesaian bandar pintar terkininya:

  • IOC: "Otak" bandar divisualkan, cekap dan pintar yang membolehkan pengurusan visual aset bandar.
  • Platform Digital Horizon untuk bandar-bandar: Ini dapat membantu pelanggan mencapai perancangan keseluruhan infrastruktur bandar, meningkatkan pengalaman perniagaan dan mempercepatkan pelancaran perkhidmatan. Ia juga menyediakan rakan kongsi dengan keupayan infrastruktur ICT bersepadu, mengumpul aset industri dan menyatukan antara muka terbuka bagi mendayakan pembangunan dan inovasi yang lebih cekap.
  • Aplikasi pintar: Termasuk tiang pintar, analisis jalan raya pintar dan penyelesaian navigasi tertutup pintar yang bersepadu dengan produk-produk AR, Wi-Fi dan IPC Huawei.
  • Pendidikan pintar: Penyelesaian Campus OptiX memastikan pengalaman perkhidmatan kelas yang unggul dalam senario berkepadatan tinggi. Penyelesaian Wi-Fi 6 menawarkan senario kelas dengan lebar jalur tinggi dan kependaman rendah serta papan putih elektronik yang membolehkan pengajaran secara jarak jauh.
  • Hospital digital: Penyelesaian pengurusan aset pihak ketiga perubatan Wi-Fi 6 Huawei berasaskan Wi-Fi 6, farmasi pintar berasaskan pengkomputeran pinggir Huawei selain penyelesaian Sistem Maklumat Hospital (HIS) dan Sistem Pengarkiban Gambar dan Komunikasi (PACS) menggunakan storan denyar-penuh dengan keandalan tinggi dwi-aktif Huawei.
  • Kastam pintar: Awan e-Kerajaan, awan komputer meja, jalur lebar negara dan penyelesaian rangkaian persendirian kerajaan.
Di SCEWC, Huawei mempamerkan penyelesaian bandar pintar terkininya
Di SCEWC, Huawei mempamerkan penyelesaian bandar pintar terkininya

Untuk butiran lanjut mengenai Kertas Kajian Sudut Pandangan Pembangunan dan Tadbir Urus Bandar Pintar dan untuk memuat turun sila kunjungi: https://e.huawei.com/topic/smartcity2019/en/index.html

Penyelesaian bandar pintar Huawei telah menawarkan perkhidmatan kepada lebih 500 juta orang di lebih 200 buah bandar merentas lebih 40 buah negara dan wilayah. Di SCEWC kesembilan yang diadakan mulai 19 hingga 21 November di Barcelona, Huawei mempamerkan penyelesaian dan produknya di bawah tema "Membina Bandar Pintar Terhubung Sepenuhnya". Reruai Huawei terletak di C321 di Dewan 2, Gran Via. Untuk maklumat lanjut tentang penyelesaian bandar pintar dan amalan terbaik Huawei, sila kunjungi: https://e.huawei.com/topic/smartcity2019/en/index.html?source=corp_comm

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191120/2648933-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191120/2648933-1-b?lang=0

 

Source: Huawei
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Trade show news