omniture

Pelanggan Huawei Menang Anugerah Transformasi Digital dan Enam Anugerah Finalis di SCEWC 2019

Huawei
2019-11-25 08:17 582

BARCELONA, Sepanyol, 25 November 2019 /PRNewswire/ -- Di Kongres Dunia Ekspo Bandar Pintar (SCEWC) kali kesembilan, dua daripada pelanggan utama Huawei memenangi anugerah transformasi digital yang berprestij: kerajaan Yingtan di Wilayah Jiangxi China, memenangi Anugerah Transformasi Digital dunia dan China manakala Daerah Longgang di Shenzhen, China memenangi Anugerah Inovasi Kerajaan Digital China. Selain itu, lima pelanggan Huawei disenarai pendek untuk anugerah bandar pintar. Hefei, ibu kota Wilayah Anhui China, merupakan finalis untuk Anugerah Inovasi Kerajaan Digital China, manakala Zhangjiagang di Suzhou, China, disenarai pendek untuk Anugerah Tadbir Urus Bandar Dipertingkat China. Bandar Makati di Filipina, State Information Technology Agency (SITA) Afrika Selatan dan DHL Digital Supply Chain disenarai pendek untuk Anugerah Idea Inovatif global. Biarpun pelanggan Huawei memenangi anugerah di SCEWC sejak beberapa tahun yang lalu, tahun ini pelanggan Huawei memenangi anugerah daripada lebih banyak kategori dengan lebih banyak finalis berbanding tahun-tahun sebelumnya. Ini memperlihatkan pengiktirafan industri terhadap usaha Huawei untuk membantu pelanggan menginovasi dalam bidang bandar pintar selain mengumpul dan berkongsi pengalaman dengan wilayah-wilayah lain.

Berdasarkan pengalaman luas dalam transformasi digital bandar, Huawei membantu pelanggan membina platform digital bandar. Dengan mengintegrasikan ICT baharu dan data tertumpu, platform ini mengoptimumkan aset digital bandar dan memudahkan operasi teknologi baharu, seraya mendayakan inovasi dan nilai daripada aplikasi bandar. Ken Kang, Pengarah Jabatan Penyelesaian Bandar Pintar, Huawei Enterprise Business Group berkata: "'Kecerdasan' sebenar yang diperlukan oleh bandar-bandar tidak dapat diberikan oleh teknologi semata-mata, ia turut dipacu dengan memajukan model perniagaan. Kami ingin mengucapkan tahniah kepada Yingtan dan pelanggan-pelanggan kami yang lain atas anugerah yang berprestij ini yang menunjukkan pengiktirafan industri untuk usaha dan pencapaian mereka dalam melangkah maju ke arah bandar pintar. Menerusi kerjasama terbuka, Huawei dan rakan-rakan kongsi akan membina ekosistem yang tangkas dan membantu pelanggan untuk terus melaksanakan platform digital yang tersuai."

Yingtan Berasaskan IoT Menang Anugerah Transformasi Digital dengan Liputan 5G+IoT  

Sebagai sebuah bandar rintis nasional dalam bidang komunikasi China, Yingtan membayangkan "Yingtan Pintar Berasaskan IoT." Melalui kolaborasi dengan Huawei, kerajaan Yingtan telah membina perkhidmatan seragam bandar yang berkisarkan model "Satu Pusat, Empat Platform". Bandar berkenaan menggunakan "otak" IoT yang divisualisasikan, cekap dan pintar, platform model maklumat bandar dengan kejituan tinggi serta liputan 5G+IoT semua-domain. Ini membolehkan bandar tersebut membina kembar digital dan membangunkan ekonomi digitalnya dengan industri IoT sebagai teras. Dalam dua tahun yang lalu, bilangan peranti yang terhubung melalui IoT telah melebihi populasi bandar dan 214 syarikat IoT telah ditubuhkan, bagi menyokong transformasi dan pembangunan pesat industri, ekonomi dan masyarakat Yingtan.

Yingtan kini secara rasminya melancarkan perkhidmatan 5G. Sebanyak 43 kategori aplikasi IoT seperti wafer pintar, pengangkutan pintar, lampu jalan pintar dan tempat letak kenderaan pintar mempertingkatkan kehidupan penduduk. Rangkaian IoT mudah alih tempatan kini mempunyai liputan kepadatan dan kualiti unggul di seluruh negara. Sebagai bandar aplikasi global meter air pintar yang pertama di negara tersebut, kadar pemasangan mencecah 95%, kadar kebocoran menurun kepada 12% dan penjimatan air tahunan adalah sebanyak 2.4 juta tan. Melalui pembangunan pengangkutan pintar, 89% kenderaan yang beroperasi di bandar berkenaan telah memasang terminal lekap kenderaan dan bilangan penggera harian telah menurun daripada 15,000 kepada sekitar 280.

Yingtan, Jiangxi, menang Anugerah Transformasi Digital
Yingtan, Jiangxi, menang Anugerah Transformasi Digital

Daerah Longgang Shenzhen Menang Anugerah Inovasi Kerajaan Digital (China) kerana Menjadi Bandar Pintar Pertama Dunia dengan "Otak" Pintar

Daerah Longgang di Shenzhen memulakan pembangunan bandar pintarnya pada tahun 2013, bertujuan untuk membina bandar pertama di dunia yang mempunyai "otak" - atau pusat operasi pintar. Kerajaan daerah berkenaan kini menerima pakai model pembangunan yang membolehkan jalinan kerjasama antara kerajaan dan perusahaan, menekankan pembinaan infrastruktur, dipacu data, memudahkan operasi kerajaan dan memberi manfaat kepada orang ramai. Hasilnya, Longgang telah mencapai tiga kejayaan pertama negara: pusat pintar pertama yang mendapat akses kepada sistem maklumat seluruh daerah, yang pertama mengurus aplikasi bandar menggunakan satu peta dan yang pertama menggunakan aplikasi mudah alih yang membolehkan pentadbir untuk memantau seluruh daedah dengan satu klik, di mana-mana sahaja, menyediakan perkhidmatan dengan cekap kepada kesemua 5 juta penduduk di daerah tersebut.

Finalis Anugerah Idea Inovatif: DHL Digital Supply Chain - Penyelesaian Logistik dan Pergudangan Pintar

Huawei and DHL Digital Supply Chain telah membangunkan penyelesaian logistik dan pergudangan pintar berasaskan IoT perindustrian. Menggunakan RFID dan infrastruktur awan, penyelesaian berkenaan meningkatkan kecekapan dan pengautomatan rantaian bekalan bandar pintar. Ia telah mendayakan pengurusan pada waktu sebenar dan memastikan kadar kejayaan 100% dalam bacaan label dengan jarak liputan sehingga 100m. Ketelusan pengurusan bahan dan kecekapan pengendalian bahan bertambah baik dengan banyaknya.

Finalis Anugerah Idea Inovatif: Makati - Keupayaan Tindak Balas Kecemasan Bandar Dipertingkat

Bandar Makati Filipina ialah salah satu daripada 16 bandar yang membentuk metropolis Manila, Filipina. Makati bekerjasama dengan Huawei untuk menggunakan penyelesaian kecerdasan bandar bagi menambah baik keupayaan tindak balas kecemasan bandar melalui saling sambung infrastruktur digital bandar, yang membolehkan penduduk untuk melaporkan jenayah dengan segara dan meminta bantuan daripada pusat kawalan bandar. Penduduk kini berupaya untuk berhubung terus dengan pusat kawalan melalui peranti IoT dengan satu klik. Dalam masa yang sama, pusat kawalan pintar Makati telah melaksanakan arahan maklumat pada waktu sebenar dan penghantaran seragam, yang dapat meningkatkan tadbir urus perbandaran.

Finalis Anugerah Idea Inovatif: SITA Afrika Selatan - Kerajaan Digital Lebih Tangkas dengan Platform Awan

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kerajaan Afrika Selatan telah menghadapi cabaran seperti kenaikan kos perkhidmatan penduduk dan ketidakcekapan pengurusan lantaran data terpecah-pecah. Melalui platform awan yang disediakan oleh Huawei, SITA menyelaraskan silo maklumat jabatan yang membolehkan kolaborasi maklumat dan data yang berkesan bagi mempercepatkan penyediaan dan operasi perkhidmatan awam pada kos yang jauh lebih rendah. Ia dapat membantu SITA membina persekitaran digital yang lebih tangkas, responsive dan fleksibel, seraya meningkatkan kualiti perkhidmatan awam dengan ketara.

Penyelesaian bandar pintar Huawei menyediakan perkhidmatan kepada lebih 500 juta orang di lebih 200 buah bandar merentas lebih 40 negara dan wilayah. Di SCEWC kali kesembilan yang diadakan mulai 19 hingga 21 November di Barcelona, Huawei mempamerkan penyelesaian dan produknya di bawah tema "Membina Bandar Pintar Terhubung Sepenuhnya". Reruai Huawei terletak di C321 di Dewan 2, Gran Via. Untuk maklumat lanjut tentang penyelesaian bandar pintar dan amalan terbaik Huawei, sila kunjungi: https://e.huawei.com/topic/smartcity2019/en/index.html?source=corp_comm

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191121/2650463-1?lang=0

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Awards