omniture

Bilibili Umum Barisan Kandungan Anime 2020 Mantap di Acara Anime Cina Tahunan MADE BY BILIBILI

Bilibili Perkenal 27 Siri Anime Cina Baharu dan Umum Kemas Kini kepada 13 Siri Anime Sedia Ada
Bilibili Inc.
2019-11-25 08:25 342

SHANGHAI, 25 November 2019 /PRNewswire/ -- MADE BY BILIBILI 2019 – 2020, sebuah acara yang memaparkan pembangunan baharu dan pencapaian terdahulu oleh Bilibili dalam bidang anime Cina, berlangsung pada hari Ahad, 17 November di Shanghai. Di acara tersebut, Bilibili mengumumkan 27 siri anime Cina baharu yang ditugaskan olehnya, kebanyakannya akan disediakan secara dalam talian pada tahun 2020. Daripada 27 siri anime baharu yang akan dibawakan oleh Bilibili kepada audiens penontonnya yang luas, 13 daripadanya merupakan judul asal. Ia turut mengumumkan kemas kini kepada 13 siri anime Cina berprofil tinggi sedia adanya yang telah diperkenalkan di acara MADE BY BILIBILI 2018 - 2019 sulung pada Disember 2018.

MADE BY BILIBILI 2019 – 2020 di Shanghai
MADE BY BILIBILI 2019 – 2020 di Shanghai

Bilibili turut mengumumkan secara rasminya bahawa adaptasi anime bagi fenomena yang memenangi pelbagai anugerah, The Three-Body Problem, daripada pengarang fiksyen sains yang paling terkenal di China, Liu Cixin, akan dilancarkan pada tahun 2021. Selain itu, Bilibili mendedahkan video pratonton rasmi pertamanya, memberi sepintas lalu awal terhadap skala besar alam semesta The Three-Body Problem.

Anime The Three-Body Problem Liu Cixin akan datang ke Bilibili pada tahun 2021
Anime The Three-Body Problem Liu Cixin akan datang ke Bilibili pada tahun 2021

"Dari sudut pandangan saya, sebagai penulis fiksyen sains, anime ialah bentuk ekspresi yang sesuai khususnya untuk kandungan fiksyen sains. Dibandingkan dengan filem tradisional dengan pelakon lelaki dan pelakon wanita sebenar, anime mempunyai kebebasan yang lebih luas," ulas Liu semasa sambutan ulang tahun kesepuluh Bilibili pada Jun ini, apabila syarikat mula mengumumkan adaptasi anime daripada karya beliau yang terkenal.

Hasil seni The Three-Body Problem Bilibili
Hasil seni The Three-Body Problem Bilibili

Bilibili menugaskan YHKT ENTERTAINMENT, salah sebuah studio animasi terkenal di China, untuk menerbitkan anime Three-Body Problem dengan kebenaran daripada Three-body Universe (Shanghai) Cultural Development Co Ltd. Ini bukanlah kali pertama kedua-dua pihak berganding bahu. YHKT ENTERTAINMENT turut menerbitkan siri yang amat terkenal Incarnation, gabungan fiksyen sains/ngeri/pengembaraan bertema malapetaka dahsyat (apocalypse) yang telah menerima lebih daripada 73 juta tontonan sejak pelancarannya di Bilibili pada 13 Julai 2018.

Bilibili menikmati pertumbuhan yang ketara dalam kategori kandungan anime Cina pada tahun 2019, dengan minat terhadap anime Cina melonjak sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Anime Cina menjadi kategori kandungan dihasilkan secara profesional nombor satu di Bilibili pada tahun 2019. Pengguna aktif bulanan (MAU) daripada saluran anime Cina Bilibili telah melebihi saluran anime Jepun buat pertama kalinya dengan jumlah masa yang diluangkan melebihi 300 juta jam. Saluran anime Cina Bilibili melancarkan 104 karya pada tahun 2019, kini menyamai bekalan anime Jepun. Menurut iResearch, sebuah syarikat penyelidikan pihak ketiga, jumlah nilai output industri anime China mencecah 194.1 bilion yuan manakala bilangan pengguna animasi dalam talian mencecah 300 juta pada tahun 2019.

"Kami percaya bahawa tahun 2020 akan menjadi satu pencapaian yang bersejarah: ia akan menjadi tahun yang sangat besar pengaruhnya bagi keghairahan animasi seluruh negara," kata Carly Lee, naib pengerusi lembaga dan Ketua Pegawai Operasi Bilibili. "Pada tahun 2020, generasi pasca 80-an akan mencecah usia 40 tahun manakala generasi pasca 2000-an mencecah usia 20 tahun. Dengan kematangan audiens animasi, ini bermakna bahawa animasi sebagai kategori kandungan bakal berubah daripada keperluan kanak-kanak atau remaja kepada permintaan orang ramai dari semua peringkat usia."

Bagi memenuhi keperluan ini, Bilibili komited untuk membina pustaka komprehensif dengan anime Cina yang berkualiti tinggi, dalam bentuk kandungan asal mahupun adaptasi novel, komik dan permainan. Sebagai contoh, Bilibili mengumumkan adaptasi anime bagi novel dalam talian yang amat popular di Jinjiang Literature City yang berjudul Heaven Official's Blessing, atau Tian Guan Ci Fu dalam Bahasa Cina. Ia akan disediakan di Bilibili pada tahun 2020.

Di tengah-tengah pembangunan pesat industri animasi Cina, adaptasi anime telah menjadi cara yang penting untuk menaik taraf dan melanjutkan usia panjang harta intelek (IP) berkualiti tinggi. Pada tahun-tahun yang lalu,  Bilibili berkolaborasi dengan beberapa platform kesusasteraan utama seperti China Literature Tencent, Jinjiang Literature City dan ZhangYue Technologies (pencipta aplikasi iReader) untuk mengadaptasi novel, komik dan permainan popular kepada animasi.

Animasi Heaven Official's Blessing akan datang ke Bilibili pada tahun 2020
Animasi Heaven Official's Blessing akan datang ke Bilibili pada tahun 2020

Diilhamkan oleh kisah klasik Cina, Romance of the Three Kingdoms dan diadaptasi daripada komik senamanya, siri anime The Ravages of Time turut membuat penampilan sulungnya di MADE BY BILIBILI 2019 - 2020 menerusi pelancaran video pratonton. Ditugaskan oleh Bilibili dan iDreamSky Entertainment, The Ravages of Time akan diterbitkan oleh ZhuoHua Entertainment dan akan tersedia di Bilibili pada tahun 2020.

Bilibili turut mengumumkan pemenang-pemenang tahun ini bagi program "Little Universe". Program ini mula dilancarkan pada tahun 2016 dan dikhususkan untuk mengenal pasti bakat animasi muda dari seluruh China bagi melatih dan mengintegrasikan mereka ke dalam industri animasi China.

Video penggulungan acara tersebut dan barisan penuh siri baharu disediakan di sini

LATAR BELAKANG BILIBILI INC 

Bilibili menonjolkan jenama ikonik bagi hiburan dalam talian dengan misi untuk memperkayakan kehidupan harian generasi-generasi muda di China. Bilibili ialah dunia hiburan dalam talian spektrum penuh yang meliputi pelbagai genre dan format media termasuk video, siaran langsung dan permainan mudah alih. Bilibili menyediakan pengalaman hiburan yang imersif dan kandungan berkualiti tinggi yang dapat memenuhi minat yang semakin berkembang dan pelbagai dalam kalangan pengguna serta komunitinya. Platform ini diasaskan dengan hubungan emosi yang kuat antara pengguna Bilibili serta kandungan dan komunitinya

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191120/2649050-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191120/2649050-1-b?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191120/2649050-1-c?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191120/2649050-1-d?lang=0

Source: Bilibili Inc.
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Multimedia/Online/Internet New products/services