omniture

Xinhua Silk Road: presiden LONGi zahir keyakinan dalam industry PV dalam Forum Fortune Global

Xinhua Silk Road Information Service
2019-11-25 14:52 306

PARIS, 25 November 2019 /PRNewswire/ -- "Kuasa fotovolta serta penyimpanan tenaga" mungkin merupakan penyelesaian bekalan tenaga arus perdana bagi dunia pada masa akan datang, kata Li Zhenguo, presiden LONGi Green Energy Technology Co., Ltd, sebuah syarikat teknologi solar terkemuka di dunia.

Li Zhenguo (tengah), presiden LONGi Green Energy Technology Co., Ltd, berucap di Forum Fortune Global 2019 di Paris, 18 November 2019
Li Zhenguo (tengah), presiden LONGi Green Energy Technology Co., Ltd, berucap di Forum Fortune Global 2019 di Paris, 18 November 2019

Li membuat kenyataan pada hari Isnin di Forum Global Fortune 2019 yang diadakan di Paris.

Sebagai wakil syarikat swasta China, Li percaya di bawah latar belakang peningkatan industri China yang pesat, perusahaan inovatif mempunyai ruang pembangunan yang besar dalam pasaran.

Dengan transformasi hijau global yang berlaku dan berpandukan keyakinan China bahawa perairan yang jernih dan gunung-gunung yang subur ialah aset yang tidak ternilai, tenaga baharu, terutamanya kuasa PV, semakin menarik perhatian, tambah Li.

Seiring dengan evolusi teknologi, kos tenaga disetarakan (LCOE) telah menurun dengan sewajarnya dan penjanaan kuasa PV tidak lagi dianggap mahal, kata Li.

Di seminar meja bulat bertajuk "China: New Frontiers for Growth" (China: Sempadan Baharu Pertumbuhan), wakil dari syarikat terkenal dunia seperti McKinsey & Company, Dassault Systems, Godiva dan Secoo International membincangkan pembangunan ekonomi dan perusahaan China.

"Pembangunan yang mampan ialah topik utama Fortune Global Forum tahun ini dan LONGi membolehkan kita melihat bagaimana visi itu dapat berubah menjadi kenyataan, yang mengagumkan peserta," kata Sonny Wu, pengasas bersama institusi pelaburan CSR.

LONGi mula mengorak langkah ke luar negara sejak 2016 dan telah menubuhkan anak syarikat atau pejabat di 16 negara dan wilayah di Amerika Utara, Australia, Eropah, Jepun dan Timur Tengah.

Pada separuh pertama 2019, jualan produk LONGi di pasaran luar negara menyumbang 76 peratus daripada jumlah jualannya, dengan peningkatan sebanyak 252 peratus dari setahun lalu.

Lihat pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/309540.html

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191122/2651569-1?lang=0

Source: Xinhua Silk Road Information Service
Keywords: Alternative Energies Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Publishing/Information Service Utilities