omniture

TOUS Lancar Kempen Baharu Bersama Emma Roberts

TOUS
2019-11-25 16:00 126

"Hadiah yang hampir sempurna" ialah kempen baharu daripada jenama barang kemas

Emma Roberts dan kotak bulat TOUS ikonik mengambil bahagian dalam kempen dengan tema muzikal

BARCELONA, Sepanyol, 25 November 2019 /PRNewswire/ -- Musim perayaan bakal tiba dan semua orang sedang mencari hadiah yang sempurna. TOUS sedia maklum tentang hal ini. Menerusi kempen ini, syarikat ini mempersembahkan cara yang "hampir sempurna" untuk mencarinya.

 

Dalam kempen baharunya ini, jenama barang kemas ini melancarkan persembahan muzikal buat julung kalinya. Pelakon Emma Roberts menceritakan kisah yang meraikan kegembiraan memberi sambil mengusik kotak bulat ikonik jenama ini serta betapa sukar untuk membalutnya.

Dengan sentuhan idea unik yang lucu, kempen ini meraikan keterujaan untuk mencari dan memberi hadiah yang "hampir sempurna". Apabila lagu dan koreografi dicipta khas untuk peristiwa ini tiba ke peringkat akhirnya, audiens akan menyimpulkan bahawa anda tidak perlu bimbang tentang balutan hadiah, kerana apa yang benar-benar penting ialah apa yang ada di dalamnya. Dengan itu, kenyataan kempen: Sukar dibalut, mudah disukai.

Kempen ini akan disiarkan di kaca televisyen di Sepanyol, Mexico, Portugal dan Rusia serta ditayangkan di panggung wayang di Poland, Ukraine serta Republik Czech. Ia akan diteruskan di media digital, media luar dan dalam akhbar seluruh dunia.

Latar Belakang TOUS

Menerusi lebih 4,000 ahli profesional, TOUS telah memupuk budaya korporatnya berdasarkan legasi, komitmen dan daya kreativitinya sejak permulaannya pada tahun 1920, apabila syarikat telahpun berkecimpung dalam bidang perniagaan barang kemas. Sebagai jenama bertaraf global, TOUS kini berada di 50 buah negara, menerusi lebih 700 kedai di bandar-bandar bermula dari Barcelona, Beijing, Bandar Raya Mexico, Dubai, Jeddah, Madrid, Miami, Moscow, New York, Paris, Rome, Shanghai hingga ke Tokyo.

Misinya adalah agar disukai di seluruh dunia kerana menawarkan barang kemas dan aksesori untuk setiap satu daripada detik kehidupan dan untuk menjadi jenama yang mengujakan. Visi TOUS adalah untuk menjadi jenama barang kemas mewah yang paling dicari-cari, berjaya dan berpatutan di dunia. Ia komited untuk memberi nilai kepada pelanggan, kakitangan dan masyarakat secara keseluruhan. www.tous.com

Video - https://www.youtube.com/watch?v=woQh0ypZI1k

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1033702/Emma_Roberts_for_TOUS.jpg

 

Emma_Roberts_for_TOUS
Emma_Roberts_for_TOUS

 

 

 

 

Source: TOUS
Related Links:
Keywords: Advertising Computer/Electronics Electronic Commerce Entertainment Fashion Film & Motion Picture Household/Consumer/Cosmetics Jewelry Multimedia/Online/Internet Retail Sporting Events Sports Television New products/services