omniture

Experian sertai ASEAN Financial Innovation Network (AFIN)

Experian
2019-11-26 17:48 252

KUALA LUMPUR, Malaysia, 26 November 2019 /PRNewswire/ -- ASEAN Financial Innovation Network (AFIN) hari ini mengumumkan bahawa Experian telah menyertai Majlis Penasihat Strategiknya. AFIN ditubuhkan oleh Persatuan Pengurus-pengurus Bank ASEAN, International Finance Corporation dan Pihak Berkuasa Monetari Singapura. AMTD Foundation dan Mastercard merupakan Ahli-ahli Pengasas Korporatnya.

Melalui peranannya dalam Majlis Penasihat Strategik, Experian akan menyokong pembangunan keseluruhan AFIN dan produk unggulannya, API Exchange (APIX). APIX ialah platform berasaskan awan global yang membolehkan institusi-institusi kewangan dan teknologi kewangan untuk menemui satu sama lain dalam pasaran global dikuratorkan, mereka bentuk percubaan secara kolaboratif dalam 'sandbox' dan menggunakan penyelesaian inovatif secara pesat pada kos yang lebih rendah.

Experian mempunyai strategi yang lebih luas bagi mempercepatkan akses kewangan, melabur dalam transformasi digital dan menyediakan akses kredit yang lebih baik kepada kumpulan individu dan perniagaan kecil-kecilan yang lebih luas di rantau ASEAN. Experian dan Majlis Penasihat Strategik akan bersama-sama mempercepatkan ekosistem kewangan agar menjadi sedia-API di seluruh Asia Pasifik.

Experian turut serta bersama enam organisasi lain dalam Majlis Penasihat Strategik: AMTD Foundation, Mastercard, BNY Mellon, Amazon Web Services, Singapore Fintech Association dan Brankas.

AFIN memilih dengan teliti rakan-rakan kongsi yang strategik untuk menyertai Majlis Penasihat Strategik dengan lebih banyak pengumuman bakal dibuat sepanjang bulan-bulan akan datang.

"Kami teruja dengan adanya Experian untuk menyertai APIX dalam Majlis Penasihat Strategik dan tidak sabar-sabar untuk bekerjasama dengan mereka secara erat. Keupayaan Experian untuk meningkatkan transformasi digital dan pengalaman mereka dalam ekosistem berkenaan akan menjadi kelebihan yang besar buat APIX dan kesemua ahlinya," kata Manish Diwaan, Pengarah Urusan AFIN.

"Ini merupakan satu penghormatan besar buat Experian untuk menjadi sebahagian daripada Majlis Penasihat Strategik AFIN. Ini memberikan kami platform untuk berkolaborasi secara aktif bersama ahli-ahli lain dalam majlis berkenaan untuk membentuk ekosistem inovasi kewangan keseluruhan dan mempercepatkan visi kami untuk memacu rangkuman kewangan yang lebih besar di seluruh rantau ini. Ini turut menunjukkan pengesahan pelaburan serantau yang strategik oleh Experian sejak kebelakangan ini dan usaha-usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) berterusan kami dengan kemudahan inovasi APAC berpangkalan di Singapura - Experian X Labs, lantas mengesahkan komitmen kami untuk menjadi agen perubahan yang bertanggungjawab di APAC," kata Ben Elliott, Ketua Pegawai Eksekutif Asia Pasifik untuk Experian.

"Industri perkhidmatan kewangan berada pada peringkat penting dengan rantaian nilai linear terdahulu institusi-institusi kewangan tradisional mengalami transformasi kepada ekosistem penciptaan nilai tak bergabung yang berbeza dengan kemunculan perbankan terbuka. Kami teruja dengan peluang untuk memainkan peranan penting dalam transformasi sektor kewangan, membantu organisasi-organisasi dalam mendepani gelombang pembangunan pasaran kewangan yang seterusnya dan juga penciptaan nilai bertumpu pelanggan," tambah beliau.

Latar Belakang AFIN 

AFIN ialah sebuah pertubuhan bukan untung yang ditubuhkan oleh Persatuan Pengurus-pengurus Bank ASEAN (ABA), IFC Bank Dunia dan Pihak Berkuasa Monetari Singapura (MAS). Ahli-ahli Pengasas Korporatnya ialah AMTD Foundation dan Mastercard. Objektif AFIN adalah untuk menyokong percubaan dan kerjasama antara institusi-institusi kewangan dan penyedia-penyedia perkhidmatan teknologi kewangan dengan tujuan menggalakkan inovasi dan rangkuman kewangan yang lebih besar di ASEAN dan selanjutnya. AFIN telah melancarkan platform seni bina terbuka, API Exchange (APIX), untuk menyokong kolaborasi-kolaborasi sedemikian di seluruh rantau ini. Tumpuan usaha-usahanya adalah untuk membantu institusi-institusi kewangan untuk meluaskan akses kepada kewangan, khususnya dalam pasaran-pasaran yang kurang maju di rantau ini. www.apixplatform.com

Latar Belakang Experian 

Experian® ialah syarikat perkhidmatan maklumat global terkemuka di dunia. Semasa detik-detik penting dalam kehidupan – bermula dengan membeli rumah atau kereta, atau menghantar anak ke kolej, mengembangkan perniagaan dengan berhubung bersama pelanggan baharu – kami memperkasa pengguna dan pelanggan kami untuk mengurus data mereka dengan yakin. Kami membantu individu-individu untuk melakukan kawalan kewangan dan mengakses perkhidmatan kewangan, perniagaan untuk membuat keputusan yang lebih pintar dan berkembang maju, pemberi pinjaman untuk memberi pinjaman dengan lebih bertanggungjawab dan organisasi untuk mencegah penipuan dan jenayah identiti. Kami mempunyai 17,200 kakitangan yang beroperasi merentas 44 negara dan setiap hari kami melabur dalam teknologi baharu, individu berbakat dan inovasi bagi membantu semua pelanggan kami memaksimumkan setiap peluang. Kami disenaraikan pada Bursa Saham London (EXPN) dan merupakan sebahagian daripada FTSE 100 Index.

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20191111/2638379-1?lang=0

Source: Experian
Keywords: Banking/Financial Service Asian-related news New products/services