omniture

KT SAT Lakukan Sambungan Satelit 5G Pertama Dunia

- Kolaborasi KT SAT-KT untuk Transmisi Data 5G
- KOREASAT 6 Jamin Transmisi selepas Pemutusan 5G
- Transmisi Kandungan Dapat Dilakukan untuk Semua Telefon Pintar dalam Lebar Jalur yang Sama
- KT SAT, KTICT Bersama-sama Lapor Keputusan Ujian Satelit 5G kepada 3GPP
KT Corp.
2019-11-27 03:03 370

SEOUL, Korea Selatan, 27 November 2019 /PRNewswire/ -- KT Corp. (KRX: 030200; NYSE: KT) berkata bahawa subsidiari kendalian-satelitnya, KT SAT, berjaya melakukan transmisi data 5G pertama di dunia dengan sambungan satelit.

Juruteknik berjaya melakukan transmisi data 5G pertama dunia dengan sambungan satelit dari Seoul, Korea Selatan. Ujian ini bertujuan untuk meluaskan teknologi generasi kelima yang dikaitkan dengan rangkaian 5G KT dan KOREASAT 6 KT SAT.
Juruteknik berjaya melakukan transmisi data 5G pertama dunia dengan sambungan satelit dari Seoul, Korea Selatan. Ujian ini bertujuan untuk meluaskan teknologi generasi kelima yang dikaitkan dengan rangkaian 5G KT dan KOREASAT 6 KT SAT.

Ujian berkenaan bertujuan untuk meluaskan teknologi generasi kelima yang dihubungkan kepada rangkaian 5G KT dan KOREASAT 6 KT SAT, terletak kira-kira 36,000 kilometer di atas khatulistiwa, kata penyedia telekomunikasi Korea yang terkemuka ini.

KT SAT dan KT Institute of Convergence Technology menjalankan projek ini bersama-sama. Mereka melaksanakan "transmisi 5G daratan-satelit hibrid" yang menggabungkan rangkaian-rangkaian yang berbeza untuk menghantar data dengan lebih baik berbanding perkhidmatan 5G biasa dan "transmisi media awan pinggir 5G menggunakan pautan angkut balik komunikasi satelit." Pelaksanaan ini memancakan komunikasi satelit dengan rangkaian penyerahan kandungan (CDN) untuk transmisi video daripada awan pinggir 5G.

Awan pinggir 5G boleh dilihat sebagai pusat data maya. Ia mengendalikan data yang terjana daripada terminal pengguna di tempat yang paling hampir bagi memaksimumkan kapasiti 5G untuk kependaman ultra rendah.

Kunci kepada transmisi 5G satelit-daratan hibrid ialah penghala yang bersama-sama dibangunkan oleh KT institute dan KT SAT. Terminal 5G yang disambungkan kepada peranti ini boleh menghantar dan menerima pelbagai data secara serentak, atau menggunakan laluan berasingan, ke dan dari rangkaian 5G serta satelit.

KT SAT, menerusi penggunaan teknologi ini, berjaya mengekalkan operasi perkhidmatan normal dengan KOREASAT 6 secara mandiri, selepas rangkaian 5G diputuskan dengan sengaja.

Ujian ini menunjukkan bagaimana teknologi transmisi 5G hibrid dapat membolehkan jentera automatik berasaskan 5G atau kenderaan bergerak untuk mengekalkan sambungan rangkaiannya apabila liputan 5G tidak tersedia, atau berlakunya bencana alam.

Pada masa kini, KT SAT mengendalikan lima satelit komunikasi - KOREASAT 5, 5A, 6, 7 dan 8. Satelit-satelit ini boleh mempunyai liputan kepada kira-kira 60 peratus daripada jumlah kawasan permukaan Bumi.

Dengan menggunakan pautan angkut balik komunikasi satelit, KT SAT menghantar data penstriman waktu sebenar dan rakaman kamera video secara langsung dari Pusat Perkhidmatan Satelit Kumsan ke awan pinggir 5G di Pusat Penyelidikan dan Pembangunan KT di Umyeon-dong, Seoul. Transmisi ini adalah melalui KOREASAT 6, menghasilkan transmisi data yang lancar ke pelbagai terminal 5G.

Teknologi terkini ini membolehkan transmisi kandungan secara serentak kepada semua telefon pintar yang boleh diakses pada lebar jalur yang sama, manakala komunikasi satelit konvensional hanya boleh memberikan transmisi rakaman video berdefinisi tinggi (HD) kepada satu telefon pintar dalam lebar jalur yang ditentukan.

Stesen-stesen penyiaran dan syarikat-syarikat kandungan besar hanya berupaya menggunakan geganti siaran berasaskan satelit kerana komunikasi satelit terhad dalam lebar jalur dan mahal.

KT SAT meramalkan bahawa sekiranya kedua-dua teknologi ini dikomersialkan, komunikasi satelit dengan kelajuan yang agak perlahan dapat ditingkatkan bagi memberikan transmisi data yang lebih pantas dan tanpa gangguan. Ia akan meluaskan peluang kepada ramai pengguna di negara-negara dengan sistem komunikasi yang kurang membangun untuk mengakses kandungan yang berkualiti tinggi.

KT SAT menjelaskan bahawa objektif penyelidikannya terhadap satelit 5G adalah untuk mencapai saling sambung 5G NR (Radio Baharu) dan komunikasi satelit yang lengkap, dengan merangka piawaian global untuk teknologi satelit saling sambung dan 5G.

KT SAT dan KT institute sedang berusaha untuk melaporkan keputusan kajian kepada Projek Perkongsian Generasi ke-3 (3GPP) semasa separuh pertama tahun 2020. Satelit 5G ialah salah satu subjek kajian yang digalakkan oleh organisasi spesifikasi antarabangsa di bawah inisiatif 2018nya, "3GPP Release 16."

Ramai pakar dalam bidang komunikasi mengharapkan agar usaha-usaha pempiawaian global untuk satelit 5G akan bermula dengan bersungguh-sungguh pada tahun 2020, di bawah inisiatif "3GPP Release 17," berdasarkan keputusan daripada kajian semasa.

"Memancakan satelit dan 5G akan mewujudkan persekitaran komunikasi tanpa jurang serantau, memberi sumbangan besar kepada komunikasi bencana dan kecemasan serta pasaran kandungan yang mana komunikasi ialah contoh unggul," kata Hahn Won-Sic, presiden KT SAT. "Melalui pertukaran teknologi yang berterusan bersama KT, kami akan berusaha untuk mencapai pempiawaian teknologi global dan menyediakan khidmat pelanggan yang baik."

Jeon Hong-Beom, naib presiden eksekutif KT dan ketua KT Institute of Convergence Technology, berkata, "Kami amat gembira kerana berjaya mengaitkan satelit dan 5G buat julung kalinya di dunia dengan menggunakan teknologi 5G yang dimiliki oleh KT Group. Kami berharap agar institut kami akan dapat menyumbang kepada pembangunan model perniagaan baharu pada hari-hari mendatang dengan mengumpul kepakaran teknologi seluruh kumpulan kami."

HUBUNGAN MEDIA

Untuk pertanyaan, sila hubungi Pasukan Perhubungan Media Global kami di kt.gmrt@gmail.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191125/2652864-1?lang=0

 

Source: KT Corp.
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications New products/services