STOCKHOLM, 27 November 2019 /PRNewswire/ -- Waktu bekerja yang berlebihan, buruh paksa dan diskriminasi merupakan beberapa masalah yang mempertaruhkan kesihatan pekerja dalam industri IT. Untuk mencapai industri yang lebih mampan dari segi sosial memerlukan pelaburan jangka panjang, tindakan susulan dan akibat jelas yang menggalakkan tindakan.
Sebahagian besar pembuatan produk IT dijalankan di negara-negara berkos rendah dan berpendapatan rendah, yang mana pekerja sering kurang dilindungi. Rantaian bekalan adalah rumit dan meliputi beberapa negara. Hampir mustahil untuk sesebuah organisasi pembelian mengetahui kilang yang digunakan untuk mengeluarkan produk-produk tertentu. Kepakaran, sumber dan akses pakar diperlukan bagi mengawasi keadaan kerja.
"Mencapai kejayaan dengan perolehan mampan produk-produk IT merupakan suatu cabaran. Pengesahan pematuhan yang bebas adalah amat penting demi hasil yang boleh dipercayai. Kami telah memutuskan untuk menggunakan TCO Certified, ia dapat menjadikan proses perolehan lebih cekap dan membantu kami menetapkan kriteria dengan cara yang jelas dan mudah," kata Helena Babelon, Ketua Kemampanan IT & Penambahbaikan Berterusan di Electrolux Group.
Laporan baharu Impacts and Insights 2019 membentangkan beberapa kunci untuk menyelesaikan isu-isu kemampanan dalam industri IT. Pihak yang bebas perlu mengaudit kilang-kilang. Pelan tindakan pembetulan yang berkesan perlu dilaksanakan dan dilakukan tindakan susulan secara tetap. Bagi mengelakkan berlakunya pengulangan masalah, punca utama hendaklah dicari.
Usaha kemampanan memerlukan sumber yang amat banyak dan seringkali berlakunya konflik kepentingan antara keadaan kerja yang adil dan matlamat untuk meminimumkan kos serta masa dibawa ke pasaran. Sistem akibat diperlukan bagi memastikan kemajuan yang mencukupi.
"Perubahan sebenar menuntut penglibatan daripada pemilik jenama. Kami mengenakan tekanan ke atas industri IT dan boleh menarik balik sijil dan menyekat kilang daripada mengeluarkan produk-produk yang diperakui sekiranya kriteria dalam TCO Certified tidak dipenuhi," kata Sören Enholm, Ketua Pegawai Eksekutif di TCO Development.
Latar Belakang Impacts and Insights 2019
Laporan Impacts and Insights 2019 daripada TCO Development mengukur tahap kemajuan kemampanan 2015-2018 antara pemilik-pemilik jenama dengan produk-produk IT yang diperakui mengikut TCO Certified. Laporan berkenaan meliputi tanggungjawab sosial dalam kilang pemasangan akhir, bahan berbahaya dan mineral konflik.
Latar Belakang TCO Certified
Dengan pengalaman selama lebih 25 tahun, TCO Certified ialah pensijilan kemampanan yang terkemuka di dunia untuk produk IT. Kriteria komprehensif kami diwujudkan untuk memacu tanggungjawab sosial dan alam sekitar dalam seluruh kitaran hayat produk. Meliputi lapan kategori produk termasuk paparan, komputer dan peranti mudah alih, pematuhan ditentusahkan secara bebas, baik sebelum pensijilan mahupun selepas pensijilan.
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1033893/TCO_Development.jpg
Hubungi:
Cassandra Julin
Global PR and Communication Manager
+46(0)702866861
press@tcodevelopment.com
Press room