omniture

HONOR Secara Rasmi Perkenal HONOR MagicWatch 2 Serba Baharu: Jam tangan pintar boleh diperibadikan yang aktifkan kehidupan pintar dan sihat

HONOR
2019-11-28 03:46 390

HONOR MagicWatch 2 ialah jam tangan pintar boleh diperibadikan yang luar biasa dengan hayat bateri tahan lama [1] sehingga 14 hari didayakan oleh Cip Set Kirin A1 

Dilengkapi dengan teknologi pemantauan kesihatan dan kecergasan yang utama dalam industri, HONOR MagicWatch 2 memberi pemahaman kesihatan yang tepat apabila anda memerlukannya sambil memastikan anda terhubung sepenuhnya

BEIJING, 28 November 2019 /PRNewswire/ -- Jenama telefon pintar global HONOR secara rasminya melancarkan produk boleh pakai baharunya HONOR MagicWatch 2 hari ini. Jam tangan inovatif ini menjadi bukti kepada kecemerlangan produk boleh pakai HONOR yang mempunyai hayat bateri sehingga 14 hari[2] yang didayakan oleh cip set Kirin A1, teknologi pemantauan kecergasan dan kesihatan yang bijak dan difikirkan dengan teliti serta muka jam tersuai dan juga empat pilihan tali jam tangan berbeza yang sesuai dengan belia global untuk mengaktifkan lagi gaya hidup digital dan kecergasan. HONOR MagicWatch 2 (42mm) serba baharu ini bermula dengan harga 179 Euro RRP, manakala HONOR MagicWatch 2 (46mm) berharga bermula daripada 189 Euro RRP dalam pasaran global.

HONOR MagicWatch 2 Serba Baharu
HONOR MagicWatch 2 Serba Baharu

"HONOR MagicWatch 2 merupakan satu lagi produk mantap yang membantu untuk mencapai strategi IoT 1+8+N," kata George Zhao, Presiden HONOR. "HONOR MagicWatch 2 menandakan satu lagi langkah besar oleh HONOR dalam penyepaduan ekosistem milik jenama itu sendiri menerusi produk-produk pintar terhubung serta pasaran boleh pakai global. HONOR MagicWatch 2 mengukuhkan pandangan jauh kami dalam reka bentuk jam tangan pintar dan pembangunan produk boleh pakai. Sama ada anda keluar untuk menjalani latihan kecergasan atau bekerja, HONOR MagicWatch 2 akan memastikan anda berada pada prestasi optimum di luar dan dalam."

15 mod kecergasan sebagai teman bersenam dipercayai

Untuk memacu gaya hidup cukup sihat yang lebih peribadi, pelbagai dan berkesan, HONOR MagicWatch 2 menyokong 15 mod kecergasan berasaskan matlamat termasuk 8 sukan luar dan 7 sukan dalaman, daripada mod luar seperti berlari, kembara, berbasikal dan triatlon kepada berenang dalam kolam tertutup, latihan percuma, mesin dayung dan sebagainya.

Selain daripada 15 mod kecergasan, HONOR MagicWatch 2 turut disokong oleh 13 kursus larian dalaman dan luar profesional daripada peringkat pemula hingga lanjutan. Sama ada pengguna baru sahaja bermula atau telahpun menjadi pelari berpengalaman yang berusaha untuk mencapai sesuatu yang lebih profesional, HONOR MagicWatch 2 dapat menawarkan kursus yang sempurna dan motivasi untuk pergi lebih jauh. HONOR MagicWatch 2 turut dilengkapi dengan penetap kelajuan maya dengan nasihat boleh diambil tindakan waktu sebenar untuk membantu meningkatkan usaha-usaha senaman pada tahap kelajuan pelari.

Pemantauan penjagaan kesihatan termaju sebagai penasihat kesihatan

HONOR MagicWatch 2 menakrifkan semula pengesanan penjagaan kesihatan dengan menggabungkan tiga teknologi yang utama dalam industri bagi memperkenalkan nasihat dan pemahaman tentang kesihatan pada waktu sebenar, tepat dan bermaklumat demi membantu pengguna untuk hidup lebih sihat dan meningkatkan kualiti hidup dalam pelbagai aspek.

Dilengkapi dengan teknologi HUAWEI TruSleep™2.0, HONOR MagicWatch 2 boleh mengesan dan mendiagnosis dengan tepat 6 jenis gangguan tidur biasa dan menyediakan lebih 200 cadangan sepadan yang disesuaikan mengikut tabiat tidur pengguna bagi meningkatkan kualiti tidur. HONOR MagicWatch 2 juga boleh mengesan tahap tekanan apabila pengguna berasa tertekan dan mencadangkan latihan bernafas bagi membantu penggunanya mendapat sedikit ketenangan minda dengan sokongan daripada teknologi HUAWEI TruRelax™. Didayakan oleh HUAWEI TruSeen™, HONOR MagicWatch 2 boleh mengawasi kadar degupan jantung sepanjang masa dan menghantar amaran apabila kadarnya berada di atas atau bawah paras normal. Dengan algoritma adaptif bagi meningkatkan penerimaan isyarat, HONOR. Dengan rintangan air sehingga 50 meter, MagicWatch 2 juga dapat menunjukkan prestasi yang baik di bawah permukaan air untuk memantau kadar degupan jantung pengguna dan merekodkan skor SWOLF, jarak, kelajuan dan kalori yang dibakar. Semua data kesihatan peribadi boleh disegerakkan kepada telefon pintar yang diprapasang dengan HUAWEI Health APP, yang membantu pengguna menyimpan rekod dan mengenali diri mereka dengan lebih baik.

Ciri-ciri pintar sebagai pembantu bijak

HONOR MagicWatch 2 membolehkan panggilan Bluetooth dibuat di mana-mana sahaja sama ada melalui fon kepala atau dengan pembesar suara serta mikrofon terbina dalam apabila pengguna berada sejauh 150m dari telefon. Ia turut menyokong pemberitahuan tolakan daripada pesanan SMS, emel, kalendar dan semua kandungan yang akan dipaparkan pada skrin apabila HONOR MagicWatch 2 disambungkan kepada telefon. Aplikasi terbina dalam termasuk Weather (Cuaca), Alarm (Penggera), Timer (Pemasa), Find My Phone (Cari Telefon Saya) dan banyak lagi turut disediakan demi akses yang mudah. HONOR MagicWatch 2 turut menyediakan storan dalaman 4GB, yang mana 2GB boleh digunakan bagi tujuan simpanan muzik, membolehkan penyimpanan sehingga 500 buah lagu agar pengguna dapat menikmati muzik kegemaran mereka tanpa membawa telefon mereka.

Mempunyai skrin sentuh AMOLED warna-penuh 1.39-inci, teknologi pakej-lengkap untuk pemantauan kesihatan dan kecergasan, bateri tahan lama dan muka jam tangan tersuai, HONOR MagicWatch 2 didatangkan dengan dua saiz - 46mm dan 42mm, masing-masing akan bermula dengan harga 189 Euro RRP dan 179 Euro RRP. HONOR MagicWatch 2 akan disediakan di Czech, Mesir, Finland, Perancis, Jerman, India, Indonesia, Itali, Malaysia, Belanda, Poland, Rusia, Arab Saudi, Singapura, Sepanyol, Thailand, Filipina, Turki, Ukraine, Emiriah Arab Bersatu dan United Kingdom bermula pada 12 Disember 2019.

[1] Terpakai untuk HONOR MagicWatch 2(46mm) sahaja, hayat bateri untuk HONOR MagicWatch 2(42mm) boleh bertahan sehingga 7 hari.

[2] Terpakai untuk HONOR MagicWatch 2(46mm) sahaja, hayat bateri untuk HONOR MagicWatch 2(42mm) boleh bertahan sehingga 7 hari.

Latar Belakang HONOR

HONOR ialah jenama telefon pintar yang terkemuka. Jenama ini diwujudkan untuk memenuhi keperluan pengguna natif digital melalui produk yang dioptimumkan internet yang menawarkan pengalaman pengguna yang unggul, menginspirasi tindakan, memupuk daya kreativiti dan memperkasakan golongan muda untuk mencapai impian mereka. Dengan melaksanakan perkara ini, HONOR telah membezakan diri dengan mempamerkan keberaniannya untuk melakukan perkara yang berbeza dan mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk membawakan teknologi dan inovasi yang terkini kepada pelanggannya.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi HONOR secara dalam talian di www.hihonor.com atau ikuti kami di: 

https://www.facebook.com/honorglobal/ 
https://twitter.com/Honorglobal 
https://www.instagram.com/honorglobal/ 
https://www.youtube.com/honorglobal

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191126/2654223-1?lang=0

Source: HONOR
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Internet Technology Telecommunications New products/services