omniture

Xinhua Silk Road: GAC Group perkenal kenderaan penumpang elektrik baharu di Pameran Auto Antarabangsa Guangzhou

Xinhua Silk Road Information Service
2019-11-28 13:59 517

GUANGZHOU, China, 28 November 2019 /PRNewswire/ -- Pembuat auto Cina Guangzhou Automobile Group Co.,Ltd (GAC Group) memperkenalkan kereta penumpang elektrik baharunya ENO.146 di Pameran Automobil Antarabangsa Guangzhou China kali ke-17 di Guangzhou, ibu kota Wilayah Guangdong selatan China mulai 22 November hingga 1 Disember.

Guangzhou Automobile Group Co., Ltd memperkenalkan kereta penumpang elektrik baharunya ENO.146 di Pameran Automobil Antarabangsa Guangzhou China ke-17 yang diadakan di Guangzhou mulai 22 November hingga 1 Disember.
Guangzhou Automobile Group Co., Ltd memperkenalkan kereta penumpang elektrik baharunya ENO.146 di Pameran Automobil Antarabangsa Guangzhou China ke-17 yang diadakan di Guangzhou mulai 22 November hingga 1 Disember.

ENO.146, yang mempunyai pekali seretan yang paling rendah di dunia, mendemonstrasikan pencapaian penyelidikan dan pembangunan (R&D) terkini oleh pembuat auto berkenaan.

Feng Xingya, pengurus besar GAC Group, mendedahkan bahawa pembuat kereta berkenaan mempercepatkan langkahnya bagi meningkatkan rancangan pengelektrikannya.

"GAC berusaha untuk mengelektrifikasi semua model kenderaan menjelang tahun 2025," kata Feng.

Di pameran tersebut, platform pengangkutan mudah alih disokong GAC Group OnTime membuat penampilan sulungnya buat pertama kali. Platform berkenaan, dilancarkan pada Jun tahun ini, bersama-sama dimulakan oleh GAC Group, syarikat gergasi internet Cina Tencent, Gungzhou Public Transport, DiDi Chuxing dan pelabur-pelabur lain.

Menerusi langkah seterusnya, GAC akan meneruskan usahanya untuk mempercepatkan R&D kenderaan tenaga baharu dan inovasi teknologi, memberi tumpuan pada penambahbaikan kekuatan produk untuk seluruh kenderaan dan memajukan pengantarabangsaan syarikat secara teratur, menurut pembuat auto berkenaan.

Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/309617.html

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191127/2655401-1?lang=0

Source: Xinhua Silk Road Information Service
Keywords: Auto Transportation New products/services Trade show news