omniture

Kereta Geely tarik perhatian awam di Pameran Automobil Antarabangsa Guangzhou

Xinhua Silk Road Information Service
2019-11-28 18:48 438

GUANGZHOU, China, 28 November 2019 /PRNewswire/ -- Pembuat automobil China, Geely membawa model terkininya ke Pameran Automobil Antarabangsa Guangzhou China ke-17 yang diadakan dari 22 November hingga 1 Disember di bandar Guangzhou selatan China, menarik perhatian awam dengan meluas.

ICON Geely muncul di Pameran Automobil Antarabangsa Guangzhou China ke-17
ICON Geely muncul di Pameran Automobil Antarabangsa Guangzhou China ke-17

ICON Geely, salah satu model, merupakan SUV berasaskan Seni Bina Modular Segmen B (BMA) kedua kumpulan ini.  Ia mempamerkan reka bentuk Geely dengan ciri baharu dan progresif serta membawa hampir 90 peratus ciri yang ditunjukkan dalam Concept ICON.

Lynk & Co 01HEV, sebuah model yang lain, telah dilancarkan di pameran ini Jumaat lepas. Sebagai SUV hibrid berprestasi tinggi dengan kos tidak lebih daripada 200,000 yuan, kenderaan ini menawarkan pilihan baharu untuk pengguna apabila mereka membeli kenderaan hibrid dan jimat tenaga, kata Lin Jie, naib presiden Geely Auto Group dan pengurus besar Geely Sales Company.

Dua model ini ialah bukti kepada keyakinan Geely untuk memimpin pasaran automobil yang sengit persaingannya. Pelaburan Geely yang berpandangan jauh dalam bidang teknologi bermula bertahun-tahun lalu kini memperkasakan syarikat untuk melancarkan produk baharu dengan pantas sementara mengekalkan kos di bawah kawalan, dengan itu meningkatkan daya saing keseluruhannya, menurut Lin.

Pembuat kenderaan ini melaburkan kira-kira 21 bilion yuan dalam R&D pada 2018, merupakan 6.4 peratus daripada jumlah pendapatan jualan, dengan pelaburan R&Dnya dalam dekad lepas berjumlah kira-kira 100 bilion yuan. Kumpulan ini juga telah membina lima pusat kejuruteraan R&D di Hangzhou dan Ningbo, China, selain di Gothenburg, Coventry dan Frankfurt, ujar Lin.

Di samping itu, Geely berusaha untuk bertransformasi daripada pembuatan automobil kepada menyediakan perkhidmatan pengembaraan mobiliti. Contohnya, Geely telah melancarkan perkhidmatan pandu seru tunggangan Cao Cao untuk membawa penyelesaian mobiliti mesra alam ke pasaran. Kini, lebih daripada 40,000 kereta elektrik Cao Cao beroperasi di lebih 30 bandar seluruh China.

Geely berkembang menjadi syarikat antarabangsa yang terlibat dalam pembuatan dan penjualan automobil serta alat ganti selain pelbagai perniagaan seperti perkhidmatan pengembaraan, inovasi teknologi, perkhidmatan kewangan, pendidikan dan sukan, jelas Lin.

Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/309634.html

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191127/2655413-1?lang=0

Source: Xinhua Silk Road Information Service
Keywords: Auto Transportation New products/services Trade show news