omniture

OPPO Adakan Pelancaran untuk ColorOS 7 Serba Baharu Di Luar China Buat Julung Kalinya

OPPO
2019-11-28 19:01 425

NEW DELHI, 28 November 2019 /PRNewswire/ -- Jenama peranti pintar yang terkemuka di dunia OPPO mengadakan upacara pelancaran untuk ColorOS 7 serba baharunya hari ini di New Delhi, India, pertama kali ia melancarkan sistem pengendalian (OS) berasaskan Android tersuai di luar China. Dengan slogan baharu, "Lancar dan Menyeronokkan", acara berkenaan memperkenalkan konsep Infinite Design ColorOS serta siri-siri penyelesaian teknologi dan juga ciri-ciri setempat yang baharu, bagi membawa pengalaman bertumpu pengguna yang mudah.

Martin Liu, Senior Strategy Manager of OPPO ColorOS
Martin Liu, Senior Strategy Manager of OPPO ColorOS

"OPPO mencuba untuk mengoptimumkan ColorOS secara komprehensif, menjadikannya lebih pantas dan lebih lancar untuk lebih 300 juta pengguna kami di seluruh dunia," kata Martin Liu, Pengurus Strategi Kanan ColorOS OPPO. "Kemas kini ini bukan sahaja memperbaharui semula reka bentuk sistem tetapi turut meningkatkan pengalaman audiovisual dan permainan. Selain itu, kami membawakan pengguna India kami dengan banyak ciri setempat untuk memenuhi keperluan khusus mereka dan kami akan terus meluaskan usaha-usaha penyetempatan ini."

Ringkas dan ringan, Infinite Design perbaharui pengalaman pengguna

Dengan Infinite Design, ColorOS 7 menerima pakai pendekatan visual ringan yang memudahkan antara muka pengguna, membolehkan pengguna untuk memberi lebih tumpuan pada kandungan mereka. Selain penyesuaian ikon penuh, Dark Mode membawakan pengalaman membaca yang hebat dalam persekitaran sepanjang hari, lalu membantu pengguna untuk lebih tertumpu dan dapat mengurangkan penggunaan bateri.

"ColorOS 7 baharu merupakan kesinambungan yang sempurna bagi identiti jenama khusus OPPO," kata Eddie Opara, rakan kongsi di Pentagram, agensi reka bentuk yang ternama di dunia yang berkolaborasi dengan OPPO untuk jenama baharunya dan identiti visual. "Bermula daripada bunyi dan visual kepada pengalaman pengguna dan penglibatan emosi, setiap aspek menunjukkan nilai estetika jenama OPPO yang luar biasa halus, elegan dan pintar."

Interaksi bertumpu pengguna dan penaiktarafan bunyi yang lebih hebat

ColorOS 7 memulakan interaksi yang lebih intuitif. Penggera adaptif-cuaca baharu melaraskan secara automatik bunyi penggera mengikut cuaca. Selain daripada Artist Wallpaper Project baharu, kini pengguna boleh menikmati pelbagai jenis hiasan latar belakang dinamik yang berubah mengikut masa atau dengan meleret. Sementara itu, reka bentuk haptik yang dinaik taraf membantu memberi bunyi respons sentuh yang lebih jelas serta lebih ringkas dan tepat dan juga pengalaman sentuh yang lebih realistik. Terdapat juga animasi baharu yang tepat untuk mengecas, cuaca dan memadam aplikasi. Selain itu, ColorOS berkolaborasi dengan syarikat reka bentuk audio Denmark Epic Sound untuk menaik taraf sistem bunyi keseluruhan. Diinspirasikan oleh alam semula jadi, kesan-kesan bunyi baharu memberikan pengalaman mendengar yang lebih selesa, bukan sahaja untuk kawalan sistem, tetapi juga nada dering, pemberitahuan dan banyak lagi.

Lebih pantas dan lebih lancar berbanding sebelum ini

Dipacu oleh konsep UI-First, ColorOS membangunkan oFas, oMem dan oSense bagi memastikan pengalaman yang lancar serta pantas yang boleh dirasai oleh pengguna. oFas ialah mekanisme pramuat cache, yang menjadikan mula sejuk sepantas mula hangat, bermakna aplikasi kini boleh dibuka dan dimulakan dengan lebih pantas. Sementara itu, oMem dapat beradaptasi kepada tabiat pengguna, mengalihkan dan memperuntukkan sumber sistem sewajarnya dan dengan cekap. Melalui teknologi ini, penggunaan RAM ditingkatkan sebanyak 40%. Dengan pelbagai aplikasi yang beroperasi, respons sistem turut ditingkatkan sebanyak 30%. Di samping itu, oSense - mekanisme penjadualan yang memberi keutamaan kepada jalur depan dan berkaitan pengguna, mengoptimumkan respons sentuh serta kadar bingkai, lalu menjadikan pengalaman permainan lebih lancar berbanding sebelum ini. Apabila bermain permainan pertempuran yang sengit, respons sentuh ditambah baik sebanyak 21.6% manakala kadar bingkai sebanyak 38%.

Perkukuh perlindungan privasi

OPPO sedia maklum bahawa perlindungan privasi adalah lebih penting berbanding sebelum ini dan menyasarkan untuk menjamin data pengguna. Perlindungan maklumat peribadi melindungi maklumat pengguna daripada aplikasi pihak ketiga. Private Safe dapat memindahkan foto, video, audio dan dokumen lain ke "zon" selamat dalam folder simpanan, yang dapat menyekat akses oleh aplikasi.

Ciri-ciri baharu untuk tingkatkan pengimejan dan video

OPPO sentiasa dikenali kerana keupayaan pengimejannya dan ColorOS 7 membawa keupayaan ini ke tahap seterusnya. AI Beautification 2.0 mengenal pasti persekitaran dan mengukur cahaya sewajarnya, untuk memadankan sebaiknya tona kulit pengguna. Dengan butiran wajah yang lebih jelas, ia mengambil gambar rupa yang paling asli dan menarik.

Ultra Night Mode memberikan foto waktu malam yang luar biasa, mengurangkan hingar bagi merakam detik-detik seperti makan malam yang diterangi cahaya lilin serta pasar malam dengan kejelasan, kecerahan dan warna yang lebih hebat. Soloop, editor video pintar OPPO memudahkan rakaman dan suntingan video agar pemula juga dapat menghasilkan video yang indah dan berkongsi video tersebut dengan satu ketik.

Ketersediaan

Kemas kini terbesar OPPO setakat ini, ColorOS 7 akan diperkenalkan menerusi lebih 20 model telefon, mencakupi model-model siri Reno, Find, F, K dan A serta wilayah-wilayah China, Asia Selatan, Asia Tenggara, Eropah, Asia-Pasifik dan Timur Tengah. Bermula pada 26 November ini, pengguna di kawasan ini berpeluang untuk mengalami versi percubaan. Untuk maklumat lanjut tentang ciri-ciri ColorOS, sila klik di sini: [https://drive.google.com/open?id=1ZI43CfnpbKU0YEVhfCuXW7vhv83FNBzq]

Latar Belakang ColorOS 

ColorOS ialah sistem pengendalian (OS) mudah alih berasaskan Android yang amat tersuai, cekap, pintar dan direka bentuk secara beraneka daripada OPPO. Dengan lebih 300 juta pengguna global, ColorOS 7 menyokong 80 bahasa termasuk Bahasa Inggeris, Bahasa Hindi, Bahasa Thai dan Bahasa Indonesia.

Latar Belakang OPPO 

OPPO ialah jenama peranti pintar bertaraf global yang terkemuka. Hari ini, OPPO menyediakan pelanggan dengan pelbagai jenis peranti pintar yang diterajui oleh siri Find dan Reno, sistem pengendalian ColorOS dan perkhidmatan internet seperti OPPO Cloud dan OPPO+. OPPO beroperasi di lebih 40 negara dan wilayah, menerusi 6 institut penyelidikan dan 4 pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) di seluruh dunia. Seramai lebih 40,000 kakitangan OPPO berdedikasi untuk mencipta kehidupan yang lebih baik buat pelanggan di seluruh dunia.

Hubungi:

Pasukan Perhubungan Awam Antarabangsa ColorOS
E-mel: riccahuang@oppo.com   

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191126/2654356-1?lang=0

Source: OPPO
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications New products/services