omniture

Hikvision sediakan kamera tinggi resolusi untuk Zoo Moscow bagi tujuan pemerhatian panda

Hikvision
2019-11-29 10:06 460

HANGZHOU, China, 29 November 2019 /PRNewswire/ -- Hikvision, pembekal yang terkemuka di dunia bagi produk dan penyelesaian keselamatan video yang inovatif, berbesar hati menaja 20 kamera untuk Zoo Moscow bagi tujuan pemerhatian dan penyelidikan panda gergasi. Majlis sumbangan diadakan di Zoo Moscow pada 21 November lalu. Pengarah di Zoo Moscow Svetlana Akulova dan Presiden Hikvision Russia&CIS Libbo Feng menghadiri sidang akhbar dan melawat panda-panda berkenaan.

Sepanduk Panda
Sepanduk Panda

Enam bulan yang lalu, Dingding dan Ruyi tiba di Zoo Moscow dari China. Pada masa kini, panda-panda ini membesar dengan begitu baik dan telah menyesuaikan diri sepenuhnya terhadap kediaman baharu di sini. Bukan sahaja panda-panda ini mendapat penjagaan daripada pembiak baka, malah panda-panda ini juga mendapat kasih sayang daripada ribuan warga Rusia. Sejumlah besar pengunjung datang untuk melihat panda-panda ini setiap hari. Untuk kemudahan peminat-peminat panda, Zoo Moscow turut melancarkan siaran dalam talian untuk melihat panda-panda ini.

"Audiens siaran dalam talian yang dilancarkan pada Julai lalu berjumlah hampir satu juta orang dan setiap hari, bilangan tontonan semakin bertambah. Walau bagaimanapun, kamera-kamera terdahulu yang dipasang di astaka berkenaan tidak dapat menyediakan video beresolusi tinggi dan imej berwarna pada waktu malam. Hari ini, hasil bantuan daripada rakan-rakan kami dari Hikvision, peluang tersebut dapat diwujudkan. Kami telahpun menggantikan beberapa kamera lama dengan kamera moden dan kini bukan sahaja pengunjung ke Zoo Moscow, malah audiens Internet dari seluruh dunia juga boleh melihat anak-anak kami yang comel, Ruyi dan Dingding, walaupun pada waktu malam. Kami mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan kongsi Cina kami atas peluang ini," ulas Svetlana Akulova.

Menurut beliau, kamera baharu tersebut juga akan membolehkan ahli zoologi memerhatikan panda pada waktu malam dan merekodkan sebarang perubahan dari segi tingkah laku mereka, yang memberi kepentingan besar kepada penyelidikan, pemerhatian dan pembiakan spesies unik ini.

Sebagai sebahagian daripada majlis sumbangan ini, satu pemeriksaan ke atas panda-panda oleh pembiak baka dirakam oleh kamera baharu tersebut bagi tujuan siaran langsung. Orang ramai dari seluruh dunia dapat menyaksikan bagaimana Ruyi memanjat penimbang dengan lucu untuk menimbang berat, menunjukkan giginya bagi membuat pemeriksaan fizikal dan meluruskan kaki tanpa rasa takut untuk bersedia bagi mengambil sampel darah - kesemua gambar yang menarik juga boleh didapati secara dalam talian.

"Panda gergasi merupakan haiwan amat mesra serta tenang dan panda juga merupakan salah satu lambang utama China dan sering dikaitkan dengan kepercayaan, kelembutan dan keharmonian. Hikvision komited untuk membangunkan nilai-nilai ini dalam perniagaan kami. Bersama-sama penyedia perkhidmatan awan Trassir, yang membantu mengaturkan siaran langsung tersebut, kami berasa gembira kerana ramai orang berpeluang untuk mengenali panda Ruyi serta Dingding dan juga kami dapat membantu menjamin perlindungan mereka menerusi teknologi kami yang terkemuka dalam industri," kata Libbo Feng.

Wajar dinyatakan bahawa kamera-kamera yang dipasang termasuklah kamera ColorVu yang canggih. Hasil daripada teknologi inovatifnya, peminat-peminat panda dari seluruh dunia akan berpeluang untuk menonton haiwan secara dalam talian dalam resolusi yang tinggi dan berwarna selama 24 jam sehari! Kini, pengunjung dapat mempelajari lebih lanjut tentang aktiviti-aktiviti malam oleh panda-panda tersebut.

Hikvision komited untuk melindungi alam sekitar dan aktif menyokong projek serta inisiatif antarabangsa bagi melindungi haiwan yang jarang ditemui. Hikvision menggunakan produk dan penyelesaian yang inovatif untuk menyokong penyelidikan alam sekitar dan inisiatif alam sekitar, kaya dengan kepelbagaian bio. Tahun ini, di Wilayah Amur, kamera Hikvision dipasang di sarang burung botak Timur (Oriental stork), salah satu burung yang paling jarang ditemui di Timur Jauh Rusia. Dengan bantuan kamera, ahli ornitologi dan audiens dalam talian dapat melihat kelahiran 14 ekor burung botak dan saat apabila burung tersebut terbang buat pertama kalinya.

Latar Belakang Hikvision

Hikvision ialah pembekal produk dan penyelesaian keselamatan yang terkemuka dunia. Mempunyai tenaga kerja penyelidikan & pembangunan (R&D) yang luas dan amat mahir, Hikvision mengeluarkan suit penuh produk dan penyelesaian komprehensif untuk pelbagai pasaran vertikal. Selain industri keselamatan, Hikvision meluaskan capaiannya kepada teknologi kediaman pintar, pengautomatan industri dan industri-industri elektronik automotif demi mencapai visi jangka panjangnya. Produk-produk Hikvision juga menyediakan kecerdasan perniagaan yang hebat untuk pengguna akhir, yang dapat mendayakan operasi yang lebih cekap dan kejayaan komersial yang lebih besar. Komited terhadap kualiti dan keselamatan terbaik untuk produk-produknya, Hikvision menggalakkan rakan-rakan kongsi untuk memanfaatkan banyak sumber keselamatan siber yang ditawarkan oleh Hikvision, termasuk Pusat Keselamatan Siber Hikvision. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi kami di www.hikvision.com.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191127/2655522-1?lang=0

 

Source: Hikvision
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Animals/Pets