omniture

Luxasia menang anugerah tertinggi untuk 'Khidmat Pelanggan eDagang Terbaik' dan dua anugerah Gangsa di Anugerah eDagang Asia ke-2 2019

Luxasia terima Anugerah Khidmat Pelanggan eDagang Terbaik
Luxasia
2019-11-29 10:14 523

SINGAPURA, 29 November 2019 /PRNewswire/ -- Luxasia, peneraju omnisaluran Asia Pasifik untuk jenama-jenama kecantikan mewah, muncul sebagai pemegang Emas untuk Khidmat Pelanggan eDagang Terbaik dan memperoleh dua anugerah Gangsa bagi Pemenuhan eDagang Terbaik dan E-penjual Terbaik untuk Kesihatan dan Kecantikan, di majlis penyampaian Anugerah eDagang Asia yang diadakan minggu lalu. Anugerah ini mengiktiraf usaha-usaha penting dalam industri oleh Luxasia dalam membolehkan pendayaan eDagang untuk jenama-jenama kecantikan mewah global.

Luxasia receiving the Best eCommerce Customer Service Award
Luxasia receiving the Best eCommerce Customer Service Award

Dianjurkan oleh majalah Marketing dan diadili oleh panel bebas yang terdiri daripada pemasar dan pakar industri yang berpengalaman, Anugerah ini mengiktiraf kecemerlangan dalam eDagang, menonjolkan yang terbaik daripada jenama, E-penjual, agensi dan pendorong di Asia Selatan, Asia Tenggara, Australia dan New Zealand.

"Pengiktirafan membanggakan yang kami terima dalam ketiga-tiga kategori ini merupakan pengiktirafan jelas terhadap kecemerlangan Luxasia dalam pendayaan e-dagang," kata Manvi Kathuria, Pengurus Besar Serantau untuk eDagang, Luxasia. "Kebolehan kami untuk menavigasi kerumitan pelaksanaan dalam-pasaran tanpa menjejaskan penumpuan-pengguna merupakan pembeza utama kami. Keupayaan yang sukar didapati ini merupakan apa yang khususnya dicari-cari oleh jenama-jenama kecantikan mewah global apabila memilih rakan kongsi e-dagang ideal mereka dan kami berbangga kerana dapat tekal melangkaui jangkaan dalam aspek-aspek ini," tambah beliau.

Kini, Luxasia memberikan lebih 150 jenama dengan akses sehenti ke jaringan jualan runcit dan edagang yang terbesar di Asia Pasifik. Selain kekuatan tradisionalnya dalam jualan runcit mewah, lebih daripada 50 pakar eDagang bekerjasama dengan pasukan pemasaran jenama dalam-pasaran bagi mencapai perwakilan jenama mewah untuk perdagangan dalam talian melalui lebih 280 jenama e-kedai. Sebagai contoh, di China, Luxasia berjaya mengakses jualan dalam talian untuk mempercepatkan kejayaan jenama-jenama penjagaan kulit seperti Peter Thomas Roth dan Dr. Brandt – mencipta lebih 200 juta impresi media sosial dan 1.6 juta penglibatan dalam satu tahun, menggandakan jualan jenama dan pengiktirafan di China. Selain menyenaraikan jenama-jenama dalam pasaran-pasaran popular China seperti TMall, Little Red Book, JD.com dan Sephora.com, Luxasia melibatkan selebriti dan Pemimpin Pendapat Utama (KOL) melalui Weibo, Douyin dan WeChat untuk mengukuhkan jangkauan jenama-jenamanya dan juga resonan dalam kalangan pengguna Cina.  

"Kami melabur secara strategik dalam e-dagang sejak tiga tahun yang lalu untuk menjadi rakan kongsi kecantikan omnisaluran utama di Asia Pasifik dan telah meraih keputusan yang cemerlang menerusi pertumbuhan lebih 30 kali ganda dalam e-dagang sejak tahun 2016. Menuju tahun 2020, Luxasia akan meningkatkan kejayaan e-dagang kami melalui usaha sama dengan Purplle, pengusaha e-dagang yang kedua terbesar di India, lantas memberikan kami dan rakan kongsi jenama kami dengan akses kepada Sub-benua India yang lebih besar," kata Dr Wolfgang Baier, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Luxasia.

Selain mewakili lebih daripada 60 jenama kecantikan global dalam segmen dalam talian. rakan-rakan kongsi jenama eDagang Luxasia yang lain terdiri daripada Safilo Group, Disney dan LEGO.

Kunjungi www.luxasia.com untuk mengetahui lebih lanjut tentang Luxasia, jaringan jualan runcit dan e-dagang kami serta bagaimana kami mendayakan kejayaan jenama untuk jenama-jenama kecantikan mewah di Asia Pasifik.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191127/2655602-1?lang=0
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20191127/2655602-1LOGO?lang=0 

Source: Luxasia
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Cosmetics & Personal Care Electronic Commerce Household/Consumer/Cosmetics Multimedia/Online/Internet Retail Awards