SEOUL, Korea Selatan, 29 November 2019 /PRNewswire/ -- Amorepacific Group (Amorepacific) memainkan peranan penting dalam diplomasi budaya melalui pameran K-beauty untuk Wanita-wanita Pertama dari enam negara ASEAN yang mengunjungi Korea sempena Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Republik Korea.
Amorepacific mengambil bahagian dalam Festival K-Beauty ASEAN-ROK yang diadakan di BEXCO, Busan mulai 25 hingga 26 November dan mempersembahkan jenama-jenama cemerlangnya yang popular dalam kalangan pelanggan ASEAN, berserta visi korporat kewujudan bersamanya serta pertumbuhan bersama di reruai pameran yang digelar Zon Harmoni K-Beauty.
Pada 26 November, pameran Amorepacific diperkenalkan kepada Wanita-wanita Pertama Thailand, Vietnam, Indonesia, Laos, Malaysia dan Filipina yang hadir ke acara tersebut bersama Wanita Pertama Korea Selatan Kim Jung Sook. Usaha-usaha syarikat untuk menginspirasikan pelanggan, masyarakat dan industri melalui pertumbuhan bersama dipersembahkan. Peluang untuk merasai teknologi digital inovatif yang dapat memacu pertumbuhan masa depan industri kecantikan turut disediakan.
Di pameran ini, Wanita-wanita Pertama tersebut menyatakan kebiasaan mereka dengan jenama-jenama seperti Sulwhasoo, Laneige dan Innisfree, serta menguji alat kecantikan digital terkini Amorepacific daripada jenamanya MakeON. Minat mereka terhadap pelbagai barisan jenama menonjolkan kehadiran jenama-jenama global Amorepacific yang kini berkembang maju dalam pasaran ASEAN.
Mereka juga terpesona dengan teknologi digital inovatif yang menonjolkan masa depan industri kecantikan. Wanita-wanita Pertama ini menunjukkan minat yang tinggi terhadap topeng muka cetakan 3D diperibadikan IOPE yang memenangi anugerah[1] yang dapat menampung bentuk muka serta keadaan kulit individu dan boleh dicetak dalam masa lima minit. Demonstrasi perkhidmatan IOPE Lab Skin Solution, perundingan peribadi berdasarkan analisis kulit profesional dan pemeriksaan 1:1, turut disediakan.
Di tapak pameran, Wanita Pertama Korea Selatan Kim Jung Sook menawarkan alat MakeON Skin Light Therapy II dan produk maskara Innisfree kepada Wanita-wanita Pertama sebagai hadiah. Korean Blue House turut mempersembahkan Sulwhasoo Timetreasure Luxury Set kepada Wanita-wanita Pertama yang menghadiri Sidang Kemuncak ini. Dihasilkan dengan mahir oleh tukang Korea tradisional secara eksklusif untuk majlis ini, set tersebut menyertakan barisan Timetreasure Sulwhasoo yang diletakkan dalam tempat solek berdiri kayu tradisional Korea yang diukir dengan sepuluh simbol tradisional lanjut usia dan dibungkus dengan bojagi emas Korea yang disulam dengan rekaan yang sama.
Amorepacific mula menembusi pasaran ASEAN pada tahun 1998 melalui Vietnam dan hari ini mengembangkan perniagaannya ke Singapura, Malaysia, Thailand, Indonesia, Vietnam dan Filipina. Ia turut meluaskan portfolio jenamanya yang kini termasuk lima jenama cemerlang globalnya - Sulwhasoo, Laneige, Mamonde, Etude, innisfree dan Hera serta Ryo. Amorepacific merancang untuk meluaskan lagi jangkauan dan kumpulan pelanggannya di ASEAN sebagai salah satu tapak pertumbuhan global yang utama di Asia.
[1] Anugerah 'Penerima Kehormat Inovasi CES' dalam Kategori Pencetakan 3D di Anugerah Inovasi CES 2020 |
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191127/2655399-1?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191127/2655399-1-b?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191127/2655399-1-c?lang=0
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20190611/2492892-1-a?lang=0
Video - https://cdn4.prnasia.com/002071/mnr/201911/Amorepacific/video1.mp4