omniture

IMA Umum Perkongsian Strategik dengan Empat Universiti di Taiwan

Perkongsian bertujuan beri inspirasi kepada pemimpin generasi baharu bagi memperkembangkan kerjaya perakaunan pengurusan dan persijilan CMA
Institute of Management Accountants (IMA)
2019-12-02 10:16 384

SINGAPURA, 2 Disember 2019 /PRNewswire/ -- IMA® (Institute of Management Accountants), salah sebuah persatuan yang terhormat dan terbesar yang memfokuskan secara khusus dalam kerjaya perakaunan pengurusan lanjutan, mengumumkan hari ini penandatanganan perjanjian Memorandum Persefahaman (MoU) dengan empat universiti di Taiwan.

MoU tersebut akan membantu IMA dalam melahirkan pemimpin perakaunan pengurusan generasi masa depan di Taiwan dan menggalakkan mereka untuk mendapatkan sijil U.S. CMA® (Certified Management Accountant). Universiti yang menyertai perjanjian ini (mengikut susunan abjad) ialah:

  • Fu Jen Catholic University, sebuah komuniti guru dan pelajar yang bermatlamat untuk mencapai pendidikan manusia menyeluruh yang memfokuskan pendidikan perakaunan dalam amalan dan etika pengurusan.
  • "National Chengchi University", yang berazam untuk memupuk bakat pelajar-pelajarnya agar berbakti kepada Taiwan dan masyarakat yang mana Jabatan Perakaunan mereka mempunyai reputasi dalam warisan kemanusiaan dan kebudayaan, kepimpinan profesional, kecemerlangan akademik dan fakulti yang terbaik.
  • Tamkang University, sebuah universiti yang sedang berusaha meraih inovasi berterusan dalam penerapan falsafah pengurusannya yang mana Jabatan Pengurusan memfokuskan untuk melatih pelajar untuk menjadi pakar perakaunan dalam kedua-dua teori dan amalan.
  • Tunghai University, sebuah institusi liberal yang penuh dengan pensyarah elit yang ramai dan sumber yang banyak yang mana Kolej Pengurusan bermatlamat untuk memberikan pendidikan kepada pengurus perakaunan dan perniagaan yang berjaya.

"Pelajar perakaunan Taiwan sedang mempersiapkan diri untuk menjadi pemimpin dalam organisasi yang akan menerima perkhidmatan mereka dan kami teruja untuk memberikan mereka kelengkapan bagi mereka mencapai tujuan itu," ujar Josh Heniro, Ph.D., Pengarah Kanan, IMA Asia Tenggara & Australasia. "Empat universiti ini ialah antara universiti yang paling berprestij di Taiwan dan kami tidak sabar untuk bekerja dengan mereka semua."

Sebagai sebahagian daripada perkongsian ini, IMA akan menggalakkan dan menyokong aktiviti-aktiviti universiti bagi mengembangkan profesional perakaunan pengurusan di Taiwan dan universiti-universiti ini akan menggalakkan pelajar-pelajar mereka untuk mendapatkan sijil U.S. CMA.

Para profesional yang mendapat sijil U.S. CMA lulus peperiksaan dua bahagian yang sukar yang meliputi penguasaan 12 topik amalan teras. U.S. CMA melengkapkan mereka dengan sokongan perancangan kewangan, pengawalan, keputusan ke tempat kerja mereka serta membantu organisasi merapatkan jurang kemahiran dan mendapatkan kelebihan daya saing dalam pasaran. Hingga kini, lebih daripada 70,000 U.S. CMA telah dianugerahkan.

Latar Belakang IMA® (Institute of Management Accountants)
IMA®, telah dinamakan sebagai Badan Profesional Tahun 2017 dan 2018 oleh The Accountant/International Accounting Bulletin, salah sebuah persatuan yang terhormat dan terbesar yang memfokuskan secara khusus dalam pengembangan kerjaya perakaunan pengurusan. Secara global, IMA menyokong kerjaya ini menerusi penyelidikan, program U.S. CMA® (Certified Management Accountant) dan CSCA® (Certified in Strategy and Competitive Analysis), pendidikan berterusan, perangkaian, dan menyokong amalan perniagaan beretika tahap tertinggi. IMA mempunyai rangkaian global lebih daripada 125,000 ahli di 150 negara dan 300 kumpulan profesional dan pelajar. Beribu pejabat di Montvale, New Jersey, Amerika Syarikat, IMA membekalkan perkhidmatan tempatan menerusi empat wilayah globalnya: Amerika, Asia/Pasifik, Eropah, dan Timur Tengah/India. Untuk maklumat lanjut tentang IMA, sila lawati www.imanet.org.

HUBUNGI: 

Sunantha Huang
IMA Southeast Asia & Australasia
(65) 6493 3113
sunantha.huang@imanet.org

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20191017/2614087-1LOGO?lang=0

Source: Institute of Management Accountants (IMA)
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Education Higher Education Licensing/marketing agreements