omniture

Wakil-wakil dari 17 negara sanjungi sumbangan Risen Energy terhadap Inisiatif Jalur dan Jalan

Risen Energy Co., Ltd
2019-12-02 11:11 357

NINGBO, China, 2 Disember 2019 /PRNewswire/ -- Satu delegasi yang melibatkan lebih 40 wakil daripada organisasi-organisasi perindustrian, komersial dan perdagangan dari 17 buah negara mengadakan kunjungan ke pembuat panel solar Cina Risen Energy Co., Ltd pada bulan November. Negara-negara ini bersempadan dengan laluan Inisiatif Jalur dan Jalan kerajaan Cina dan wakil-wakil dari Slovakia, Brunei serta Panama merupakan antara mereka yang hadir. Selepas melawat kemudahan pengeluaran Risen Energy, mempelajari tentang pembangunannya serta portfolio pasaran dan bertukar-tukar pandangan bersama eksekutif-eksekutifnya, wakil-wakil tersebut pulang dengan rasa benar-benar kagum dan memuji sumbangan Risen Energy terhadap Inisiatif Jalur dan Jalan.

Risen Energy telah mencapai keputusan penting dalam pasaran-pasaran sepanjang laluan Jalur dan Jalan serta meramalkan pertumbuhan stabil yang berterusan dalam pasaran-pasaran luar negara
Risen Energy telah mencapai keputusan penting dalam pasaran-pasaran sepanjang laluan Jalur dan Jalan serta meramalkan pertumbuhan stabil yang berterusan dalam pasaran-pasaran luar negara

Sejak tahun 2013, apabila Inisiatif Jalur dan Jalan mula dilancarkan oleh Kerajaan Cina, Risen Energy mengambil kira inisiatif tersebut apabila merancang peluasan jejak perniagaan globalnya. Selain daripada menggabungkan perkongsian sedia adanya dengan loji kuasa di luar negara, syarikat berkenaan mengukuhkan kedudukan dalam pasaran-pasaran di negara-negara yang disasarkan oleh inisiatif berkenaan, termasuk Ukraine, Kazakhstan, Kyrgyzstan dan Vietnam. Risen Energy terus meningkatkan pelaburan dalam loji kuasa fotovolta seluruh dunia dan dengan melakukan demikian, dapat memudahkan transformasi tenaga global.

Risen Energy ialah pembuat panel solar Cina pertama yang melabur dalam pembinaan stesen-stesen kuasa fotovolta di Kazakhstan dan terus melabur dalam kemudahan-kemudahan di sana. Syarikat berkenaan telahpun menandatangani surat mandat dengan European Bank for Reconstruction and Development (EBRD) bagi membiayai projek solar 63MW dan projek solar 40MW, kedua-duanya di Kazakhstan. Pada Julai lalu, Risen Energy memulakan kerja-kerja pembinaan projek EPC keduanya di daerah luar bandar Chulakkurgan negara berkenaan.

Meskipun pasaran PV antarabangsa semakin berpecah-pecah, Risen Energy telah meluaskan jejak perniagaan globalnya dan mencapai keputusan penting dalam beberapa pasaran baru muncul termasuk Ukraine, Vietnam dan Poland. Selepas menandatangani kontrak bekalan modul PV dengan penyedia tenaga persendirian yang terbesar di Ukraine, Donbas Fuel and Energy Company (DTEK) pada awal tahun 2019, syarikat berkenaan dianugerahkan pesanan untuk modul monohabluran berkecekapan tinggi sel separa potong 148MW. Bertitik tolak daripada hal ini, Risen Energy akan membekalkan lebih 1GW modul kepada Ukraine menjelang akhir tahun 2019. Di samping itu, bahagian pasaran syarikat di Vietnam kini melebihi 30%, hasil daripada pelaksanaan strategi penyetempatan.

Presiden Risen Energy Xie Jian berkata, "Kami akan terus berkembang ke dalam lebih banyak pasaran baru muncul sepanjang laluan Jalur dan Jalan, meningkatkan kehadiran kami dalam pasaran-pasaran baru muncul yang menunjukkan potensi pembangunan, mengukuhkan kerjasama erat kami bersama rakan-rakan kongsi kami dan, dengan melakukan demikian, dapat meningkatkan pembangunan industri-industri mampan serta boleh diperbaharui di negara-negara sepanjang laluan berkenaan."

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191127/2655444-1?lang=0

Source: Risen Energy Co., Ltd
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities