omniture

Xinhua Silk Road: Laluan perkapalan kontena terus dibuka antara Wuhan China Tengah dan Jepun pada Khamis

Xinhua Silk Road Information Service
2019-12-02 13:28 130

WUHAN, China, 2 Disember 2019 /PRNewswire/ -- Satu laluan perkapalan kontena terus yang menghubungkan Wuhan, ibu kota Wilayah Hubei China Tengah, dengan bandar-bandar di Jepun termasuk Osaka, Kobe dan Nagoya dimulakan secara rasmi pada 28 November.

Dibandingkan dengan laluan-laluan sedia ada, laluan perkapalan kontena sungai-lautan ini dapat menjimatkan kira-kira dua hari dan hanya mengambil masa lima hari untuk kargo tiba ke pelabuhan-pelabuhan Jepun yang disebutkan di atas dari bandar Wuhan.

Selain daripada dapat mengurangkan kos logistik dengan banyak, laluan perkapalan kontena ini turut membantu meluaskan saluran pengangkutan bersama kereta api-laluan air antara Jepun dan Eropah melalui Wuhan sebagai tempat pemindahan ke kapal.

Seperti mana yang diperkenalkan oleh Zhang Lin, pengarah Jawatankuasa Pentadbiran Pelabuhan Baharu Wuhan, perkhidmatan perkapalan kontena terus akan ditawarkan sekali seminggu dengan dua kapal beroperasi mengikut giliran.

Setelah operasi laluan stabil pada masa depan, perkhidmatan akan ditingkatkan kepada dua kali seminggu dengan empat kapal kontena menyediakan perkhidmatan mengikut giliran berserta peningkatan pelabuhan singgah di Jepun, menurut Zhang.

Menjelang April 2020, laluan ini dijangka akan dihubungkan dengan laluan kereta api pengangkut Sino-Eropah Wuhan bagi merealisasikan pengangkutan antarabangsa berbilang model melalui pemindahan ke kapal di bandar tersebut.

Mengikut saluran logistik antarabangsa gelung-tertutup, barangan dari Jepun boleh dihantar ke wilayah-wilayah seperti Asia Tengah, Timur Tengah dan Eropah.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, 80 peratus daripada komoditi eksport Wuhan, dengan perdagangan asing semakin berkembang pesat, dieksport melalui perkapalan, mencetuskan permintaan yang luar biasa untuk laluan perkapalan antarabangsa terus.

Pada tahun 2018, Jepun menjadi rakan dagangan keempat terbesar Wilayah Hubei China serta rakan dagangan kedua terbesar Wuhan, dengan nilai perdagangan tahunan bersama Hubei mencecah 27.4 bilion yuan, meningkat 18.5 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Pelancaran laluan perkapalan kontena terus akan membantu mewujudkan kesalinglengkapan ekonomi antara Wuhan dan Jepun. Dengan bersepadu bersama laluan kereta api pengangkut Sino-Eropah Wuhan, amat sesuai untuk perusahaan dari Wuhan dan Jepun untuk bersama-sama meneroka pasaran pihak ketiga di Asia Tengah, Timur Tengah dan Eropah, menurut orang dalam industri.  

Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/309673.html

Source: Xinhua Silk Road Information Service
Keywords: Maritime/Shipbuilding Publishing/Information Service Transportation