omniture

SKYWORTH menyalakan keseronokan para atlet dan peminat sukan tatkala Sukan SEA ke-30 2019 rasmi bermula

SKYWORTH
2019-12-02 19:25 415

MANILA, Filipina, 02 December 2019 /PRNewswire/ -- SKYWORTH, perintis dalam Kecerdasan Buatan Pelbagai Benda (AIoT) dan jenama televisyen global yang terkemuka, dijangka membawa inovasi teknologi ke Sukan SEA ke-30 2019 tatkala acara berbilang sukan dwitahunan secara rasmi bermula hari ini, mengumpulkan atlet dan peminat sukan dari 11 negara ke Filipina.

SKYWORTH menyalakan keseronokan para atlet dan peminat sukan tatkala Sukan SEA ke-30 2019 rasmi bermula
SKYWORTH menyalakan keseronokan para atlet dan peminat sukan tatkala Sukan SEA ke-30 2019 rasmi bermula

SKYWORTH telah menjadi penyokong kuat dalam mempromosikan sukan melalui inovasi teknologi. Jenama ini merupakan penaja FFBB (Persekutuan Bola Keranjang Perancis) dan baru-baru ini, Elektronik Pengguna Eksklusif - Penaja Televisyen dan Rakan Platinum Rasmi untuk Sukan Asia Tenggara ke-30 2019 dan Sukan Para ASEAN ke-10 2020 ('Sukan SEA'). Penajaan ini selaras dengan komitmen SKYWORTH dalam meningkatkan hiburan sukan dengan teknologi canggih.

Diperkasakan oleh TV SKYWORTH, para penonton dapat menikmati kualiti imej yang menakjubkan yang dibawa oleh teknologi pampasan gerakan. Pembantu peribadi SKYWORTH yang dikuasakan oleh AI juga membolehkan penonton mencari maklumat berkaitan pertandingan seperti profil pemain dan keputusan pertandingan terkini sambil menonton perlawanan langsung. Hasil ekosistem AI proprietari, para peminat sukan boleh menyambungkan TV dengan peranti pintar yang lain dengan bebas untuk memanfaatkan kelebihan yang dibawa oleh konsep Kehidupan Pintar.

"Teknologi telah menjadi sebahagian daripada setiap permainan sukan dan SKYWORTH bangga menjadi penaja rasmi untuk Sukan SEA, membawa hiburan sukan terbaik kepada peminat di Asia Tenggara," kata Jack Lee. "Rantau Asia Tenggara sentiasa menjadi pasaran penting untuk SKYWORTH dan itulah sebabnya kami berusaha untuk membawa detik-detik terbaik Sukan SEA 2019 kepada penonton dengan TV terbaik dalam kelasnya."

Sepanjang Sukan SEA 2019, peminat dan atlet digalakkan untuk melawat ke Zon Peminat SKYWORTH untuk menikmati permainan langsung yang menarik. Untuk memperluaskan keseronokan permainan, cabutan bertuah bertema Sukan SEA khusus di kedai luar talian SKYWORTH sebagai tanda penghargaan bagi peminat.

Latar Belakang SKYWORTH

SKYWORTH GROUP (HKG: 00751) merupakan pembekal terkemuka penyelesaian teknologi yang canggih dan mampu milik. Ia bernilai lebih daripada US $19 bilion dan menggaji lebih daripada 40,000 orang di seluruh dunia (setakat 1 Mac 2019). Beribu pejabat di Shenzhen, "Silicon Valley" China, SKYWORTH menawarkan elektronik pengguna, peranti paparan, kotak set atas digital, monitor keselamatan, komunikasi rangkaian, semi konduktor, peti sejuk, mesin basuh, telefon bimbit dan lampu LED. Ditubuhkan pada tahun 1988, ia kini merupakan salah satu daripada jenama TV Warna Lima Terkemuka di dunia dan jenama terkemuka dalam pasaran industri paparan Cina. Ia juga merupakan penyedia global Tiga Teratas di platform TV Android.

Hubungan Media

SKYWORTH
Lydia Xie
Telefon: +86 185 2036 0310 
Emel: xielidi@skyworth.co 

BCW for SKYWORTH

Belyndia Wang

Telefon: +852 2963 6787

Emel: skyworth@bcw-global.com 

Photo - https://photos.prnasia.com/prnh/20191202/2656973-1?lang=0

Source: SKYWORTH
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Sporting Events Sports Television Licensing/marketing agreements