omniture

450 Pasukan dari 60 Negara Ambil Bahagian dalam Pertandingan Robotik MakeX 2019, Jadikannya Pertandingan STEAM 3 Terbaik Dunia

Makeblock
2019-12-03 13:50 607

GUANGZHOU, China, 3 Disember 2019 /PRNewswire/ -- Kejohanan Dunia Pertandingan Robotik MakeX Makeblock 2019 bermula di Guangzhou Asian Games Town Gymnasium. Mulai 29 November - 1 Disember, sebanyak 450 pasukan dari 60 buah negara, iaitu 2,500 guru dan pelajar, berjuang dengan robot mereka untuk memenangi himpunan bonus akhir sebanyak lebih $70,000, memecah rekod negara-negara yang mengambil bahagian dengan tiga kali ganda lebih banyak daripada tahun 2018. Kini, MakeX menjadi pertandingan STEAM 3 Terbaik di seluruh dunia.

Poster rasmi Pertandingan Robotik MakeX
Poster rasmi Pertandingan Robotik MakeX

Ketahui lebih lanjut tentang Pertandingan Robotik MakeX di http://bit.ly/35L9kOu

Program pertandingan MakeX Musim 2020 dilancarkan semasa upacara perasmian. Tema musim 2020 ialah Visi Masa Depan (Future Vision) dan pertandingan berkenaan akan dibahagikan kepada lima program mengikut kumpulan umur. Program-program tersebut ialah MakeX Inspire; MakeX Spark-Future Home; MakeX Starter-Smart Links; MakeX Challenge-Intelligent innovator; dan MakeX Premier-Ultimate Warrior. Program serba baharu MakeX Inspire akan menyasarkan kanak-kanak berumur antara 4-7 tahun manakala MakeX Premier akan mencakupi mahasiswa universiti ke dalam sistem tersebut.

Sepanjang tahun lalu, Pertandingan Robotik MakeX telah tersebar ke 6 benua menerusi 60 buah negara dan 150 buah bandar, menarik minat lebih 10,000 pasukan untuk mendaftar bagi menyertai pertandingan tersebut. Peringkat Akhir menerima pakai persekitaran bertema AI di stadium berkeluasan 30,000 m2 manakala kawasan AI Carnival di luar stadium tersebut merupakan satu lagi tempat menarik yang mana peminat-peminat teknologi boleh berlengah-lengah di sekitarnya selama berjam-jam.

Seorang peserta Vietnam, selepas berhari-hari belajar dan menjalani latihan, mula menyedari kualiti-kualiti yang bagus dalam kalangan rakan sepasukan. "Meskipun kami masih mempunyai pandangan yang berbeza, kami sentiasa mendengar antara satu sama lain untuk menjadikannya lebih baik." Seperti mana yang dinyatakan oleh peserta Chile, "Kami ketawa, kami belajar, kami berasa tertekan dan akhirnya kami dapat berseronok!"

Melalui 3 tahun pertumbuhan eksponen, Pertandingan Robotik MakeX menjadi platform rentas-budaya yang terkenal di peringkat antarabangsa yang membolehkan peserta bertukar-tukar idea, teknologi canggih, berkomunikasi melalui pertandingan dan kerja berpasukan dan membina daya kreativiti. MakeX akan mengekalkan momentumnya untuk berkembang bagi menyediakan pentas yang lebih besar untuk lebih ramai peserta global pada tahun-tahun akan datang.

Latar Belakang Pertandingan Robotik MakeX

MakeX ialah sebuah platform pertandingan antarabangsa untuk acara-acara robotik yang bertujuan untuk merangsang minat orang awam bagi mencipta, meneroka dan berkongsi melalui acara-acara seperti Pertandingan Robotik, Karnival STEAM dan sebagainya. Berasal dari China, MakeX komited untuk menggalakkan pendidikan STEAM, budaya pertandingan robotik dan menarik minat golongan remaja di seluruh dunia untuk mengambil bahagian dalam pertandingan ini.

Laman Sesawang: www.makex.io/

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191202/2657622-1?lang=0

Source: Makeblock
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)