omniture

Vivo NEX 3, Alat Permainan Terulung di PUBG MOBILE Club Open 2019 Fall Split Global Finals

NEX 3 bawakan Multi-Turbo Engine dan Turbo Mode utama yang memperkasa pemain untuk menang pertempuran
Vivo
2019-12-04 01:07 278

KUALA LUMPUR, Malaysia, 4 Disember 2019 /PRNewswire/ -- Vivo, penaja tajuk rasmi untuk PUBG MOBILE Club Open 2019 Fall Split Global Finals, memperkasa pemain semasa pertandingan yang diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia mulai 29 November hingga 1 Disember 2019. Kali ini, syarikat teknologi terkemuka ini menampilkan telefon pintar berprestasi tingginya - NEX 3 menyediakan permainan lancar yang memperkasa 16 pasukan terbaik tatkala mereka bersaing untuk merebut peluang memenangi himpunan hadiah keseluruhan berjumlah USD 2.5 juta.

NEX 3 ialah penambahan terkini kepada siri NEX unggulan premium vivo dan direka untuk memperlihatkan dedikasi jenama berkenaan terhadap reka bentuk dan teknologi inovatif, yang meningkatkan prestasi pemain walaupun semasa permainan mudah alih yang paling sengit. NEX 3 membawakan ciri-ciri pengoptimuman dan penaiktarafan permainan terkini bagi memperkasa pemain-pemain.

vivo was the official title sponsor for the PUBG MOBILE Club Open 2019 Fall Split Global Finals
vivo was the official title sponsor for the PUBG MOBILE Club Open 2019 Fall Split Global Finals

Ciri-ciri Permainan Direka untuk Perkasa Pemain Raih Kemenangan Utama    

NEX 3 menyediakan ciri-ciri permainan yang dinaik taraf melalui fungsi-fungsi berkuasa seperti Multi-Turbo Engine, yang menggabungkan Game Turbo, Center Turbo, Cooling Turbo dan AI Turbo untuk membawakan pemain dengan pengalaman permainan yang benar-benar imersif.

NEX 3 mempunyai Turbo Mode, yang disesuaikan khusus untuk PUBG MOBILE. Apabila fungsinya dihidupkan, ia memaparkan ciri-ciri pengoptimuman yang menyokong HDR + ekstrem dan memberi kadar bingkai stabil yang tinggi. Ini juga merupakan ciri eksklusif yang terhasil daripada perkongsian antara vivo dan PUBG MOBILE Club Open 2019.

Telefon berkenaan juga mempunyai Ultra Game Mode, yang mematikan mesej dan amaran, membolehkan pemain memberi sepenuh tumpuan untuk menang.

Pemasangan Kamera Tigaan untuk Tontonan Mudah Alih Rintis dan Pengalaman Foto Premium

Selain daripada ciri-ciri permainan yang mengagumkan, NEX 3 turut memenuhi impian kurang-bezel dengan Waterfall FullView™ Display tanpa-takuk dan nisbah skrin-kepada-badan 99.6%. Ini dapat memberi pengalaman tontonan yang lebih baik kepada pemain.

NEX 3 melenturkan keunggulannya dalam fotografi dengan Kamera Utama 64MP, yang didatangkan dengan Kamera Sudut-Luas 13MP dan Kamera Teleskopik 13MP. Ciri kamera yang mengagumkan ini memastikan foto-foto standard kejelasan HD boleh diambil dengan mudah.

64MP Main Camera, which comes with a 13MP Wide-Angle Camera and a 13MP Telescopic Camera
64MP Main Camera, which comes with a 13MP Wide-Angle Camera and a 13MP Telescopic Camera

Dwirangkaian isyarat Wi-Fi Berikan Pengalaman Permainan Lebih Lancar

Dwiteknologi Pemecutan WLAN dalam NEX 3 menggunakan dwirangkaian isyarat WiFi secara serentak untuk meningkatkan kelajuan rangkaian, menawarkan prestasi yang lebih lancar tanpa ketaran atau lengahan. Hal ini penting untuk pemain, terutamanya apabila bermain PUBG Mobile.

NEX 3 menghubungkan WiFi 2.4GHz dan 5GHz dan menggunakan algoritma canggih bagi menilai status rangkaian dengan pintar demi mengurangkan lengahan rangkaian mudah alih dan meningkatkan kelajuan muat turun. Apabila dwiteknologi Pemecutan WLAN didayakan, ia memberi persekitaran permainan yang bertambah baik dengan ketara.

Dual Wi-Fi signal networks
Dual Wi-Fi signal networks

Perkakasan Berkuasa untuk Sokong Pengalaman Mudah Alih

NEX 3 meningkatkan kelajuan muat turun sehingga 1500+Mbps dan kelajuan muat naik sehingga 140+Mbps. Menurut ujian makmal, purata penurunan kependaman ialah 25% yang membolehkan pengalaman permainan yang lebih lancar.

Dikuasakan oleh Snapdragon 855 Plus dan ingatan kilat berkelajuan tinggi UFS 3.0, NEX 3 menyediakan prestasi pengkomputeran yang terbaik dalam rangkaiannya, keupayaan multitugas lancar yang dapat meningkatkan kelajuan membaca dan menulis sehingga 79% melalui UFS2.1. NEX 3 turut dilengkapi dengan storan 8GB+256GB.

NEX 3 didatangkan dengan bateri 4500mAh dan menyokong 22.5W Vivo FlashCharge serta teknologi penjimatan kuasa C-DRX yang meningkatkan hayat bateri keseluruhan peranti berkenaan dengan ketara dan membolehkan pengguna untuk mengecas semula dalam masa yang singkat.

Pautan imej beresolusi tinggi: https://edelmanftp.boxcn.net/s/v636nwte4pg8d5y8x70v10i6w5w9vw19

Latar Belakang vivo

vivo ialah sebuah syarikat teknologi global terkemuka yang komited untuk mencipta produk dan perkhidmatan mudah alih pintar penetap trend. vivo berdedikasi untuk mewujudkan ekosistem internet mudah alih yang rancak dan kini memiliki serta mengendalikan rangkaian luas operasi penyelidikan, menerusi pusat-pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) di San Diego, Shenzhen, Nanjing, Beijing, Hangzhou dan Taipei. Pusat-pusat ini menumpu pada pembangunan teknologi pengguna termaju termasuk 5G, AI, fotografi mudah alih dan reka bentuk telefon pintar generasi akan datang. vivo juga menubuhkan 5 tapak pengeluaran di seluruh dunia merentas China, Asia Selatan dan Asia Tenggara.

vivo mempunyai lebih dua ratus juta pengguna yang menikmati produk dan perkhidmatan mudah alihnya di seluruh dunia. vivo mempunyai kedai-kedai jualan luar talian di lebih 1,000 buah bandar serata dunia.

LATAR BELAKANG PUBG MOBILE 

PUBG MOBILE adalah berdasarkan PLAYERUNKNOWN'S BATTLEGROUNDS, fenomena yang serta merta menjadi amat popular dalam dunia hiburan interaktif pada tahun 2017. Sehingga 100 pemain terbang dengan payung terjun ke pulau terpencil untuk bertarung dalam pertembungan bagi menentukan pemenang keseluruhan. Pemain-pemain perlu mencari dan mengumpul senjata, kenderaan dan bekalan mereka sendiri serta menewaskan setiap pemain dalam medan pertempuran yang beraneka visual dan taktikal yang memaksa pemain memasuki zon bermain yang mengecil.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi akaun PUBG MOBILE di Facebook, Twitter dan YouTube.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191202/2657719-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191202/2657719-1-b?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191202/2657719-1-c?lang=0

 

Source: Vivo
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Electronic Components Telecommunications Wireless Communications Licensing/marketing agreements