omniture

Lereng Luncur Salji Peribadi di Gunung Ganang Salji Jepun Mengagumkan! Pembukaan Musim Ski 2019-2020 LOTTE Arai Resort

LOTTE HOTELS & RESORTS
2019-12-04 06:00 502

SEOUL, Korea Selatan, 4 Disember 2019 /PRNewswire/ -- Buat pemain ski yang masih belum memutuskan destinasi tujuan semasa musim ski ini, LOTTE Arai Resort, ialah syurga pemain ski di Jepun.

LOTTE ARAI RESORT
LOTTE ARAI RESORT

Dikendalikan oleh LOTTE HOTELS & RESORTS, LOTTE Arai Resort akan membuka musim ski 2019-2020 pada 14 Disember 2019. Sejak ia siap pada Disember 2017 di Bandar Raya Myoko, LOTTE Arai Resort telah menjadi tuan rumah kepada FIS Cup 2020 oleh International Ski Federation (FIS), Freeride World Qualifier (FWQ) dan Snowboard Masters (SBM) selama tiga tahun berturut-turut. LOTTE Arai Resort disenaraikan di tempat pertama dalam 4 kategori bagi Ski Asia Awards 2019 termasuk 'Pusat Peranginan Ski Terbaik Jepun'. Lebih 50,000 pemain ski mengunjungi pusat peranginan tersebut pada musim lalu, membuktikan bahawa ia merupakan pusat peranginan pengembaraan premium Asia.

Para pengunjung boleh berjalan dengan mudah antara hotel dan lereng luncur salji lantaran Ski-In, Ski-Out Resort. Pusat peranginan ini mempunyai kawasan ski seluas lebih 6 batu persegi. Lereng luncur salji terpanjangnya ialah 3.2 batu panjang. Lima belas laluan pusat peranginan ini direka untuk menyediakan tahap kesukaran yang berbeza, bagi membolehkan pemula mahupun pemain profesional menikmati aktiviti luncur salji. Pusat peranginan ini juga merupakan tempat yang sangat baik untuk luncur salji pedalaman, memandangkan 80% daripada gunung diliputi dengan salji yang tidak mampat. LOTTE Arai Resort mengurus English Snowsports School. Para pengunjung boleh menyertai kelas yang diajar oleh bekas ahli pasukan ski kebangsaan Australia. Kecemerlangan sekolah ini diperakui apabila Ski Asia menggelarnya sebagai 'sekolah Sukan Salji (Snowsports) terbaik Jepun'.

Hoshizora Outdoor Hot Spring pusat peranginan ini menawarkan syurga istirahat yang tenang. Air panas mata air diambil dari 5,740 kaki bawah tanah. SPA MANNA, kemudahan baharu yang dijangka dibuka pada musim ini akan memperkenalkan program yang menggabungkan forest bath, yoga, Pilate dan kuasa penyembuhan daripada lanskap alam semula jadi di kawasan sekitar. Spa, kolam renang dan 12 lokasi makanan dan minuman juga dapat dinikmati.

Bagi meraikan pembukaan musim ski ketiga, pakej Ski Mania istimewa akan ditawarkan mulai 21 Disember 2019 hingga 15 Mac 2020. Pakej ini mengandungi penginapan satu malam, pas satu hari untuk kerusi gantung (ski lift) dewasa dan kemasukan percuma ke Hoshizora Hot Spring. Pakej ini akan disediakan pada harga 24,000 yen Jepun setiap orang (berserta VAT), yang bersamaan dengan diskaun 20% daripada tiket individu.

* Tempahan: LOTTE Arai Resort (www.lottehotel.com/arai-resort/en.html)  

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191129/2656960-1?lang=0

Source: LOTTE HOTELS & RESORTS
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Sports Travel New products/services Outdoors/Camping/Hiking