omniture

Xinhua Silk Road: Haier memperkenalkan perkakas rumah pintar kepada pelanggan Pakistan

Xinhua Silk Road Information Service
2019-12-05 06:48 407

BEIJING, 5 Disember 2019 /PRNewswire/ -- Haier, syarikat besar produk perkakasan rumah dari China  melancarkan kempen servis percuma di tapak di kedai rumah pintarnya di Lahore pada November 16. Para pelanggan yang melawat kedai ini pada hari berkenaan boleh mendapatkan perkhidmatan Haier percuma di tapak.

Rumah Pintar Haier yang seluas 230 meter persegi, telah mula beroperasi pada bulan April dan ia merupakan satu-satunya kedai pintar daripada Haier di Pakistan. Selain daripada memaparkan perkasasan pintar atasan, kedai ini juga menunjukkan senario interaktif seperti dapur pintar dan ruang tamu pintar.

Dengan membangunkan Rumah Pintar, Haier meletakkan matlamat untuk membuatkan kehidupan pelanggan Pakistan lebih pintar dan lebih bagus melalui interaksi manusia dan mesin, menurut Abdul Wahid, pengurus Rumah Pintar Haier.

Haier Pakistan (Pvt) Limited (Haier Pakistan) telah memulakan transformasi dalam perniagaan perkakasan rumah pintar pada 2018. Setakat ini, ia telah melancarkan produk pintar termasuklah penghawa dingin pintar dan TV pintar dan mencapai kecemerlangan dalam penjenamaan dan produk dengan perkongsian saham sebanyak 30 peratus dalam pasaran perkakasan rumah Pakistan, ujar Shah Faisal Afridi, pengarah syarikat tersebut.

Haier Pakistan akan membangunkan empat lagi Rumah Pintar Haier di Pakistan dan menaiktarafkan 300 pusat perkhidmatan pintar Haier pada 2020 bagi menyajikan lebih banyak pengalaman pintar yang unik kepada pelanggan, menurut Zhou Jianying, ketua hal pemasaran Haier Pakistan.

Haier adalah salah sebuah jenama perkakasan rumah dari China yang pertama memasuki pasaran Pakistan dan ia membina kilang pertamanya pada 2001. Sejak itu, Haier telah melaburkan sebanyak 500 juta dolar AS di Pakistan, dengan mengeluarkan dan menjual sebanyak 10 juta unit produk, dan menawarkan lebih 10,000 pekerjaan setiap tahun bagi penduduk Pakistan. Haier telah menjadi jenama No.1 bagi pasaran perkakasan rumah di Pakistan, kata Afridi.

Beliau menambah yang Haier Pakistan berhasrat untuk mencapai lebih daripada kejayaan perniagaan, mereka berusaha untuk menaikkan dan mengembangkan industri perkakasan rumah di Pakistan. Sebagai contoh, Haier telah mempromosikan penggunaan teknologi mesra alam di rumah-rumah Pakistan, juga dalam pada masa yang sama memperkenalkan mod pengurusannya yang telah banyak membantu meningkatkan tahap pengurusan keseluruhan dalam industri tempatan.

Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/309715.html

Source: Xinhua Silk Road Information Service
Keywords: Household Products Household/Consumer/Cosmetics HVAC Retail