omniture

Huawei dan PCL Bina Cloud Brain II, Memulakan Lembaran Baharu untuk Kluster AI pada Skala 1000 PFLOPS

Huawei
2019-12-05 07:02 458

PCL Pilih Kluster AI Atlas 900 Huawei, Bersiap Sedia untuk Peningkatan Industri Perkomputeran Kunpeng

SHENZHEN, China, 5 Disember 2019 /PRNewswire/ -- Pada 29 November 2019, Huawei dan Peng Cheng Laboratory (PCL) secara usaha sama mengeluarkan Cloud Brain II Fasa 1 Peng Cheng, dengan rasminya melancarkan perjalanan ke arah kluster AI pada skala 1000 petaFLOPS (PFLOPS). Ini menandakan peristiwa penting baharu dalam bidang penyelidikan saintifik untuk industri perkomputeran Kunpeng. Beroperasi di dasar Cloud Brain II ialah kluster AI Huawei Atlas 900, dikuasakan oleh pemproses Huawei Kunpeng dan Ascend. Atlas 900 membenam kuasa perkomputeran mantap ke dalam Cloud Brain II, menyokong penyelidikan dan penerokaan asas dalam bidang AI, seperti penglihatan komputer, bahasa asli, pemanduan berautonomi, pengangkutan pintar dan penjagaan kesihatan pintar. Kuasa perkomputeran Peng Cheng Cloud Brain pada masa ini ialah pada kadar 100 PFLOPS, dirancang untuk diskalakan kepada 1000 PFLOPS dan lebih tinggi tahun depan.

Hou Jinlong (kiri), Naib Presiden Kanan Huawei, dan Presiden Produk dan Perkhidmatan Awan dan AI Huawei dan Goa Wen (Kanan), Pengarah Peng Cheng Lab, pada upacara pelancaran
Hou Jinlong (kiri), Naib Presiden Kanan Huawei, dan Presiden Produk dan Perkhidmatan Awan dan AI Huawei dan Goa Wen (Kanan), Pengarah Peng Cheng Lab, pada upacara pelancaran

"September ini, Huawei memulakan strategi perkomputeran enjin duaan Kunpeng + Ascend. Diinspirasikan oleh strategi ini, kami komited untuk menyediakan kuasa perkomputeran paling maju kepada dunia. Kami juga mengeluarkan Atlas 900, kluster latihan AI terpantas di dunia," kata Hou Jinlong, Naib Presiden Kanan Huawei, dan Presiden Produk dan Perkhidmatan Awan & AI Huawei.

"Hari ini, kami berbangga untuk menyaksikan Atlas 900 dipilih untuk projek Peng Cheng Cloud Brain II. Atlas 900 meletakkan asas untuk Cloud Brain II. Cloud Brain II merupakan platform penyelidikan AI terkemuka industri. PCL telah membawa bersama-sama ramai ahli akademik dan bakat penyelidikan AI. Huawei akan menyertai PCL dalam mempelopori barisan depan penyelidikan saintifik untuk dunia pintar," tambah Hou.

Hou juga berkata, "Waktu ini kami sedang membina Cloud Brain II Fasa 1. Saya percaya, dengan usaha sama kami, ini akan membuka jalan ke arah penskalaan Cloud Brain II pada kadar 1000 PFLOPS tidak lama lagi. Kami yakin Cloud Brain II akan menjadi platform penyelidikan AI terkemuka dunia."

Michael Ma, Presiden Jabatan Perniagaan Perkomputeran Pintar Huawei, berkata, "Huawei membina platform perkomputeran AI Atlas berdasarkan pemproses Ascend, menyediakan portfolio meluas seperti modul, kad, stesen tepi, pelayan AI dan kluster. Infrastruktur AI semua senario kami meliputi peranti tepi awan, menyokong inferens talian paip penuh dan latihan untuk pembelajaran mendalam."

"Produk Atlas utama kami, Atlas 900, tegak berdiri sebagai puncak perkomputeran AI di peringkat dunia. Gabungan Atlas 900 dan Cloud Brain II akan memulakan lembaran baharu untuk kluster AI pada skala 1000 PFLOPS dan membuka kunci kuasa perkomputeran luar biasa untuk memacu transformasi pintar merentas industri," kata Ma.

Michael Ma, Presiden Jabatan Perniagaan Perkomputeran Huawei, memperkenalkan Atlas 900
Michael Ma, Presiden Jabatan Perniagaan Perkomputeran Huawei, memperkenalkan Atlas 900

Peng Cheng Cloud Brain merupakan kemudahan teknologi utama dalam bidang AI. Kemudahan ini merupakan platform penyelidikan asas untuk meneroka sempadan teknologi AI. Pada masa ini platform ini berbangga dengan kuasa perkomputeran AI pada kadar 100 PFLOPS, dan dijangka mencapai skala 1000 PFLOPS dalam projek Cloud Brain II tahun depan.

Cloud Brain II dibangunkan secara usaha sama oleh PCL dan Huawei. Beroperasi menggunakan pemproses Kunpeng dan Ascend, kluster AI Atlas 900 menyediakan kuasa perkomputeran bermutu tinggi. PCL membangunkan teknologi Cloud Brain pada 1000 PFLOPS.

Kluster AI Atlas 900 telah mewarisi kepakaran teknologi Huawei selama lebih satu dekad. Terdiri daripada ribuan pemproses AI Ascend 910, Atlas 900 selesai menjalani latihan model klasifikasi imej ResNet dalam masa 59.8s, 10 saat lebih cepat daripada rekod dunia terdahulu pada ketepatan yang sama. Keupayaan perkomputeran penuh berkuasa Atlas 900 membawakan kelainan dalam penyelidikan saintifik dan inovasi teknologi, seperti penerokaan astronomi, ramalan cuaca, pemanduan berautonomi dan penerokaan minyak. Sorotan Atlas 900:

  • Perkomputeran penuh berkuasa: Menggabungkan ribuan pemproses AI Ascend 910, Atlas 900 menghasilkan 256–1024 PFLOPS pada separuh ketepatan (FP16), menyamai kuasa perkomputeran 500,000 komputer peribadi. Reka bentuk SoC menyepadukan perkomputeran AI, perkomputeran gunaan am, dan kefungsian I/O untuk menambah baik kecekapan latihan dengan berkesan.
  • Rangkaian kluster berkelajuan tinggi: Atlas 900 menyokong tiga jenis antara muka rangkaian berkelajuan tinggi: Sistem Koherens Cache Huawei (HCCS), PCIe 4.0, dan RoCE 100G, mengurangkan kependaman penyegerakan gradien sebanyak 10% hingga 70% untuk perubahan besar dalam kecekapan latihan model. Atlas 900 memanfaatkan algoritma pertukaran pintar iLossless yang inovatif untuk membolehkan pembelajaran masa nyata dan latihan trafik seluruh rangkaian, mencapai kehilangan paket sifar dan kependaman hujung ke hujung dalam masa mikrosaat.
  • Lesapan haba paling maju: Atlas 900 menggunakan sistem adiabatik terkandung tahap kabinet, mencapai nisbah penyejukan cecair melebihi 95% dan keberkesanan penggunaan kuasa sistem (PUE) kurang daripada 1.1 (PUE ideal ialah 1.0).

Sehingga kini, berasaskan pemproses AI Ascend 910 dan 310, Huawei telah melancarkan kluster AI Atlas 900, pelayan AI Atlas 800, stesen pinggir AI Atlas 500, kad pemacuan AI Atlas 300, dan modul pemacuan AI Atlas 200. Portfolio Atlas yang holistik menyediakan perkomputeran penuh berkuasa untuk latihan dan inferens dalam semua senario merentas peranti pinggir awan.

Pada masa depan, Huawei akan terus meningkatkan pelaburan dan inovasi dalam infrastruktur seperti pemproses, sistem operasi dan pangkalan data untuk industri perkomputeran Kunpeng, dan menyediakan perkomputeran AI untuk Peng Cheng Cloud Brain, membawa bersama teknologi AI dengan lebih pantas menuju realiti bagi skop aplikasi lebih meluas.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191203/2659308-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191203/2659308-1-b?lang=0

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics New products/services