omniture

Pertamina Bersedia Menjuarai Masa Depan

PT Pertamina (Persero)
2019-12-05 09:16 387

JAKARTA, Indonesia, 5 Disember 2019 /PRNewswire/ -- Acara tenaga terbesar, Forum Tenaga Pertamina 2019 (PEF 2019), telah berakhir pada Rabu (27/11) dan mempamerkan perbincangan penuh berwawasan oleh beberapa penggiat industri.

Sepanjang PEF 2019, PT Pertamina (Persero) menekankan bahawa syarikat ini akan terus menyesuaikan diri dengan perkembangan terbaru untuk menjadi juara masa depan.

Membawakan tema "Faktor Pemacu: Perkara yang Akan Membentuk Masa Depan Perniagaan Tenaga", PEF tahun ini memperincikan secara halus transisi daripada tenaga berasaskan fosil kepada tenaga lebih mesra alam dan lestari.

"Kita memerlukan transisi daripada tenaga bahan api fosil kepada tenaga bersih dan melaksanakan perjanjian iklim sementara memfokuskan kepada pertumbuhan ekonomi dan pembasmian kemiskinan menerusi tenaga mampu milik," kata Nicke Widyawati, Pengarah Presiden PT Pertamina (Persero).

Oleh sebab ini, Nicke menyatakan bahawa sekurang-kurangnya terdapat lima tugas yang mesti dilaksanakan oleh Pertamina, seperti ketersediaan melalui pembinaan penapisan dan membuat penerokaan; menambah baik sambungan; memastikan kecekapan teknologi; memanjangkan kemampuan; dan bertukar kepada tenaga boleh diperbaharui.

Pada acara ini, panelis yang memiliki reputasi baik menyorot kepentingan transisi tenaga sebagai antara gangguan yang tidak mampu disekat dalam industri tenaga.

"Transisi tenaga sedang berlaku dan tidak boleh disekat di samping perubahan daripada bahan api fosil ke arah tenaga bersih yang boleh diperbaharui," kata Dharmawan H Samsu, Pengarah Huluan Pertamina dalam ucapan penutupnya.

Berdasarkan fakta ini, menurut Dharmawan, Pertamina terus menyesuaikan diri dalam membuat transisi tenaga.  Pertamina akan terus menyambung dialog yang relevan dengan kerajaan dan semua pemegang taruh.

"Pertamina terus menyesuaikan diri dengan perkembangan baharu untuk menjadi juara masa depan," katanya.

Dharmawan menambah Pertamina sepenuhnya komited untuk menjadi syarikat tenaga kelas pertama yang berdaya saing, mencapai sasaran yang dimandatkan oleh kerajaan dan muncul sebagai 100 teratas dalam Global 500 Fortune menjelang 2026.

PEF 2019 merupakan acara tenaga paling ditunggu-tunggu. Acara ini dihadiri oleh lebih daripada 750 ahli delegasi dan beberapa orang pakar tenaga sebagai panelis. PEF 2019 menampilkan lima panel selama dua hari dengan perbincangan yang terdiri daripada trend pasaran, polisi, pembangunan teknologi tenaga baharu dan boleh diperbaharui.

Pada hari pertama, panel pertama meneroka topik "Trend Global: Apakah yang Memacu Revolusi Tenaga?," sementara panel kedua bercakap mengenai "Jalan Menuju Tenaga Hijau". Hari pertama diakhiri dengan panel ketiga yang membicarakan "Kemajuan Teknologi & Pendigitan".

Pada hari kedua, acara ini menyorot panel keempat yang memfokuskan tentang "Trend Pasaran & Sikap Pengguna." PEF 2019 berakhir dengan panel terakhir memperincikan "Strategi untuk Transisi Tenaga".

Source: PT Pertamina (Persero)
Keywords: Oil/Energy Utilities Trade show news