omniture

J&T Express tingkatkan keupayaan dan perkhidmatan melalui HUAWEI CLOUD

HUAWEI CLOUD
2019-12-06 12:33 390

Perkhidmatan HUAWEI CLOUD membolehkan J&T Express mengoptimumkan seni bina IT rentas sempadannya

JAKARTA, Indonesia, 6 Disember 2019 /PRNewswire/ -- Dengan populasi ketiga terbesar di dunia, Asia Tenggara ialah pasaran yang sedang meningkat maju untuk e-dagang – dengan beratus-ratus juta orang di seluruh rantau ini telahpun membeli belah secara dalam talian[1]. Dapatan terkini menunjukkan bahawa Asia Tenggara akan menyaksikan pertumbuhan dua angka dalam perbelanjaan e-dagang sepanjang dekad akan datang, dipacu oleh lebih ramai pengguna internet, pemahaman yang lebih baik tentang membeli belah dalam talian dan kuasa perbelanjaan pengguna yang lebih besar[2]. Sebuah syarikat yang telah mengambil kesempatan daripada pertumbuhan e-dagang di rantau ini ialah J&T Express.

Tawaran khidmat pelanggan tiada tandingan 

Menerusi komitmen teguhnya kepada pelanggannya dan penggunaan teknologi yang inovatif, J&T Express ialah sebuah syarikat penghantaran ekspres yang telah melonjak ke puncak industri penghantaran e-dagang di Asia Tenggara hanya dalam masa empat tahun. Sekiranya ia ingin kekal menjadi nombor satu, J&T Express sedia maklum bahawa ia perlu terus memacu penambahbaikan dalam perkhidmatannya yang tiada tandingan dan atas sebab inilah ia memanfaatkan liputan awan global Huawei bagi mengoptimumkan seni bina IT transnasionalnya dan menggunakan perkhidmatan pada awan.

J&T Express menyedari bahawa bagi melepasi isu-isu ini dan benar-benar menyediakan perkhidmatan terbaik buat pelanggan mereka, mereka perlu mencari rakan kongsi yang dapat menyediakan perkhidmatan yang dapat membantu melonjakkan mereka ke peringkat seterusnya. Jalinan kerjasama dengan HUAWEI CLOUD telah membolehkan J&T Express untuk berbuat demikian, memacu penambahbaikan penting dalam kecekapan operasi dan juga khidmat pelanggan.

Fokus pada inovasi teknologi untuk dorong pengalaman dan kesetiaan pelanggan 

Perkhidmatan HUAWEI CLOUD membolehkan J&T Express untuk mengoptimumkan seni bina IT rentas sempadannya, menggunakan pelbagai perkhidmatan serta mempercepatkan pengembangan pasaran. Huawei telah menyediakan J&T Express dengan sokongan prajualan yang profesional serta cekap dan sentiasa bersedia untuk memberi respons kepada isu-isu. Sistem J&T Express digunakan pada HUAWEI CLOUD di Singapura, namun ia boleh diakses dari seluruh dunia. Di negara-negara dengan muatan perkhidmatan yang berat, perkhidmatan HUAWEI CLOUD Connect digunakan bagi menjamin akses semasa waktu puncak.

"J&T Express ialah syarikat ekspres terkemuka di Asia Tenggara. Rangkaiannya mencakupi tujuh buah negara di Asia Tenggara dan perniagaannya terus berkembang dengan pesat. Sebagai penyedia perkhidmatan awan global yang terkemuka, HUAWEI CLOUD menyediakan produk perkhidmatan dan penyelesaian untuk perusahaan di seluruh dunia. Melalui jalinan kerjasama dengan HUAWEI CLOUD, J&T Express menerima infrastruktur awan yang stabil dan andal serta perkhidmatan data raya. Kami turut menghargai perkhidmatan bertumpu pelanggan Huawei. Perkhidmatan dan sokongan penyetempatan mereka yang tepat pada masanya dan andal merupakan salah satu sebab utama kami memilih HUAWEI CLOUD," kata Gao Zhiqiang, dari J&T Express.

HUAWEI CLOUD menawarkan pelbagai manfaat buat pelanggan. Kepentingan utama buat J&T Express ialah meningkatkan pengurusan IT rentas negaranya. Penggunaan berasaskan awan bersama Huawei membolehkan sistem yang dioptimumkan dan lebih teratur merangkumi tujuh buah negara di tempat J&T Express beroperasi. Seni binanya dioptimumkan untuk pelancaran yang lebih pantas - pelancaran yang dahulunya mengambil masa dua bulan kini boleh dilakukan dalam tujuh hari.

Satu lagi manfaatnya ialah kos perkakasan serta operasi dan penyelenggaraan yang dikurangkan. Sebelum bekerjasama dengan Huawei, J&T Express pernah menggunakan pelayan dalam setiap satu daripada tujuh pasarannya. Kini, pelayan berkenaan telah digantikan dengan mesin maya yang digunakan secara terpusat, yang dapat mengurangkan kos modal dan juga operasi.

Sokongan teknikal merupakan satu lagi unsur kejayaan yang penting untuk J&T Express. HUAWEI CLOUD menyediakan sokongan antarabangsa dan setempat, termasuk respons kecemasan. J&T Express mampu memanfaatkan pengalaman teknologi luas dan keupayaan perkhidmatan produk Huawei yang membolehkan perancangan dan sokongan yang mantap dalam fasa pembangunan yang pesat ini.

Masa depan cerah melalui awan 

J&T Express komited untuk meningkatkan kelajuan dan kualiti perkhidmatan penghantaran ekspres pengguna dengan terus memanfaatkan sistem pengurusan IT yang canggih. Syarikat memberi tumpuan untuk membantu pelanggannya berkembang maju dalam dunia e-dagang dengan membawakan perkhidmatan penghantarannya yang andal, cekap dan pantas ke seluruh negara. J&T Express telah menemui bahawa cara yang terbaik untuk mencapai matlamat perniagaan jangka panjangnya adalah melalui rakan kongsinya, HUAWEI CLOUD. Bakal terlaksana untuk J&T Express ialah satu kolaborasi bersama HUAWEI CLOUD dalam bidang kecerdasan buatan, menumpu pada analisis video, pengurusan kenderaan dan pengecaman wajah. Usaha yang inovatif ini akan menyokong matlamat J&T Express untuk menjadikan perniagaan dalam talian berkembang dan berjaya melalui inovasi berterusan dan khidmat pelanggan yang cemerlang.

https://intl.huaweicloud.com/en-us/cases/jt.html

 

Source: HUAWEI CLOUD
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Electronic Commerce Internet Technology Telecommunications Transportation Licensing/marketing agreements