omniture

SpaceChain Hantar Teknologi Rantaian Blok ke Stesen Angkasa Antarabangsa

SpaceChain
2019-12-06 12:38 455

Misi Majukan Visi SpaceChain Rangkaian Satelit Berasaskan Rantaian Blok Sumber Terbuka  

CAPE CANAVERAL, Florida, 6 Disember 2019 /PRNewswire/ -- SpaceChain mengumumkan bahawa teknologi dompet perkakasan rantaian bloknya sedang dalam perjalanan ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), menaiki roket SpaceX Falcon 9 sebagai sebahagian daripada misi perkhidmatan bekalan semula komersial CRS-19 hari ini. Ini merupakan demonstrasi teknologi pertama perkakasan rantaian blok di ISS dan ia akan dipasang pada platform komersial Nanoracks di Stesen. Hari ini merupakan muatan rantaian blok ketiga dilancarkan ke angkasa oleh SpaceChain sejak dua tahun lalu, memajukan visi SpaceChain terhadap buruj orbit terpencar untuk aplikasi teknologi kewangan dan perniagaan. Misi demonstrasi ISS ini dapat dijayakan melalui Nanoracks dan perjanjian Akta Angkasa mereka bersama NASA.

Sebaik sahaja diaktifkan, muatan tersebut akan menunjukkan penerimaan, pengesahan dan penghantaran semula transaksi rantaian blok, menghasilkan transaksi "multisig" yang memerlukan berbilang tandatangan (kelulusan) untuk disempurnakan, lalu meningkatkan tahap keselamatan operasi. Semua data akan dibawa naik ke satelit dan dibawa turun ke darat secara terus melalui platform komersial Nanoracks. Pelaksanaan SpaceChain menambah keterpencilan dan keselamatan infrastruktur angkasa kepada teknologi rantaian blok bagi meletakkan asas untuk generasi produk baharu yang dibina menerusi teknologi ini.

Peristiwa penting ini menekankan komitmen SpaceChain untuk menangani kebimbangan infrastruktur terpusat berasaskan darat, sambil mempercepatkan kemajuan teknologi, kolaborasi antarabangsa dan penerimaan angkasa-sebagai-satu-perkhidmatan untuk perniagaan moden.

Awal tahun ini, SpaceChain dianugerahkan pendanaan oleh European Space Agency (ESA) di bawah program Kick-start Activity, untuk membangunkan lagi dan mengenal pasti keadaan penggunaan komersial untuk teknologi rantaian blok satelitnya. Dengan menambah muatan berasaskan angkasa kepada rangkaian yang mantap, perniagaan akan berupaya untuk meningkatkan keselamatan penghantaran aset digital yang mudah terdedah kepada serangan siber dan penggodaman apabila dihoskan sepenuhnya pada pelayan daratan terpusat.

"Pelancaran muatan ketiga merupakan satu peristiwa penting bukan sahaja buat SpaceChain tetapi juga terhadap pembangunan Ekonomi Angkasa Baharu," kata Zee Zheng, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif SpaceChain. "Penyepaduan teknologi angkasa dan rantaian blok telah membuka kemungkinan serta peluang baharu dan kami amat teruja dengan prospek untuk bekerjasama erat dengan penyedia perkhidmatan kewangan serta pembangun teknologi kewangan, penyedia perkhidmatan IoT, institusi penyelidikan dan agensi angkasa dalam bulan-bulan akan datang untuk mempercepatkan lagi kemajuan dalam ekosistem berkenaan."

"Rantaian blok ialah pengubah utama yang seterusnya di angkasa," kata Jeff Garzik, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Teknologi SpaceChain. "SpaceChain menangani kerentanan keselamatan untuk sistem kewangan dan aset digital dalam ekonomi digital yang semakin berkembang. Dengan menyepadukan teknologi, paradigma baharu yang dahulunya di luar jangkauan kini boleh dihasilkan dan menambah unsur-unsur yang menarik dalam Ekonomi Angkasa Baharu."

SpaceChain menjangkakan ujian muatan ini akan diselesaikan pada awal tahun 2020.

Latar Belakang SpaceChain

Ditubuhkan pada tahun 2017, SpaceChain ialah platform angkasa berasaskan komuniti yang menggabungkan teknologi angkasa dan rantaian blok untuk membina rangkaian satelit berasaskan rantaian blok sumber terbuka yang pertama di dunia, bagi membolehkan pengguna untuk membangunkan dan menjalankan aplikasi di ruang angkasa.

Teknologi terpencar SpaceChain ialah pemangkin bagi pewujudan Ekonomi Angkasa Baharu, dengan menjadikan pembangunan aplikasi angkasa lebih mudah dan menjadikan angkasa lebih mudah diakses. Ia mendayakan inovasi untuk beberapa industri dan aplikasi pertamanya ialah teknologi berbilang tandatangan (multisig) berpangkalan di angkasa untuk perkhidmatan kewangan.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.spacechain.com.

Source: SpaceChain
Related Links:
Keywords: Aerospace/Defense Banking/Financial Service Computer/Electronics New products/services Blockchain Financial Technology