omniture

Xinhua Silk Road: Fblife adakan Perlumbaan Rali China-Thailand Pertama promosi budaya wira

Xinhua Silk Road Information Service
2019-12-07 02:47 437

BEIJING, 7 Disember 2019 /PRNewswire/ -- Fblife, platform kelab yang terkemuka China untuk peminat SUV domestik dan kenderaan luar jalan raya, mengadakan Perlumbaan Rali China-Thailand (CTRR) Pertama pada hari Ahad, di bandar raya Xingyi Qianxinan Bouyei dan Wilayah Autonomi Miao di wilayah Guizhou China.

CTRR pertama dilancarkan di Xingyi bertujuan untuk menyepadukan sumber sukan luar bergunung ganang unggul Xingyi dengan budaya wira positif Fblife, merupakan acara yang terkini untuk Fblife bagi menyampaikan minatnya terhadap kebajikan awam dan perlindungan terhadap alam sekitar, menurut Zhang Dai, pengerusi Sinocloud Centre Company dan Fblife.com yang berpangkalan di Beijing.

Sejak penubuhannya, Fblife telah mengumpul sejumlah besar ahli yang menyukai alam semula jadi dan sukan luar, mempunyai minat terhadap kebajikan awam dan aktif mengambil bahagian dalam usaha perlindungan terhadap alam sekitar, kebajikan awam dan bantuan bencana, kata Zhang Dai, pengerusi Sinocloud Centre Company dan Fblife.com yang berpangkalan di Beijing, di Majlis Pelepasan CTRR.

"Ahli-ahli Fblife menyampaikan kuasa kehidupan dan mempromosikan wira positif serta budaya kesihatan dengan minat yang tinggi," kata Zhang.

Menurut Zhang, Fblife telah membentuk banyak pasukan penyelamat Fblife apabila setiap bencana berlaku di China seperti misi menyelamat gempa bumi Wenchuan.

Fblife, bersama-sama Beijing Ci'ai Charity Foundation (CACF), turut menubuhkan dana awam pada September 2014, yang telah membiayai banyak projek amal termasuk pelbagai bentuk pertukaran budaya, pendidikan, bantuan bencana dan perlindungan alam sekitar.

CTRR menggamit perhatian lebih daripada 50 kumpulan kenderaan dari lebih 20 wilayah dan bandar seluruh negara yang akan bermula dari Xingyi, meninggalkan China melalui Pelabuhan Mohan di Xishuangbanna di wilayah Yunnan barat daya China dan melintasi Laos pada 3 Disember. Mereka kemudiannya akan menjelajah dari kawasan pergunungan di utara Thailand ke bandar pantai selatan. Seluruh perjalanan sejauh kira-kira 3,000 kilometer itu akan berlangsung selama 14 hari.

CTRR telah membuka lembaran baharu untuk pembangunan rali rentas negara di Guizhou, kata Zhang, berharap agar perlumbaan rali rentas negara ini akan melebarkan sayapnya dari dalam negara ini ke ASEAN, Afrika dan Eropah.

Lihat pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/309712.html

Source: Xinhua Silk Road Information Service
Keywords: Auto Sporting Events Sports Transportation Corporate Social Responsibility