SYDNEY, 7 Disember 2019 /PRNewswire/ -- Lima perusahaan Australia mendaftar untuk edisi Ekspo Import Antarabangsa China yang seterusnya semasa berlangsungnya jerayawara oleh Biro CIIE di Sydney, Australia pada 2 Disember lalu.
Komuniti perniagaan Australia berkata bahawa ia menanti-nantikan Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) tahun hadapan berikutan tamatnya edisi kedua pameran perdagangan di Shanghai bulan lalu.
Semasa jerayawara berkenaan, pempamer yang mengambil bahagian dalam CIIE tahun ini berkata bahawa acara tersebut memberikan peluang hebat kepada perniagaan Australia untuk meluaskan jejak mereka dalam pasaran Cina.
Antara mereka yang menghadiri jerayawara tersebut ialah Sun Chenghai, timbalan ketua pengarah Biro CIIE, yang menegaskan bahawa China dan Australia telah menikmati hubungan yang erat selama bertahun-tahun.
Sekitar 150 pempamer Australia mendaftar untuk ekspo import kedua, meningkat 30 peratus berbanding edisi sulung, sementara kawasan pameran juga meningkat sebanyak 40 peratus berbanding tahun sebelumnya, kata Sun.
Kylie Bell, pengarah eksekutif Jabatan Industri New South Wales, berkata bahawa separuh daripada pempamer Australia di CIIE kedua adalah dari New South Wales dan ekspo berkenaan menyediakan platform yang ideal untuk melanjutkan kerjasama ekonomi China-Australia.
Beliau turut berjanji untuk menyokong ekspo import ketiga dengan membawa lebih banyak perniagaan Australia.
CIIE telah menjadi jendela yang penting bagi menonjolkan hubungan ekonomi dan perdagangan yang erat antara China dan Australia, menurut Konsul Besar Cina di Sydney Gu Xiaojie.
Gu mengalu-alukan perusahaan Australia untuk mengambil bahagian dalam CIIE dan menyumbang bagi mengukuhkan hubungan dua hala antara China dan Australia.
Diadakan mulai 5 hingga 10 November, CIIE kedua menarik lebih 3,800 perusahaan dari 181 buah negara, wilayah dan organisasi antarabangsa dengan urus niaga yang dihasratkan untuk pembelian barangan serta perkhidmatan selama setahun melebihi $71.13 bilion, satu kenaikan mendadak berbanding tahun lalu.
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191205/2662146-1?lang=0