CHENGDU, China, 7 Disember 2019 /PRNewswire/ -- Pengunjung antarabangsa telah menjadi semakin terpesona dengan daya tarikan unik Chengdu, habitat semula jadi panda gergasi di wilayah Sichuan Barat Daya China dan terkenal dengan gaya hidupnya yang santai.
Lebih daripada 200 orang peserta, termasuk pempengaruh media sosial dan wakil daripada pertubuhan pelancongan dari serata dunia, diundang ke Chengdu semasa aktiviti "Perhimpunan Pedagang Pelancongan Global di Chengdu", dianjurkan oleh Biro Kebudayaan, Radio dan TV, Akhbar dan Penerbitan Chengdu.
Mereka menyaksikan pemeteraian Perikatan Perkongsian Strategik Pelancongan Dalam Negeri Chengdu dan pelancaran Festival Panda Dalam Talian Antarabangsa yang pertama. Beberapa orang peserta turut dijemput untuk menikmati laluan pelancongan popular Chengdu, yang menghubungkan tempat-tempat indah yang terkenal di bandar tersebut.
"Chengdu ialah sebuah bandar hebat yang padat dengan budaya. Saya sangat gembira dan teruja dapat berada di sini," kata Baptiste Cassagnolle, berumur 18 tahun dari Montpellier, Perancis.
Cassagnolle menunjukkan minat yang sangat tinggi terhadap budaya Chengdu yang beraneka dan unik. Beliau mengambil banyak gambar dan video untuk dikongsikan bersama pengikutnya di TikTok dan Instagram.
Sebagai duta promosi global pelancongan Chengdu yang baru dilantik, beliau akan memanfaatkan pengaruh beliau di media sosial untuk menggiatkan industri-industri budaya dan pelancongan Chengdu.
"Apabila pulang ke Perancis, saya akan berkongsi tentang perjalanan ini bersama keluarga dan rakan-rakan saya dan membawa mereka ke Chengdu pada masa akan datang," tambah beliau.
"Makanan tempatan adalah lebih baik daripada makanan Jepun," kata Kuroki Shinji, seorang lagi duta dari Jepun.
Beliau turut menikmati gaya hidup yang santai dan berkata bahawa beliau pasti akan datang lagi ke Chengdu.
"Chengdu amat mengagumkan saya dan rakan sekerja saya. Ia juga sangat bersih, selamat dan senang menerima tetamu," kata Murtaza Kalender, ejen pelancongan Turki yang menjejakkan kaki ke Chengdu buat kali pertama.
Kalender turut memuji penduduk Chengdu, mengatakan bahawa "penduduk di sini amat lembut dan senang menerima tetamu dan kami semua berasa selesa berada di sini."
Syarikat Kalender merancang untuk membawa 50,000 pelancong asing ke China dalam tiga hingga empat tahun dan Chengdu akan menjadi salah satu daripada destinasinya.
"Barat Daya China perlu menjadi kawasan utama pelancongan dalam negeri China pada masa depan," kata Liu Huiyuan, pengurus besar jabatan pelancongan dalam negeri China Travel Group Service.
Menghubungkan Yunnan, Guizhou dan Tibet, Chengdu terletak di tengah-tengah Barat Daya China. Pemandangan alam semula jadi yang luar biasa dan adat resam etnik di kawasan ini amat menarik buat pelancong luar negara, kata Liu.
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191205/2661972-1?lang=0